Langkau ke kandungan utama

Entri 245 : Nak keringkan baju atau nak tidur

Hari Ketiga - Cabaran tidur awal  23 Okt 2022

Hari ini hari ketiga saya cuba untuk tidur awal.

Hari pertama saya masuk tidur pukul 10.15 pm. Saya terbangun keesokannya pagi pukul 7 tanpa penggera, yang kelakarnya saya bangun tanpa melihat jam dan mati-mati saya ingatkan saya terbangun pukul 8 pagi. Setelah menyelesaikan beberapa rutin baru saya perasan saya terbangun awal setelah beberapa lama saya terbangun lambat. Oh saya sedang haid ya.

Malam semalam, saya cuba masuk tidur pukul 9 malam. Agak mencabar juga kerana Pandan mengajak saya main dan saya bangun untuk melayaninya. Tetapi saya cuba masuk tidur pukul 9.30 malam. Pagi tadi saya terjaga pukul 3 pagi kerana Pandan mengejutkan saya. Untuk pengetahuan jarang sekali Pandan masuk ke bilik dan mengejutkan saya. Pandan jarang masuk ke bilik tidur setelah Dodol seperti menguasai kawasan bilik tersebut. Saya fikir Pandan kurang sihat tetapi saya sudah membuat temu janji pada 25 Oktober nanti di klinik veterinar.

Dek kerana terlampau awal, saya cuba untuk tidur semula tetapi gagal. Akhirnya saya bangun dan gosok gigi. Saya menulis entri blog. Hari ini agak produktif. Saya pergi menukar baju yang saya beli semalam dan sempat membeli belah untuk adik saya. Video call dalam kedai mencari baju yang sesuai untuk anak menakan dan dirinya.

Sekarang pukul 8.30 malam , saya merancang untuk ke dobi untuk mengeringkan baju. Baju saya dibasuh tiga pusingan, pusingan pertama baju berwarna cerah pusingan kedua baju berwarna gelap dan pusingan ketiga cadar.

Jadi dalam masa tiga jam saya membasuh baju. Saya berkira-kira perlukah saya pergi mengeringkan malam ini, boleh kah tunggu besok pagi?

Dalam hati saya terfikir, sekarang pukul 8.30 dan cadar saya mengambil masa lagi 20 minit untuk siap dan saya mungkin bertolak lebih kurang pukul 9 malam. Proses pengeringan akan mengambil masa lebih kurang 30 minit , berkemungkinan pukul baru selesai.

Jadi jika diteruskan maka saya dikira gagal cabaran untuk tidur awal. Saya boleh tidur pukul 10.30 tetapi belum tentu saya terlelap pukul 10.30 silap haribulan pukul 12 malam atau lebih bergantung.

Saya sekarang menimbang keputusan yang kecil ini.

Alaa sidailah kat rumah. 

Sekarang cuaca hujan kalau tak hujan mendung. Mengambil masa nak kering.

Tak takut busuk ke kalau esok.

Kalau pagi-pagi esok tak sempat nak busuk kalau petang besok mungkin busuk. Tapi saya menggunakan produk pencuci yang berkualiti yang saya tahu takkan mudah nak busuk melainkan lama benar.

Nak pergi ke tak ? Nak pergi ke tak?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 207: Lebah sesat masuk rumah

Sudah hampir pukul 10 malam. Dia sudah siap menvakum rumah dan menadah air. Baldi-baldi, bekas-bekas plastik, jag-jag sudah dipenuhkan dengan air. Esok dijangka ada gangguan bekalan air. Oktober mungkin boleh diistiharkan Pesta Tiada Air mungkin?  Bunyi berdesing mengganggu telinganya. Seekor serangga berputar-putar di siling menghampiri lampu sedang kucingnya yang bernama Pandan melihat dengan mata yang bulat. Dia berdiri di bawah lampu, merenung ke arah serangga yang berputar-putar. Seperti tebuan. Serangga berbisa. Dia menarik nafas. Otaknya berpusing, bagaimana mahu menyahkan serangga ini dari rumah? Oh, dia teringatkan vakum. Dicabutnya nozel vakum, dihalakan ke arah serangga yang berputar-putar sambil kucing melompat-lompat mahu menerkam. "Jangan Pandan!" ZzzZZZZZ Serangga itu disedut ke dalam vacum. Dia melihat bekas habuk yang jernih. Tebuan itu masih hidup. Eh, warnanya berbelang kuning hitam.  Lebah rupanya. Tiba-tiba dia berasa seram. Lebah yang menerima arahan dar...

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan. "Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam. Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu.  "Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk. "Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti. "Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih." Pak Min menggeleng,"Tak apa, ak...

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u...