Langkau ke kandungan utama

Entri 244 : Tidur awal

 Saya terbangun pukul 3 lebih kerana terbau kencing kucing, saya belum kenal pasti dari mana mungkin apabila siang sedikit baru saya cari kerana lampu terpadam.

Setiap kali saya pasang mentol baru mesti terbakar, sama ada sesuatu yang tak kena tentang rumah ini atau satu flat ini mengalami masalah yang sama saya tak pasti. Saya cuma membuat andaian kerana unit yang sebelum ini pun sama. Hari ni pasang esok terbakar. 

Kebelakangan ini saya agak tertekan, rutin saya entah ke mana. Hidup saya seperti tidak ada tujuan. Semua buku-buku yang saya baca adalah tentang setting gol dan sebagainya. Tetapi permasalahan sebenar dalam hidup ialah setting goal. Masa kecil, gol adalah untuk menghabiskan sekolah dan mendapat pekerjaan yang baik.

Mudah kan. Masih dicapai walaupun gol tersebut bukanlah disetkan oleh diri sendiri. Dalam umur seperti saya , kebanyakan gol orang lain berkisar anak-anak. Malah ketika menghadiri kelas motivasi itulah masalah kebanyakan orang; anak dan pasangan. Untuk orang yang bujang seperti saya kadang-kadang terasa dianak tirikan. Semua orang menganggap mudah hidup bujang sedangkan satu dunia hendak berpasangan. Ironi kan?

Memikirkan gol sahaja mengambil masa berbulan bulan masa berhabis begitu saja. Saya masih lagi mencari buku motivasi; self help untuk mereka yang tidak tahu apa yang nak dibuat. Pada pandangan orang luar, mungkin mereka ini adalah sejenis hangat-hangat tahi ayam tetapi sebenarnya mereka golongan yang bereksperimen kerana gol yang tidak jelas.

Jadi hari Jumaat saya memutuskan baiklah gol saya untuk masuk tidur awal kerana sejak menempuh alam dewasa ditambah dengan gadjet tidur saya kelam kabut. Terutama waktu haid. 

Ini adalah hari kedua saya berusaha tidur awal. Semalam saya masuk tidur pukul 10.15 tetapi mengambil masa juga untuk tidur. Semalam saya masuk tidur pukul 9. Apabila saya menyatakan waktu tidur tidak bererti itu waktu saya memejam mata kerana saya tidak tahu bila saya terlelap.

Pagi ini saya terjaga pukul 3 dan cuba untuk tidur semula tetapi tidak berjaya. Akhirnya saya bangun dan menggosok gigi menaip entri ini. Masih saya tidak tahu apa pointnya?

What is the point dalam bahasa melayu?

Saya google dan terjemahannya ialah

apa gunanya?

Soalan saya; adakah perlu tahu sesuatu itu berguna atau tidak sebelum melakukannya?

Bagaimana kita hendak tahu sesuatu itu berguna atau tidak jika mencubanya?

Hangat-hangat tahi ayam mungkin kerana mereka ini mencuba dan mencuba dan mencuba.

Hidup ini sebenarnya eksperimen saja kan?


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 207: Lebah sesat masuk rumah

Sudah hampir pukul 10 malam. Dia sudah siap menvakum rumah dan menadah air. Baldi-baldi, bekas-bekas plastik, jag-jag sudah dipenuhkan dengan air. Esok dijangka ada gangguan bekalan air. Oktober mungkin boleh diistiharkan Pesta Tiada Air mungkin?  Bunyi berdesing mengganggu telinganya. Seekor serangga berputar-putar di siling menghampiri lampu sedang kucingnya yang bernama Pandan melihat dengan mata yang bulat. Dia berdiri di bawah lampu, merenung ke arah serangga yang berputar-putar. Seperti tebuan. Serangga berbisa. Dia menarik nafas. Otaknya berpusing, bagaimana mahu menyahkan serangga ini dari rumah? Oh, dia teringatkan vakum. Dicabutnya nozel vakum, dihalakan ke arah serangga yang berputar-putar sambil kucing melompat-lompat mahu menerkam. "Jangan Pandan!" ZzzZZZZZ Serangga itu disedut ke dalam vacum. Dia melihat bekas habuk yang jernih. Tebuan itu masih hidup. Eh, warnanya berbelang kuning hitam.  Lebah rupanya. Tiba-tiba dia berasa seram. Lebah yang menerima arahan dar...

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan. "Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam. Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu.  "Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk. "Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti. "Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih." Pak Min menggeleng,"Tak apa, ak...

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u...