Langkau ke kandungan utama

Entri 224 : Walaupun satu huruf

Semalam dengan rasminya saya kembali mengikuti kelas Al-Quran. Sebelum ini saya pernah mengikuti kelas di Masjid Wilayah.

Kali ini bentuk pengajian adalah secara online, jujur saya katakan saya agak skeptikal pada mulanya. Saya menyukai kelas tradisional di mana pelajar dan guru boleh berinteraksi. Rupanya saya salah.

Mengaji AlQuran secara talian rupanya akan memaksa saya bersuara dengan jelas. Guru yang mengajar sangat tekun mendengar suara pelajar-pelajarnya. Tidak perlu on video, seratus peratus bergantung kepada suara, di mana makhraj dan tajweed pelajar dapat didengari dengan jelas. 

Setelah membaca sekali barulah saya tahu bahawa sebutan huruf saya banyak yang berterabur. Jika huruf salah, lupakan dulu soal tajweed. Saya perlu sifat huruf supaya saya dapat memberikan hak-hak mereka dengan adil ketika membaca AlQuran.

Saya perlu lupakan hasrat hendak pecut satu AlQuran di bulan Ramadhan, saya perlu fokus membaca ayat Allah dengan berhati-hati. Biarlah lambat, asalkan saya berlaku adil pada huruf-huruf ini.

Saya teringat betapa besar pahala membaca AlQuran walaupun SATU HURUF. Satu huruf dalam AlQuran mempunyai sifat dan cara sebutan berbeza, walaupun sehuruf itu seperti kecil tetapi nilainya BESAR.

Selamat Menyambut Ramadhan kepada anda yang masih setia membaca celoteh saya. Semoga Allah merahmati anda dunia dan akhirat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan. "Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam. Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu.  "Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk. "Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti. "Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih." Pak Min menggeleng,"Tak apa, ak...

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan...

Entri 64 : Asing

Kebelakangan ini semuanya terasa sempit, sesak dan rimas.Tekanan membunuh rasa bersyukur. Masalah peribadi menerpa, kerja di pejabat menimbun.Masa ini juga , ada isu dalam sistem.Nurindah mengeluh, kerjaya sebagai jurutera perisian memang antara bukan kerjaya isteri idaman.Siapa mahu isteri yang kerjanya tidak tentu, balik rumah pun kadang-kadang menatap komputer.Siapa mahu?  Ah, mungkin  kerana dia bujang jadi semua kerja ditugaskan untuknya. 'Kamu kan bujang, jika kamu balik awal pun buat apa?Macam kami ni dah kahwin, susah...banyak benda perlu diuruskan.Anak isteri perlu dijaga.'  Rasa mahu ditampar saja suara yang berbunyi itu.Jika bujang ini hidupnya sangat mudah kenapa kamu tergedik sangat mahu kahwin dulu? Berontaknya dalam hati.Kalau kahwin sekadar mahu lari dari tanggungjawab,mana pergi keberkatan.Aneh pula ya bila syarikat mengadakan  business trip ke luar negara, pandai pula menawarkan diri.Berbulan pun tak apa.Ke mana pergi anak isteri yang dijad...