Langkau ke kandungan utama

Entri 223 : Mungkin bukan kerana diri

 Ada nasihat mengatakan perhatikan mereka di sekeliling kamu, itulah kamu.

Saya tidak terfikir ianya dengan begitu mendalam sehingga suatu ketika ianya masuk akal. Saya fikir apa salahnya berkawan ramai-ramai selagi kita tidak terpengaruh. 

Saya fikir, bukan salah kawan tetapi salah diri sebab mudah terpengaruh. Jadi seperti orang lain, kita akan membiarkan diri kita dikelilingi sesiapa sahaja kerana menyangka diri kita kuat.

Kita fikir kita kuat untuk berkata TIDAK . Akan tetapi menolak perkara-perkara yang jelas salah sangat senang berbanding untuk melindungi hati dan perasaan kita.

Kita mungkin tidak terpengaruh dengan ajakan tetapi ada kawan-kawan yang membuatkan kita rasa rendah diri. Membuatkan kita tidak bijak, tidak pandai dan tidak berkemahiran dan malang lagi membuatkan kita berhenti untuk menjadi lebih mahir atau lebih baik. Kadang-kadang disebabkan berkawan dengan mereka, secara tidak sedar kita membasuh otak kita dan memberitahu diri kita,

"Yalah, betullah tak guna buat itu ini kerana.." 

Dengan memerhatikan cara hidup mereka membuatkan kita menafikan potensi diri dan mereka membuatkan kita percaya yang kita tidak boleh lebih. Kita menjadi tidak tenang kerana kita bukan diri kita apabila bersama mereka.

Kerana itu berhati-hati dengan mereka sekeliling, hatta keluarga sekali pun. Apabila ianya menghalang kita lebih maju maka ianya adalah pengaruh buruk secara sedar atau tidak.

Ini tidak terhad kepada kawan tetapi kepada sesiapa saja yang berdekatan dengan kita termasuklah ibu bapa, adik beradik. Berapa banyak orang yang kelam kabut akhlaknya, menikah dan menjadi ibu-bapa. Kita dibesarkan dengan sangkaan bahawa ibu bapa sentiasa betul sehingga apabila kita sendiri dewasa kita baru sedar banyak perkara yang disekat oleh ibu bapa bukan kerana kebajikan anak-anak tetapi kerana keegoaan menjadi ibu bapa.

Jadi berhatilah-hatilah dengan mereka yang rapat; kawan sekerja, ibubapa atau sesiapa sahaja. Adakah mereka menghalang kita untuk ke depan? Jika ya, perkara yang paling penting untuk dijaga ialah HATI SENDIRI, supaya ia terus maju dan maju. Kerana suatu hari nanti, tidak berguna saudara atau harta kerana yang berharga ialah JIWA YANG TENANG.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 207: Lebah sesat masuk rumah

Sudah hampir pukul 10 malam. Dia sudah siap menvakum rumah dan menadah air. Baldi-baldi, bekas-bekas plastik, jag-jag sudah dipenuhkan dengan air. Esok dijangka ada gangguan bekalan air. Oktober mungkin boleh diistiharkan Pesta Tiada Air mungkin?  Bunyi berdesing mengganggu telinganya. Seekor serangga berputar-putar di siling menghampiri lampu sedang kucingnya yang bernama Pandan melihat dengan mata yang bulat. Dia berdiri di bawah lampu, merenung ke arah serangga yang berputar-putar. Seperti tebuan. Serangga berbisa. Dia menarik nafas. Otaknya berpusing, bagaimana mahu menyahkan serangga ini dari rumah? Oh, dia teringatkan vakum. Dicabutnya nozel vakum, dihalakan ke arah serangga yang berputar-putar sambil kucing melompat-lompat mahu menerkam. "Jangan Pandan!" ZzzZZZZZ Serangga itu disedut ke dalam vacum. Dia melihat bekas habuk yang jernih. Tebuan itu masih hidup. Eh, warnanya berbelang kuning hitam.  Lebah rupanya. Tiba-tiba dia berasa seram. Lebah yang menerima arahan dar...

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan. "Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam. Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu.  "Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk. "Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti. "Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih." Pak Min menggeleng,"Tak apa, ak...

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u...