Langkau ke kandungan utama

Entri 246 : Rupanya hari ini cuti

Semalam saya masuk tidur awal 9.30 begitu perancangannya. Bergolek-golek di atas katil, berzikir dan membaca buku selintas lalu. Dodol seperti biasa melompat ke atas katil dan mengurut kepala saya sehingga dia puas. Untuk pengetahuan, kucing urut kepala menyakitkan walaupun kukunya sudah ditrim.

Saya pernah membaca tentang tabiat tersebut dan dikatakan kucing melakukan perkara tersebut apabila dia berasa selesa. Apabila Dodol mengurut kepala saya, saya rasa dia seolah-olah dia memberi amaran supaya saya sentiasa sedar bahawa dia adalah boss padahal tak perlu pun kerana memang mereka adalah tuan dan puan besar dalam rumah ini.

Tahu-tahu sudah pukul 10 malam. Sebab itulah kena masuk tidur awal kerana terlelap adalah sesuatu yang luar kawalan kita. Saya harap saya tertidur sebelum pukul 12.

Pagi ini saya terbangun pukul 5, saya terjaga apabila Dodol menguis-nguis sesuatu di tepi tong sampah. Saya boleh mengagak sebabnya. Ralat kerana baru semalam saya mop lantai dan pagi-pagi begini saya perlu mop lagi.

Pukul 6 pagi saya bergegas keluar untuk mengeringkan baju. Suasana sangat sunyi dan tak ada orang. Seram juga memikirkan. Selepas memasukkan kain baju ke dalam mesin kering saya bergegas ke taman berhampiran untuk berjoging. Saya tidak mahu menghabiskan masa 30 minit di kedai dobi jadi biarlah saya berjalan ambil angin.

Ketika perjalanan pulang berhampiran kedai dobi saya menemui orang aneh. Agak menakutkan tetapi biarlah saya simpan sendiri. Sampai di rumah saya berasa sangat lapar. Jika saya tidur dan bangun lambat saya jarang rasa lapar tetapi bila bangun awal pukul 7 atay lapan sudah berasa lapar.

Logiklah kan kalau bangun 10 pagi pukul 12 baru nak makan. Kalau bangun pukul 5 logiklah kalau perut kelaparan lebih awal.

Kelam kabut saya memanaskan nasi lemak yang dimasak semalam kerana saya perlu masuk kerja pukul 9. Selesai semuanya saya terus buka laptop dan membaca email dan menyusun to do list.

Pukul 9.55 tiba-tiba saya sakit perut. Alamak mesyuarat pukul 10. Apa kata saya login ke sesi meeting terlebih dahulu sebelum ke tandas.

Apabila saya kembali ke sesi meeting saya berasa aneh. Tiada siapa pun online. Jam menunjukkan pukul 10.01 pagi. Kebiasaannya 9.55 sudah ada orang.

Saya periksa kalendar untuk memastikan saya masuk ke sesi meeting yang betul. Iya betullah, Isnin 24 haribulan...

KL Public Holiday (Deepavali).

Saya tergamam sebentar. Maknanya hari ini hari cuti. Saya check profile rakan - rakan saya, semua OFFLINE.

Terkedu sekejap kerana mati-mati saya ingatkan minggu depan Deepavali.

Rasa nak hentuk kepala kat dinding sebab plan saya lari terus.

Saya mengambil masa bertenang sekejap.

Kemas kini petang; saya dah buat kek batik. Mohon jadi. Sudah selesai lipat kain. Sudah selesai beberapa perkara yang lain dan sekarang merancang untuk ke rumah adik menghantar kek batik.

Tak apalah, kita rancang saja. Allah yang memperbaiki rancangan kita


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 207: Lebah sesat masuk rumah

Sudah hampir pukul 10 malam. Dia sudah siap menvakum rumah dan menadah air. Baldi-baldi, bekas-bekas plastik, jag-jag sudah dipenuhkan dengan air. Esok dijangka ada gangguan bekalan air. Oktober mungkin boleh diistiharkan Pesta Tiada Air mungkin?  Bunyi berdesing mengganggu telinganya. Seekor serangga berputar-putar di siling menghampiri lampu sedang kucingnya yang bernama Pandan melihat dengan mata yang bulat. Dia berdiri di bawah lampu, merenung ke arah serangga yang berputar-putar. Seperti tebuan. Serangga berbisa. Dia menarik nafas. Otaknya berpusing, bagaimana mahu menyahkan serangga ini dari rumah? Oh, dia teringatkan vakum. Dicabutnya nozel vakum, dihalakan ke arah serangga yang berputar-putar sambil kucing melompat-lompat mahu menerkam. "Jangan Pandan!" ZzzZZZZZ Serangga itu disedut ke dalam vacum. Dia melihat bekas habuk yang jernih. Tebuan itu masih hidup. Eh, warnanya berbelang kuning hitam.  Lebah rupanya. Tiba-tiba dia berasa seram. Lebah yang menerima arahan dar...

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan. "Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam. Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu.  "Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk. "Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti. "Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih." Pak Min menggeleng,"Tak apa, ak...

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u...