Langkau ke kandungan utama

Entri 241 : Kucing Bila Sakit

 Kucing bila sakit macam anak kecil yang sakit. Jangan marah kalau saya samakan anak kecil yang belum mumayyiz kerana apabila dilahirkan ke dunia, manusia tidak dikurniakan pemikiran yang matang sejak lahir. Kelakuan kita banyak berlandaskan naluri maka tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik dan mematangkan nalurinya.

Cuma kucing tidak dapat berkomunikasi dengan manusia dan sistem komunikasi dan anatomi mereka tidak sama dengan manusia jadi ianya lebih rumit kalau kita tak faham sifat haiwan. Sama seperti bayi, apabila menangis kita cuma mengagak mungkin mahu tidur, mahu makan, tidak selesa atau sakit. Hanya dengan meneliti dengan bersungguh-sungguh baru kita dapat memahami. 

Dodol dikasikan pada hari Selasa 27 Oktober. Demi memastikan Dodol dalam keadaan terbaik, saya menghantarnya pada Isnin petang. Setelah dikasi klinik ini akan mengesyorkan untuk kucing diwadkan semalam.

Maka malam Isnin dan Selasa Dodol bermalam di klinik. Terus terang malam pertama saya tidak boleh tidur. Saya terbayangkan betapa Dodol tidak selesa di dalam kurungan. Pandan juga resah sepanjang ketiadaan Dodol padahal mereka ini bukanlah rapat dan mesra sangat. Pada petang Rabu baru saya boleh mengambil Dodol. 

Sebelum itu, saya fikir mungkin ada baiknya jika saya berkongsi pendapat tentang klinik ini. Klinik ini bukanlah pertama kali saya pergi. Saya pernah membawa Pandan untuk rawatan malah pemandulan Pandan juga di klinik yang sama.

Klinik ini satu-satunya tidak membenarkan penjaga kucing masuk bersama kucing ketika menerima rawatan. Penjaga hanya tunggu di luar. Mungkin untuk kes-kes yang tertentu penjaga dibenarkan masuk. Saya pernah meminta izin untuk masuk dan mereka benarkan.

Proses pemandulan, penjaga kucing mendaftar di kaunter dan kemudian staf mereka akan membawa kucing ke bahagian atas boarding. Penjaga langsung tidak berjumpa dengan doktor. Ketika mereka mengambil Dodol dan membawanya terus ke boarding saya terlintas di dalam hati; jika jadi apa-apa kepada Dodol bagaimana?

Sama juga ketika menjemput Dodol selepas operasi, saya langsung tidak berjumpa dengan doktor. Staf menguruskan bayaran dan sudah selesai. Saya meminta izin untuk membelek Dodol ketika itu, itupun di kaunter tanpa berpeluang bertanyakan pada doktor.

Senang cakap, proses pemandulan semudah proses boarding membuatkan saya rasa ralat.

Hendak dicerita, keesokan paginya, hari Khamis saya mendapati lebih 4 tompok muntah hijau. Di waktu siangnya Dodol muntah lima kali. Saya cuba menelefon klinik tak dapat, nak pergi terus saya tengah kerja.

Malam itu saya mencari klinik haiwan 24 jam dan akhirnya saya menemui Hospital Haiwan di Jalan Tun Razak. Sebelum pergi saya menelefon terlebih dahulu dan meminta nasihat staf yang bertugas. Menurut staf tersebut, berdasarkan muntah yang saya ceritakan keadaan Dodol agak serius dan perlu rawatan segera.

Bayangkan malam Khamis saya bergegas ke hospital haiwan, berkali-kali pusing kerana sesat dek pembinaan yang berlaku di kawasan tersebut.

Walaupun malam, keadaan hospital agak sibuk. Kemudahan X-Ray dan ujian darah tidak disediakan pada waktu malam. Setelah berjumpa doktor, doktor memberi saya pilihan. Sama ada mahu Dodol diwardkan supaya besok mereka boleh menjalankan ujian darah atau menyuntik ubat muntah dan jika muntah masih berlarutan saya perlu ke klinik yang sama dengan segera.

Punca Dodol muntah banyak. Mungkin dia tersalah makan malam tu walaupun saya syak bukan. Ini kerana Dodol tak pernah muntah hijau begitu dan dia juga tidak pernah kencing merata. Dodol adalah pembersih, dia paling panik kalau terbau najis malah 'tukang cuci' kalau tiba-tiba ada najis yang terlekat di ekornya atau menjumpai kencing ibunya apabila ibunya sakit.

Antara sebab lain mungkin kucing alah kepada ubat bius. Jika kucing dikasi di hospital, doktor akan menjalankan ujian darah untuk memastikan kucing bebas allergi. Tetapi biasalah mahal.

Setelah memikirkan sudah beberapa malam Dodol tidur di luar, saya memilih untuk hanya menyuntik ubat muntah dan memantau keadaan Dodol di rumah. Bayangkan dalam satu malam saja beratus duit saya habis. Cuma lebih berpuas hati kerana boleh mendengar penjelasan doktor.

Keesokan paginya saya tidak menjumpai muntah jadi saya berasa lega. Dodol pula memang cerdas saja sejak balik dari klinik jadi sebab itu saya tidak syak apa-apa. Cuma waktu petang baru saya perasan ada muntah baru malangnya hari tu hari Jumaat, klinik tidak dibuka.

Saya akhirnya cuba mencari penyelesaiaan di internet dan membeli rumput helikopter dan rumput galak kucing. Ketika sampai, kucing-kucing saya kelihatan tak sabar mengigit dan menghidu pokok-pokok tersebut.

Sekarang Dodol tak muntah lagi. Pandan juga memang dalam pemantauan saya kerana dia memang tidak sihat dari mula. Jadi saya memberikannya jus dokong anak sesekali dalam sebulan untuk memastikan kencingnya lawas.

Dodol dan Pandan adalah dari baka yang diubah suai , jadi sistem badan mereka lemah berbanding kucing lain. Saya mengingatkan pada diri sendiri jika hendak kucing ambil kucing angkat bukan yang beli kerana kucing baka yang diubah suai ini adalah salah satu penganiayaan manusia terhadap haiwan. Memang kucing kaki pendek, telinga berlipat comel tetapi sistem badan mereka tidak sihat seperti kucing biasa.

Bila selalu sakit, bukan semua manusia mampu nak bela. Masa tu bersepahlah kucing-kucing ini di jalanan.

Cukup sekadar ini entri saya, kalau diikutkan banyak nak ditulis. 





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan...

Entri 165 : The philomel

T his entry was parked under my draft quite some time, I was having hard time to choose to write this in Malay or English.  It is not because I am good in both language, in fact I am not good in both. Either one makes me tremble whenever I type the word, thinking whether is it proper, is it the right one?  Honestly, there is no word to describe feeling. We I always use the word as metaphors to describe it and most of the time peoples get misunderstanding regardless what word we I chose. Plus typo all over the places, some small mistakes such missing important coma ,  but or pause can cause catastrophes. Such as we and I, since I was small I used the word kita  to represent I but actually kita means we . Because of the misplaced ' kita' sometimes I get into troubles. I have to correct it every-time I accidentally use it - nope kita does not mean you and me but it means me -- but kita means we ... and there we go to the next argument. Trying to straighten me...

Entri 179 : Aku sebatang pensil ...

Aku sebatang pensil, berwarna biru. Di batang tubuhku terukir dengan tinta emas nama pelangganku, sebuah rangkaian hotel terkemuka di dunia. Aku tidak berapa pasti dari mana asal usulku. Cuma menurut cerita aku ini kacukan dari dua bangsa yang sangat berbeza. Samada ayahku berasal dari kayu kayan yang hidup berakar di bumi ataupun ibuku mungkin galian dari tanah. Plumbum barangkali. Aku masih ingat ketika aku diusung keluar dari kilang, bersama-sama dengan kawan-kawanku. Kami dibahagikan ke beberapa cawangan hotel di seluruh Malaysia. Setibanya kami di hotel, kami diletakkan di dalam bilik berasingan, di atas meja bersama buku nota kecil. Tetamu datang dan pergi. Kadang-kadang mereka menggunakan aku, mencatatkan nombor-nombor dan kemudian aku ditinggalkan di atas meja semula. Aku tidak ingat berapa lama aku terdampar di atas meja,  jika ada tamu yang cemerkap aku terpelanting di bawah meja. Juru kemas akan memeriksa keadaanku dan meletakkan aku semula di atas meja. Suatu hari ada ...
Buy Me A Coffee
Thank you for visiting. You can now buy me a flower!