Langkau ke kandungan utama

Entri 214 : Hadiah

 Hujung minggu ini aku sibuk membeli belah. Bukan untuk aku tetapi untuk orang. Ada seorang sahabat akan bertukar pekerjaan. Ketika menghadiri majlis perpisahan dia menghadiahkan kami beberapa jenis barang.

Aku mendapat mandian Body Shop dan cecair pencuci tangan Bath & Body Works; yang kalau difikirkan untuk aku beli untuk diri sendiri tu rasanya tidak. Aku pun tak ingat bila kali terakhir aku mandi menggunakan mandian Body Shop.

Terharu bila orang yang bukan jenis manis mulut ini menghadiahkan teman-temannya hadiah. Mahal pula tu. Kalau satu hadiah hampir seratus nilainya bayangkan pula kalau sepuluh orang. Sedangkan majlis perpisahan tersebut untuk dirinya. 

Memang aku terfikir untuk membelikan hadiah untuknya. Sudah menjadi rutin ku setiap kali ada kelahiran, perkahwinan Inshaa Allah aku akan cuba luangkan masa untuk mengumpul rakan-rakan dan membeli hadiah. Hadiah harijadi mungkin jarang tetapi kalau acara-acara begini memang aku selalu belikan. Penat juga kalau hari jadi pun aku beria carikan hadiah untuk setiap seorang.

Memikirkan perwatakan dan aktiviti kesukaan membuatkan aku memutuskan untuk menghadiahkan beg galas untuknya. Kebetulan rakanku juga merancang untuk mencari hadiah sempena upacara bertukar-tukar hadiah.

Peraturan untuk mencari hadiah ialah cukuplah ada lakaran apa yang hendak dibeli di dalam hati, jangan terlampau memikirkan sangat. Kerana menurut pengalamanku , terlalu memikirkan akan mengundang tekanan dan menyebabkan hadiah itu lagi sukar. Tetapkan pemberian itu kerana Allah maka apa yang kita nampak menarik dan mudah itulah hadiahnya.

Benar kerana di hujung-hujung hari aku menjumpai beg galas yang paling ideal. Malah kawanku yang pada mulanya tertekan kerana tidak tahu jantina dan identity penerima juga mendapat hadiah yang ideal. Dia membeli dua mug yang cantik disertakan bersama jug termos dan bakul buah yang elegan. Sesuai tak kira untuk lelaki atau wanita. Malah sangat praktikal.

Jadi apabila membeli hadiah, jangan terlampau memikirkan. Bayangkan perkara-perkara yang bagus, inshaaAllah Allah akan memberi ilham yang bagus. Hadiah untuk dia juga sebenarnya pemberian Allah untuk dia kan?:

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 207: Lebah sesat masuk rumah

Sudah hampir pukul 10 malam. Dia sudah siap menvakum rumah dan menadah air. Baldi-baldi, bekas-bekas plastik, jag-jag sudah dipenuhkan dengan air. Esok dijangka ada gangguan bekalan air. Oktober mungkin boleh diistiharkan Pesta Tiada Air mungkin?  Bunyi berdesing mengganggu telinganya. Seekor serangga berputar-putar di siling menghampiri lampu sedang kucingnya yang bernama Pandan melihat dengan mata yang bulat. Dia berdiri di bawah lampu, merenung ke arah serangga yang berputar-putar. Seperti tebuan. Serangga berbisa. Dia menarik nafas. Otaknya berpusing, bagaimana mahu menyahkan serangga ini dari rumah? Oh, dia teringatkan vakum. Dicabutnya nozel vakum, dihalakan ke arah serangga yang berputar-putar sambil kucing melompat-lompat mahu menerkam. "Jangan Pandan!" ZzzZZZZZ Serangga itu disedut ke dalam vacum. Dia melihat bekas habuk yang jernih. Tebuan itu masih hidup. Eh, warnanya berbelang kuning hitam.  Lebah rupanya. Tiba-tiba dia berasa seram. Lebah yang menerima arahan dar...

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan. "Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam. Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu.  "Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk. "Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti. "Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih." Pak Min menggeleng,"Tak apa, ak...

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u...