Langkau ke kandungan utama

Entri 235 : Hari hari adalah cubaan

 Sekarang pukul 10 malam dan saya baru berhenti melakukan tutorial Superbadge di Salesforce Trailhead. Setelah sekian lama berhenti, baru-baru ini saya mulakan kembali.

Jika anda membaca entri saya sebelum ini tentang Trik Setan , selalunya saya tidak melakukan apa-apa kerja di waktu malam supaya dapat tidur awal. Begitu kononnya. Tetapi saya ditrik setan dan leka menatal telefon sehingga lewat malam dan bangun dalam keadaan menyesal.

Jadi untuk mengelakkan kejadian tersebut, saya terus buat trailhead dan cuba menulis di sini. Sekurang-kurang jika saya hendak menatal telefon saya nanti saya akan berfikir banyak kali kerana sekarang pun sudah lewat.

Jadi biarlah saya bekerja sehingga saya tertidur kerana keletihan berbanding memilih untuk tidak bekerja tetapi berakhir dengan leka membuang masa di telefon.

Jika ditanya bila perlu berhenti untuk cuba istiqamah (consistent) , tidak ada jawapan. Kerana saat kita berhenti consistent, ianya tidak lagi dipanggil consistent.

Ianya juga mustahil untuk sama setiap hari kerana ada hari bangun ada hari rehat ada hari jatuh . 

Bangun

Berjalan

Jatuh

Rehat

Bangun 

Berjalan

Berlari

Jatuh 

Bangun

Berjalan

Berlari

begitu dengan keinginan untuk terbang 

sehingga mati.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan...

Entri 0: 2017 YANG BERMAKNA BAGIKU [KEMAS KINI]

DIUMUMKAN TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH 18 DISEMBER 2017 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat menyambut Hari Maulidur Rasul, semoga kita diberikan kemudahan untuk mengikuti dan berusaha mencontohi Nabi Muhammad S.A.W. Amin. Ini kali pertama saya berhubung dengan anda secara terus.Semoga anda suka dan mendapat faedah daripada entri entri di blog ini. Dengan rasa rendah hati dan syukur, saya ingin menghadiahkan dua planner dan satu buku nota kepada kalian yang terpilih.Ianya sebagai tanda terima kasih atas kesudian anda membaca blog saya. Dua acara diadakan serentak, yang membezakan adalah satu acara adalah undian dan satu lagi dipilih secara ekslusif oleh saya sendiri.Berikut adalah syarat-syarat : Terbuka kepada mereka yang beralamat di Malaysia. Pilih entri selain dari entri ini untuk anda tinggalkan komen. Ciri-ciri komen: Komen tersebut tidak ditulis di entri ini.Entri ini terhad untuk contoh dan soal jawab mengenai acara ini sahaja. Mulakan komen dengan ...

Entri 165 : The philomel

T his entry was parked under my draft quite some time, I was having hard time to choose to write this in Malay or English.  It is not because I am good in both language, in fact I am not good in both. Either one makes me tremble whenever I type the word, thinking whether is it proper, is it the right one?  Honestly, there is no word to describe feeling. We I always use the word as metaphors to describe it and most of the time peoples get misunderstanding regardless what word we I chose. Plus typo all over the places, some small mistakes such missing important coma ,  but or pause can cause catastrophes. Such as we and I, since I was small I used the word kita  to represent I but actually kita means we . Because of the misplaced ' kita' sometimes I get into troubles. I have to correct it every-time I accidentally use it - nope kita does not mean you and me but it means me -- but kita means we ... and there we go to the next argument. Trying to straighten me...
Buy Me A Coffee
Thank you for visiting. You can now buy me a flower!