Langkau ke kandungan utama

Entri 226 : Saya positif Covid

Alhamdulillah. Syukur pada Allah di era kita sudah mahu melambai tangan pada Covid dan memulakan hidup secara normal, saya didapati positif Covid.

Saya bersyukur kerana Allah memberi peluang kepada saya untuk merasai Covid di bulan Ramadhan yang mulia dan memberi kemudahan untuk saya menghadapinya dan sembuh.

Dalam entri ini, saya ini bercerita pengalaman saya mengalami Covid.

Pada petang Selasa 12 April saya sedang bekerja, ketika itu saya berasa sakit belakang, sakit tekak dan tidak berapa selesa. Hati saya sudah memberitahu , Covid kut? Tetapi seperti biasa saya mengabaikannya dan malas nak membuat pemeriksaan walaupun di rumah sudah ada Kit Ujian Kendiri Covid.

Saya berhenti bekerja awal kerana masuk awal dan menyediakan juadah berbuka puasa iaitu sup ayam dan pengat labu. Mujur waktu itu saya membeli labu yang siap dikopek dan dipotong. Sewaktu memaksa saya betul-betul berasa letih, bayangkan sehingga saya menggunakan timer; saya setkan timer 10 minit memberi masa untuk masakan mendidih dan kemudian tidur di ruang tamu. Saya keluarkan bantal dan toto untuk saya tidur di ruang tamu. Apabila masa cukup, penggera berbunyi saya bangun untuk memeriksa masakan saya samada kentang, ayam sudah empuk. Begitulah cara memasak sehingga siap.

Apabila siap semuanya, saya hanya makan pengat serawa. Saya berasa  betul-betul penat dan yakin demam.Masa itu saya memberitahu salah seorang adik saya melalui Whatsapp.  Saya memutuskan untuk tidur terus selepas Maghrib. Saya tinggalkan dapur tetapi memastikan masakan saya ditutup. Saya tidak membuat pemeriksaan Covid dek kerana terlalu penat. 

Saya terjaga lebih kurang pukul 3 pagi. Saya bangun untuk solat Isya, penatnya sampai saya tak boleh berdiri. Macam nak tersembam bila berdiri, jadi saya solat duduk. Kemudian sambung tidur lagi. Apabila diimbas semula, saya teringat pengalaman saya ketika diserang H1N1. Beginilah demam panas sehingga tidak sedar. 

Masa ini kalau tak silap saya gagahi buat pemeriksaan Covid menggunakan hidung. Saya nampak samar-samar ketika itu keputusan saya positif tetapi saya betul-betul tak larat. Saya sambung tidur lagi tetapi dalam fikiran saya pasti dengan keadaan seperti ini saya tidak dapat meneruskan puasa. Bukan kerana sebab nak makan tetapi sekadar minum air.

Bangun lagi sekali untuk solat Subuh. Masa ini saya maklum kepada adik beradik saya, saya juga maklumkan kepada syarikat saya. Kemudian saya sambung tidur lagi. Mungkin bunyi macam seronoknya tidur - tetapi mungkin perkataan lain ialah saya tak sedarkan diri lagi. 

Jika saya ada tenaga sedikit, saya ke dapur untuk perangat lauk semalam dan bersihkan dapur serba sedikit. Kemudian baring dan tak sedarkan diri lagi.

Begitulah apabila sakit, tak ada selera makan langsung. Jujur saya katakan pembaziran makanan berlaku waktu ini. Penuh peti sejuk saya sebab makanan banyak sebab saya tak mampu nak makan.

Petang harinya hampir waktu berbuka puasa, adik saya hantar segala kelengkapan. Air kelapa, mesin tekanan daran, oximeter, termometer, ubat-ubatan dan makanan. Saya perlu mengisi borang di My Sejahtera setiap hari.

Jika ditanya perasaaan, saya katakan perasaan saya kosong. Kosong. Macam tak ada keghairahan untuk buat apa-apa pun. Saya bersyukur sebab saya tinggal seorang diri jadi tidak risau menjangkiti orang lain. Tetapi itu sahaja. 

Hari kedua, Allah mengurniakan saya haid. Saya tidak perlu puasa tetapi kalau dah sakit makannya sekadar memenuhi syarat untuk makan ubat sahaja dan supplement saja. Kemudian sambung tidur. Hampir empat hari itulah rutin saya. Jika ada tenaga, saya bersihkan pasir kucing dan apa yang patut.

Paling kelakar sepanjang saya sakit, kucing-kucing saya terutama si Dodol juga menghabiskan masa di atas katil. Seolah-olah menemani saya tapi pening juga la apabila mereka melompat di tengah-tengah malam atas badan saya.

Sekarang saya makin sembuh, yang tinggal cuma batuk. Baru tadi saya masuk bekerja sekejap tetapi terpaksa berhenti dek serangan batuk. 

Betul saya bersyukur kerana saya kena Covid dalam keadaan saya senang. Saya banyak pilihan nak makan atau apa. Saya boleh berehat secukupnya. Bayangkan kalau dekat luar sana mereka yang terkena Covid adalah mereka yang susah dan terpaksa bekerja. Moga Allah mudahkan mereka.

Covid bukanlah demam biasa-biasa, saya yang sudah divaksin pun rasa penat dan lelah. Tidur tak sedar dunia.  Kalaulah tak ada vaksin atau imunisasi badan lemah entah apalah yang jadi. Alhamdulillah Allah beri peluang saya merasa Covid. Mohon jangan datang lagi. Kesihatan tak boleh dibeli wang ringgit, sama seperti selera makan.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 207: Lebah sesat masuk rumah

Sudah hampir pukul 10 malam. Dia sudah siap menvakum rumah dan menadah air. Baldi-baldi, bekas-bekas plastik, jag-jag sudah dipenuhkan dengan air. Esok dijangka ada gangguan bekalan air. Oktober mungkin boleh diistiharkan Pesta Tiada Air mungkin?  Bunyi berdesing mengganggu telinganya. Seekor serangga berputar-putar di siling menghampiri lampu sedang kucingnya yang bernama Pandan melihat dengan mata yang bulat. Dia berdiri di bawah lampu, merenung ke arah serangga yang berputar-putar. Seperti tebuan. Serangga berbisa. Dia menarik nafas. Otaknya berpusing, bagaimana mahu menyahkan serangga ini dari rumah? Oh, dia teringatkan vakum. Dicabutnya nozel vakum, dihalakan ke arah serangga yang berputar-putar sambil kucing melompat-lompat mahu menerkam. "Jangan Pandan!" ZzzZZZZZ Serangga itu disedut ke dalam vacum. Dia melihat bekas habuk yang jernih. Tebuan itu masih hidup. Eh, warnanya berbelang kuning hitam.  Lebah rupanya. Tiba-tiba dia berasa seram. Lebah yang menerima arahan dar...

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan. "Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam. Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu.  "Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk. "Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti. "Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih." Pak Min menggeleng,"Tak apa, ak...

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u...