Langkau ke kandungan utama

Entri 243 : Pertama kali temuduga selepas 6 tahun

 Anda boleh cuba pergi temuduga jika anda rasa bosan dan hilang 'excitement' dalam hidup.

Ya, itu antara nasihat saya.

Saya menghadiri temuduga semalam bukan kerana hendak bertukar kerja tetapi kerana rasa jemu. Rasa tawar hati. Banyak cara saya cuba, hadiri kelas, baca buku oh ya berdoa solat  dan lain-lain.

Ada sesuatu yang menggerak hati saya banyak kali. Pergilah temuduga.

Tunggu, kalau tak berasa nak bertukar kerja dan sudah selesa kenapa nak pergi interview.

Senang, bila pergi temuduga pihak HR akan contact kita kan, mereka akan tanya details kan. Kemudian kita akan ditemuduga bersesuaian dengan kerja kita kan. Contoh saya ditemuduga oleh Solution Arkitect dari Holland. Solution Architect dalam bahasa Melayu apa ya?

Mulalah rasa gigil kan?

Kemudian begitulah temuduga sesi soal jawab. Dia tanya kita jawab, kita tanya dia jawab.

Ada soalan yang boleh jawab ada yang tak. 

Dalam masa 6 tahun saya tak pernah ditemuduga, jadi semalam apabila disoal siasat saya perhatikan perasaan saya. Saya rasa gementar, rasa tak yakin ada kalanya saya yakin dan saya tak gementar.

Yang saya nak kongsikan perasaan itu. Bagaimana saya menghargai proses temuduga tersebut.

Alhamdulillah, selepas saya selesai temuduga saya dapat semula yakin diri saya. Sama ada saya hendak bertukar kerja atau tidak belum tentu.

Tetapi sekurang-kurangnya menghadiri temuduga juga satu skill kerana kita tidak akan bekerja dengan syarikat selama-lamanya. Sekurang-kurang peluang untuk tahu apa requirement yang diperlukan oleh syarikat lain kita tahu dan proses temuduga tidak lagi menjadi prosess yang stress.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan. "Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam. Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu.  "Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk. "Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti. "Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih." Pak Min menggeleng,"Tak apa, ak...

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan...

Entri 64 : Asing

Kebelakangan ini semuanya terasa sempit, sesak dan rimas.Tekanan membunuh rasa bersyukur. Masalah peribadi menerpa, kerja di pejabat menimbun.Masa ini juga , ada isu dalam sistem.Nurindah mengeluh, kerjaya sebagai jurutera perisian memang antara bukan kerjaya isteri idaman.Siapa mahu isteri yang kerjanya tidak tentu, balik rumah pun kadang-kadang menatap komputer.Siapa mahu?  Ah, mungkin  kerana dia bujang jadi semua kerja ditugaskan untuknya. 'Kamu kan bujang, jika kamu balik awal pun buat apa?Macam kami ni dah kahwin, susah...banyak benda perlu diuruskan.Anak isteri perlu dijaga.'  Rasa mahu ditampar saja suara yang berbunyi itu.Jika bujang ini hidupnya sangat mudah kenapa kamu tergedik sangat mahu kahwin dulu? Berontaknya dalam hati.Kalau kahwin sekadar mahu lari dari tanggungjawab,mana pergi keberkatan.Aneh pula ya bila syarikat mengadakan  business trip ke luar negara, pandai pula menawarkan diri.Berbulan pun tak apa.Ke mana pergi anak isteri yang dijad...