Malam itu kelasnya berjalan seperti biasa.Najmi dan Wafi tidak hadir. “Mereka malas cikgu.”Beritahu Rizal. Nurindah agak kehairanan.Inilah kali pertama pelajarnya ponteng. “Cikgu tak marah?”Tanya Danish. “Bukan cikgu yang rugi. Cikgu tak rugi apa-apa.”Sebenarnya jauh di sudut hati dia berasa sedikit kecewa. “Cikgu nanti kalau mereka datang, cikgu rotanlah.”Rizal mencadangkan. Nurindah menggeleng.”Apa kamu mahu cikgu jadi garang ke?” “Baguslah cikgu, kalau garang.Cikgu ni baik sangat.”Danish merungut. Nurindah tersengih.Sebenarnya dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu menjadi guru yang baik. Dia tidak pernah didedahkan tentang profisyen perguruan.Dia cuma menurut kata hati. “Nanti kalau cikgu betul-betul rotan baru tau.”Nurindah mengusik. Lima belas minit berlalu.Muhammad mengangkat tangan.”Cikgu, saya nak pergi tandas.” Nurindah mengerutkan dahi, Muhammad buat muka kasihan. “Ok.Lima minit sahaja.” Kelas berlalu dengan budak-budak keluar masuk.Seperti ada...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com