Cik Pandan miang, sudah dua tiga kali kitarannya aku cuba abaikan. Tetapi rasa kasihan pula sebab Cik Pandan betul-betul macam sakit. Ketika pertama kali kejadian, aku panik dan bawa Cik Pandan jumpa doktor tapi doktor kata kucing aku sihat. Rupanya begitu bila kucing miang. Memang dah tak ada rupa comel dah. Makan minum entah ke mana. Maka aku pun terpaksa memulakan misi mencari calon menantu. Bukan senang rupanya. Setelah beberapa lama, jumpalah satu baka yang kelihatan sekufu seperti Cik Pandan. Program bertaaruf berjalan lancar, malam tu juga aku bawa balik menantu. Bermulalah drama perang suami isteri. Dek marah Cik Pandan tak sengaja tercakar muka aku. Darah menitis terkejut aku. Mujurlah aku pakai kaca mata pada waktu tersebut. Tak apalah demi sayang aku redha saja. Keesokan paginya bermulalah episod mencuci. Kucing jantan tentulah tabiatnya yang menyembur dan Cik Pandan ni bila ketakutan sudah tak pandai nak menggunakan kotak pasir. Aku cuci dengan sabar lagi dan menyusun strat...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com