Langkau ke kandungan utama

Entri 249 : Politik

 Semalam saya tidur lambat  10 lebih dan bangun awal pukul 4 pagi. Untuk pengetahuan saya bangun tanpa bantuan penggera. Saya pun tidak pasti mengapa setakat ini saya mampu bangun awal.

Saya bersahur dan berniat untuk puasa akan tetapi puasa saya terbatal pada waktu Asar. Ya, kita hanya merancang dan Allah yang menentukan.

Kebetulan saya berbual dengan rakan yang mempunyai perasaan yang sama. Kerja makan gaji jika tidak berniat untuk menaiki tangga korporate maka akan berakhir seperti saya dipergunakan.

Antara perkara-perkara yang dikongsi; log masa dengan alasan untuk perancangan dan memastikan pekerja tidak overload. Tetapi login masa lebih atau hujung minggu tidak pula ditanya , yang ditanya eh kenapa masa yang dilog cuma dua atau tiga jam.

Saya log masa secara detail kerana mereka nak guna untuk perancangan kononnya, malah saya lihat majoriti pekerja log hour mereka tetapi perancangan masih lagi ke laut. Bila ditanya, oh ya kerana segelintir orang masih tidak log masa. Adakah perancangan mereka hanya boleh dibuat jika 100% masa di log?

Jika ada 8 pekerja dari 10 orang log masa, itu sudah cukup mula buat planning instead dari mengejar-ngejar 2 orang lagi.

Itu baru bab masa. Belum lagi bab manipulasi dan lain-lain. Saya jarang merungut bab-bab ini. Bila saya mendengar saya cuma cakap; buatlah kerja sebaiknya cuma kena fikir bahawa syarikat ini bukan kita yang punya. Orang yang mengarut-ngarut tu bukan business owner tetapi orang atasan yang makan gaji sama juga.

Perkara penting ialah buat baik berpada-pada kalau tidak nanti dipijak kepala. Buat jahat jangan sekali.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 207: Lebah sesat masuk rumah

Sudah hampir pukul 10 malam. Dia sudah siap menvakum rumah dan menadah air. Baldi-baldi, bekas-bekas plastik, jag-jag sudah dipenuhkan dengan air. Esok dijangka ada gangguan bekalan air. Oktober mungkin boleh diistiharkan Pesta Tiada Air mungkin?  Bunyi berdesing mengganggu telinganya. Seekor serangga berputar-putar di siling menghampiri lampu sedang kucingnya yang bernama Pandan melihat dengan mata yang bulat. Dia berdiri di bawah lampu, merenung ke arah serangga yang berputar-putar. Seperti tebuan. Serangga berbisa. Dia menarik nafas. Otaknya berpusing, bagaimana mahu menyahkan serangga ini dari rumah? Oh, dia teringatkan vakum. Dicabutnya nozel vakum, dihalakan ke arah serangga yang berputar-putar sambil kucing melompat-lompat mahu menerkam. "Jangan Pandan!" ZzzZZZZZ Serangga itu disedut ke dalam vacum. Dia melihat bekas habuk yang jernih. Tebuan itu masih hidup. Eh, warnanya berbelang kuning hitam.  Lebah rupanya. Tiba-tiba dia berasa seram. Lebah yang menerima arahan dar...

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan. "Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam. Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu.  "Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk. "Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti. "Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih." Pak Min menggeleng,"Tak apa, ak...

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u...