Alhamdulillah, adik aku selamat berlepas pada 7hb Jan 2022 pada pukul 2.45 pagi ke Tanah Suci Mekah. Alhamdulillah sebab itu adalah penerbangan terakhir sebelum larangan untuk ke luar negeri berkuat kuasa dek kerana Covid Omicron yang mengganas.
Syukur sebab mereka selamat berlepas setelah beberapa tahun hajat hendak berumrah terpaksa ditunda. Mereka sebenarnya merancang hendak ke Tanah Suci selepas menikah tetapi terpaksa ditangguhkan kerana adik ipar dipanggil bertugas.
Kemudian tertangguh lagi dek Covid. Begitulah siri penangguhan satu demi satu sehingga sekarang Allah menentukan waktu ini sesuai untuk mereka. Jadi kepada mereka yang bersedih kerana hasrat tak capai jangan terlampau bersedih sangat kerana Allah paling tahu bila waktu yang sesuai untuk memberi.
Mungkin waktu itu tidak sesuai pada pandangan manusia. Tetapi apalah sangat pandangan manusia jika yang mengurniakan itu Allah Pencipta sekelian alam.
Fikir yang baik-baik saja.
Ulasan
Catat Ulasan