26 Februari 2022, Sabtu Pada waktu anda membaca tulisan ini, sudah tiga ekor anak Pandan mati. Jumlah anak Pandan ialah empat ekor. Yang bongsu mati lemas air ketuban pada hari kelahiran 23 hb, yang kedua mati semalam dan yang ketiga ini mati sejurus dari balik klinik. Semalam setelah pulang dari vet, saya terus menyusukan yang ketiga ini. Pagi tadi saya monitor dan memberinya susu setitik dua. Kemudian dalam pukul sebelas saya memeriksa badannya, suhunya turun. Masih hidup maka saya bergegas membawanya ke vet. Kali ini saya bawa Pandan dan seekor lagi anaknya kerana saya mahu tahu keadaan semuanya. Semalam saya tak sempat membawa kesemua kerana yang seekor itu sudah hampir keras. Apabila saya ke klinik saya ditahan oleh staf dan ditanya tentang appointment. Memang saya tak buat appointment kerana kes kecemasan dan saya tak merancang pun untuk ke klinik hari ini. Saya cemas apabila yang ketiga ini sepatutnya sihat tetapi lemah dan makin selalu menjauhi ibunya. Maka apabila memerik...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com