Langkau ke kandungan utama

Entri 234 : Trik Setan

Banyak hari sudah saya tidur lewat. Saya boleh salahkan banyak perkara seperti ketidakselesaan haid, kelas yang tamat lambat, telefon bimbit.

Sebelum ini banyak tips yang saya ikuti tetapi banyak yang tidak menjadi seperti letakkan telefon bimbit jauh-jauh, cuba berzikir atau membaca. Tidak menjadi. Seolah-olah mata saya tidak mengantuk. Yang anehnya saya masih boleh bangun awal tanpa alarm.

Jadi tidur lewat tidak menjadi masalah kepada saya kecuali ketika saya haid. Ketika haid badan saya akan bangun lambat. 

Saya ingin tidur awal akan tetapi saya sedar saya tidak mempunyai masalah pun jika tidur lambat. Saya tetap bangun awal untuk Subuh tetapi saya ditimpa ketakutan risiko kesihatan.

Maka jika ada kerja yang saya ingin lakukan yang menggunakan laptop - seluruh hidup saya berkisar laptop dan telefon bimbit. Saya tahu, ianya mempunyai risiko kesihatan maka saya mengatakan diri,

'Wahai diri jangan buat kerja, pergilah tidur.'

Maka saya cubalah tidur tetapi tidak dapat tidur. Bergolek golek di atas katil akhirnya saya tewas kerana membelek telefon bimbit sehingga saya tertidur.

Begitu, sehingga saya sedar sesuatu. Saya membelek telefon bimbit sehingga lewat tetapi sebelum itu saya menasihati diri untuk berhenti melakukan sesuatu yang produktif kerana tidur penting.

Suara yang menasihati saya untuk berhenti buat kerja dan pergi tidur tidak kedengaran apabila saya menatal skrin. Dan keesokan paginya saya menyesal kerana ada kerja yang tergendala dan saya masih lagi tidur lewat.

Saya baru sedar, lebih baik saya buka laptop dan buat kerja sehingga tertidur. Biar itu menjadi rutin dahulu kemudian setelah itu baru saya fikirkan bagaimana menghadapi masalah tidur lewat.

Sekarang saya baru sedar, sebenarnya setan mahu saya tidur lewat dengan membuang masa. Saya belum lagi berjumpa rutin untuk tidur awal, maka lebih baik saya fokus untuk bekerja sebelum tidur daripada menatal skrin telefon sebelum tidur.

Sekurang-kurangnya keesokan pagi saya tidak menyesal kerana kerja tergendala dan masalah tidur lewat itu buat masa sekarang ianya bukan masalah lagi.

Masalahnya sekarang setan menyuruh saya berhenti menjadi produktif dengan menggunakan alasan untuk saya mendapat tidur cukup tetapi pada masa yang sama setan juga menghasut saya supaya menatal skrin.

Buat masa sekarang saya tidak dapat kedua-keduanya maka lebih baik saya fokus pada yang satu dahulu, menjadi produktif. Sekurang-kurangnya saya tidak menyesal sebelum dan selepas tidur walaupun tidur saya tidak cukup!

Hati-hati dengan bisikan. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 207: Lebah sesat masuk rumah

Sudah hampir pukul 10 malam. Dia sudah siap menvakum rumah dan menadah air. Baldi-baldi, bekas-bekas plastik, jag-jag sudah dipenuhkan dengan air. Esok dijangka ada gangguan bekalan air. Oktober mungkin boleh diistiharkan Pesta Tiada Air mungkin?  Bunyi berdesing mengganggu telinganya. Seekor serangga berputar-putar di siling menghampiri lampu sedang kucingnya yang bernama Pandan melihat dengan mata yang bulat. Dia berdiri di bawah lampu, merenung ke arah serangga yang berputar-putar. Seperti tebuan. Serangga berbisa. Dia menarik nafas. Otaknya berpusing, bagaimana mahu menyahkan serangga ini dari rumah? Oh, dia teringatkan vakum. Dicabutnya nozel vakum, dihalakan ke arah serangga yang berputar-putar sambil kucing melompat-lompat mahu menerkam. "Jangan Pandan!" ZzzZZZZZ Serangga itu disedut ke dalam vacum. Dia melihat bekas habuk yang jernih. Tebuan itu masih hidup. Eh, warnanya berbelang kuning hitam.  Lebah rupanya. Tiba-tiba dia berasa seram. Lebah yang menerima arahan dar...

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan...

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u...