Langkau ke kandungan utama

Entri 237 : Kuku Kaki

 Hari ini minggu kedua saya menghadiri kelas regangan. Berpeluh-peluh dibuatnya padahal regangan saja.  Yang seronoknya jurulatih akan menceritakan apa yang jadi dengan badan untuk setiap posisi sambil menerangkan cara yang betul untuk melakukannya.

Contoh, yang ini elok untuk buang angin. Senaman regangan seperti yoga ini bukanlah sesuatu yang baru. Jika anda pernah menerima rawatan fisioterapi, latihan yang sama juga yang diajarkan. Tapi itulah kadang-kadang nama sesuatu senaman itu menimbulkan kontroversi sebab itu pentingnya belajar supaya tidak sesuka hati menuduh tanpa usul periksa.

Ketika melakukan senaman tersebut barulah saya meneliti kaki saya. Antara bahagian yang saya lupa, kering betul layaknya. Dalam hati, yalah dah tua begini semua kerepot. Tetapi hati lain berbisik, cuba cari jalan. 

Maka tanpa dirancang saya singgah di spa yang saya google seusai latihan. Dengan muka berpeluh dan ketiak basah saya bertanya ada tak khidmat pedicure. Maka kaki saya hari ini dibersihkan dan diurut. Sambil berbual dengan gadis yang bekerja di situ, isi penting yang saya dapat.

Kaki adalah bahagian yang tertutup, berbeza dengan wajah dan tangan. Maka disebabkan itu tidak banyak wanita menumpukan rawatan bahagian kaki. Padahal kaki bahagian paling penting. Kakilah yang membawa kita ke sana ke mari. Kalau tuan badan tu jenis pakai kasut bertumit tinggi maka kakilah yang terkial-kial membawa tuan badan.

Tak adil betul kan.

Secara kebetulan spa itu berhampiran dengan kedai roti yang terkenal dengan Cinnamon Roll, sebelum ini saya cuma nampak iklan dalam instagram. Alhamdulillah pagi ini rezeki kaki saya mendapat kasih sayang dan perut saya menikmati Cinammon Roll. Kebetulan lagi, ada kedai kucing berhampiran. Rezeki kucing-kucing saya.

Jika kita melayani diri kita sebagai hamba Allah yang perlu kita sayang , saya yakin banyak lagi kebaikan yang akan datang.

Sampai di rumah, saya tak putus-putus melihat jari kaki sendiri. Baru pagi tadi saya berfikiran kaki saya tidak ada harapan. Humm.. manusia!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan...

Entri 0: 2017 YANG BERMAKNA BAGIKU [KEMAS KINI]

DIUMUMKAN TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH 18 DISEMBER 2017 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat menyambut Hari Maulidur Rasul, semoga kita diberikan kemudahan untuk mengikuti dan berusaha mencontohi Nabi Muhammad S.A.W. Amin. Ini kali pertama saya berhubung dengan anda secara terus.Semoga anda suka dan mendapat faedah daripada entri entri di blog ini. Dengan rasa rendah hati dan syukur, saya ingin menghadiahkan dua planner dan satu buku nota kepada kalian yang terpilih.Ianya sebagai tanda terima kasih atas kesudian anda membaca blog saya. Dua acara diadakan serentak, yang membezakan adalah satu acara adalah undian dan satu lagi dipilih secara ekslusif oleh saya sendiri.Berikut adalah syarat-syarat : Terbuka kepada mereka yang beralamat di Malaysia. Pilih entri selain dari entri ini untuk anda tinggalkan komen. Ciri-ciri komen: Komen tersebut tidak ditulis di entri ini.Entri ini terhad untuk contoh dan soal jawab mengenai acara ini sahaja. Mulakan komen dengan ...

Entri 52 : Trauma

"Kamu sudah ada kawan?" Nenek bertanya. Nurindah menggeleng."Tidak ada." Dia kalau boleh mahu mengelak soalan begitu bukan kerana jawapannya tidak ada. "Eh...cuba-cubalah cari."Makcik-makcik menyampuk."Umur kamu sudah tua, bila lagi kamu mahu berlaki?" "Tak biasa."Dia membalas.Malas. Kalau boleh mahu dibalas, dia tak berani, dia penakut.Di sekelilingnya lelaki berlagak sebagai Tuhan kerana agama menyuruh wanita mentaati mereka.Maka berleluasa lelaki yang berlagak alim , menunjuk kuasa. Bertimbun-timbun kes suami tak beri nafkah, tak cukup mendera anak isteri.Isteri dibuat bagai hamba.Lihatlah sekeliling, kenyataan itu pahit bukan?Keganasan terhadap wanita berlaku di negara Islam padahal Islam memberi hak yang adil untuk wanita. Di sini sahaja, lihatlah si isteri memberi peluang suami makan dulu .Memasak dan menjaga anak.Selepas makan, barulah isteri boleh hadap makanan, itupun sisa si suami sambil berebut dengan anak.Sedih b...