Saya memotong bawang merah dan bawang putih. "Jap, macam mana Along buat tu?" "Buat apa?" Saya keliru sekejap. Kami memasak bersama seperti biasa. "Potong bawang macam tu? Saya tak pandai potong bawang begitu." Saya melihat pisau besar dan bawang-bawang yang dicincang halus. Kehairanan kerana sudah biasa mencincang begitu. Saya malas hendak mengunakan lesung atau mesin kisar terutama jika tidak memasak dalam kuantiti yang banyak. Saya tidak pernah merasakan ianya sesuatu yang aneh atau sesuatu kelebihan. "Dulu saya tak pandai masak. Saya masak tapi begitu-begitu sahaja. Tapi abang pandai masak. Dia ajar kalau goreng nasi biar sampai nasi menari." beritahu adik ipar. "Oh." Saya baru tersedar selama ini orang lain belum tentu tahu tentang konsep nasi menari. Seperti pesan emak jika nak buat nasi goreng Pastikan gaul nasi sejuk dengan garam sebelum goreng supaya tidak perlu ditambah garam lagi ketika menggoreng. Akan mengurangkan risiko ...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com