"Selamat berpuasa, kerja shif malam ke?" "Haah , ye. Kau tau tak Adi jatuh?" "Huh jatuh?!!Tak tau." "Laa... aku ingat kau tau." "Tak tau weh. Kenapa?" "Kau tau kan depan Menara Binjai jalan ada besi-besi?" "Besi besi untuk orang buta." "Adi jatuh tersepak benda tu. Pecah lutut weh." "Hahhh??!!!" "Serius... masa jatuh tu dia call aku tak leh jalan.So kita orang turun tapi takleh nak angkat takut jadi lagi teruk so call ambulan." "Ya Allah." "Besi-besi tu sekarang diorang dah buang. Aku kerja ni ganti shif dia la.Seminggu dia kat hospital.Sekarang MC kat rumah." Teringat sahabat yang terpeleok kaki dekat ruang pejalan kaki di Freemantle. Balik Malaysia jumpa doktor didapati tulang retak. Manusia ini rapuh, sekelip mata saja semuanya boleh berubah. Tanpa jangkaan. Sungai Chiling
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com