Langkau ke kandungan utama

Entri 204 : Perkara penting yang saya sedar setelah *meninggalkan* Facebook, Instagram dan seangkatan dengannya

Saya ingat lagi beberapa tahun yang lalu saya berbual dengan rakan-rakan mengenai sesuatu yang viral di Facebook. Antara komen yang saya masih ingat ialah;

"Netizen rajin betul komen tentang kes ini. Saya baca saja tak berani nak komen. Saya  log masuk dalam Facebook tak buat apa-apa pun, sekadar baca saja. Eh tak ada masa nak update status, upload gambar."

Itu adalah perspektif saya masa dahulu. Saya merasakan tidak ada mudarat pun untuk log Facebook atau sosial media sekadar mahu mengambil tahu. Saya tidak sedar bahawa menjadi pengguna pasif dalam sosial media sebenarnya boleh membawa kemudaratan yang fatal.

Tahu-tahu berjam-jam saya srolling Feed dalam sosial media. Tanpa sedar rutin harian saya seperti makan, membersih dan tidur tunggang langgang. Jika rutin asas harian yang hanya mengambil masa beberapa minit tunggang langgang, bayangkan betapa saya sudah banyak ketinggalan melakukan banyak perkara penting seperti belajar sesuatu yang baru, mengaplikasikan habit-habit yang baik dan memperbaiki ibadah. Dalam erti kata lain saya abaikan kehidupan sebenar saya.

Memang tidak dinafikan, platform sosial media tidak bersalah. Dalam kes ini saya yang bertanggungjawab kerana memandang remeh atas penggunaan sosial media. Dahulu saya beranggapan tidak ada salahnya saya scroll atas alasan untuk stay up to date, mengeratkan silaturahim, menimba ilmu. Sedar-sedar masa saya terbuang dan saya tidak mengaplikasikan apa yang saya tahu dalam alam realiti. Pahit rasanya apabila bila saya bertanya kepada diri;

setakat mana silaturahim yang saya dapat eratkan?

sedalam mana ilmu yang dapat amalkan dalam kehidupan sebenar?

Hakikatnya apabila saya melihat diri saya di dunia nyata ;

seorang gadis yang asyik dengan telefonnya.

Pengguna sosial media boleh dikategorikan kepada dua; content creator atau consumer. Kedua-dua kategori ini sama-sama melaburkan MASA dengan menggunakan sosial media akan tetapi content creator mendapat banyak keuntungan dari penggunaan sosial media berbanding consumer.

Bayangkan content creator seperti tukang masak, mereka memasak makanan yang sedap untuk menarik pelanggan. Pelanggan dapat menikmati makanan yang sedap. Transaksi yang digunakan untuk jual beli dalam kes ini adalah MASA.

Yang untung dalam hal ini ialah penjual atau tukang masak. Pelanggan juga menikmati apa yang dimasak cuma ada sesuatu yang saya terlepas pandang sebagai pelanggan.

Saya hanya cuma menghabiskan MASA dengan makan...makan... dan tahu-tahu MASA saya habis dengan makanan.

Persoalannya adakah makanan itu bermanfaat untuk tubuh badan (kehidupan) saya? Jika makanan itu bermanfaat sekalipun adakah saya menggunakan tenaga yang saya dapat setelah makan makanan berkhasiat itu untuk perkara bermanfaat?

Malangnya sebaik manapun makanan itu, ianya tidak berguna jika saya sudah kehabisan MASA melakukan perkara lain yang lebih berfaedah.

Apalah guna diet yang sihat jika ia tidak dapat membantu kita melakukan perkara yang bermanfaat yang lain. Kita makan supaya mendapat tenaga untuk melakukan perkara yang berfaedah. Dalam hal ini, tukang jual makanan bertambah kaya kerana kita membeli. Tidak salah kalau kita membeli dengan syarat kekenyangan kita memberi peluang untuk melakukan perkara yang berfaedah.

Saya sedar perkara ini setelah bertahun-tahun saya berada di zon selamat menjadi pengguna pasif di sosial media. Sekarang saya *meninggalkan* nya dalam erti kata lain hanya menggunakan ia jika perlu. Kebanyakan masa saya langsung tidak memerlukan pun. Hidup sebenar saya berubah menjadi lebih benar. Dalam erti kata lain saya lebih menikmati hidup saya dan banyak peluang baik dalam hidup datang.

Percayalah, kehidupan sebenar lebih baik kerana ianya sangat dekat dengan hari akhirat. 

Jika anda seperti saya yang dulu menghabiskan berjam-jam melihat telefon cubalah berhenti. Tidak perlu berhenti terus, kurangkanlah.  Percayalah walaupun anda keseorangan di dunia sebenar, dunia sebenar lebih baik. Banyak perkara yang baik akan terjadi dan ianya tidak dapat menjadi kenyataan kerana anda masih lagi melihat telefon. 

Jangan memandang kecil pada lima minit, 10 minit atau 15 minit kerana tahu-tahu anda mungkin menghabiskan masa berbulan-bulan dalam setahun hanya menatap telefon.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 207: Lebah sesat masuk rumah

Sudah hampir pukul 10 malam. Dia sudah siap menvakum rumah dan menadah air. Baldi-baldi, bekas-bekas plastik, jag-jag sudah dipenuhkan dengan air. Esok dijangka ada gangguan bekalan air. Oktober mungkin boleh diistiharkan Pesta Tiada Air mungkin?  Bunyi berdesing mengganggu telinganya. Seekor serangga berputar-putar di siling menghampiri lampu sedang kucingnya yang bernama Pandan melihat dengan mata yang bulat. Dia berdiri di bawah lampu, merenung ke arah serangga yang berputar-putar. Seperti tebuan. Serangga berbisa. Dia menarik nafas. Otaknya berpusing, bagaimana mahu menyahkan serangga ini dari rumah? Oh, dia teringatkan vakum. Dicabutnya nozel vakum, dihalakan ke arah serangga yang berputar-putar sambil kucing melompat-lompat mahu menerkam. "Jangan Pandan!" ZzzZZZZZ Serangga itu disedut ke dalam vacum. Dia melihat bekas habuk yang jernih. Tebuan itu masih hidup. Eh, warnanya berbelang kuning hitam.  Lebah rupanya. Tiba-tiba dia berasa seram. Lebah yang menerima arahan dar...

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan. "Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam. Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu.  "Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk. "Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti. "Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih." Pak Min menggeleng,"Tak apa, ak...

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u...