Langkau ke kandungan utama

Entri 205 : Nasi Goreng Menari

 Saya memotong bawang merah dan bawang putih.

"Jap, macam mana Along buat tu?"

"Buat apa?" Saya keliru sekejap. Kami memasak bersama seperti biasa.

"Potong bawang macam tu? Saya tak pandai potong bawang begitu."

Saya melihat pisau besar dan bawang-bawang yang dicincang halus. Kehairanan kerana sudah biasa mencincang begitu. Saya malas hendak mengunakan lesung atau mesin kisar terutama jika tidak memasak dalam kuantiti yang banyak.

Saya tidak pernah merasakan ianya sesuatu yang aneh atau sesuatu kelebihan.

"Dulu saya tak pandai masak. Saya masak tapi begitu-begitu sahaja. Tapi abang pandai masak. Dia ajar kalau goreng nasi biar sampai nasi menari." beritahu adik ipar.

"Oh." Saya baru tersedar selama ini orang lain belum tentu tahu tentang konsep nasi menari. 

Seperti pesan emak jika nak buat nasi goreng

Pastikan gaul nasi sejuk dengan garam sebelum goreng supaya tidak perlu ditambah garam lagi ketika menggoreng. Akan mengurangkan risiko garam yang tidak serata.

Jika rencah kelihatan kering tambahkan minyak. Jangan tambah air sembarangan kerana nasi akan menjadi berketul-ketul.  Melainkan anda mahu membuat nasi goreng bertekstur seperti nasi claypot.

Goreng sehingga nasi menari.

Saya fikir semua orang di luar sana goreng nasi seperti kami goreng.

Jika mahu membasuh pinggan, emak akan pesan;

Dahulukan gelas, cawan. Saya tidak faham faedah kaedah aturan sehinggalah saya tersilap membasuh mangkuk gulai terlebih dahulu baru saya dapati teko dan cawan saya tercemar dengan minyak dari span bekas basuh gulai.

Saya fikir semua orang di luar sana goreng nasi, membasuh pinggan dan lain-lain seperti kami.

Sehingga saya membesar dan tinggal dengan orang-orang lain. Baru saya faham betapa besarnya perkara-perkara kecil yang emak ajar.

"Tak apalah awak jenis bangun awal."

Dalam hati, terima kasih emak kerana membiasakan saya bangun awal.

"Bertuahlah rumah awak bersih."

Dalam hati, bukan tuah. Ianya kerana rutin-rutin kecil yang sekali imbas kelihatan seperti tidak berfaedah.

"Bertuahlah kucing jenis tak kencing dan berak merata."

Dalam hati, sekali lagi bukan tuah. Ianya perkara-perkara kecil yang jika saya kongsi berkemungkinan anda memandangnya sebagai remeh.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 207: Lebah sesat masuk rumah

Sudah hampir pukul 10 malam. Dia sudah siap menvakum rumah dan menadah air. Baldi-baldi, bekas-bekas plastik, jag-jag sudah dipenuhkan dengan air. Esok dijangka ada gangguan bekalan air. Oktober mungkin boleh diistiharkan Pesta Tiada Air mungkin?  Bunyi berdesing mengganggu telinganya. Seekor serangga berputar-putar di siling menghampiri lampu sedang kucingnya yang bernama Pandan melihat dengan mata yang bulat. Dia berdiri di bawah lampu, merenung ke arah serangga yang berputar-putar. Seperti tebuan. Serangga berbisa. Dia menarik nafas. Otaknya berpusing, bagaimana mahu menyahkan serangga ini dari rumah? Oh, dia teringatkan vakum. Dicabutnya nozel vakum, dihalakan ke arah serangga yang berputar-putar sambil kucing melompat-lompat mahu menerkam. "Jangan Pandan!" ZzzZZZZZ Serangga itu disedut ke dalam vacum. Dia melihat bekas habuk yang jernih. Tebuan itu masih hidup. Eh, warnanya berbelang kuning hitam.  Lebah rupanya. Tiba-tiba dia berasa seram. Lebah yang menerima arahan dar...

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan. "Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam. Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu.  "Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk. "Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti. "Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih." Pak Min menggeleng,"Tak apa, ak...

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u...