Langkau ke kandungan utama

Catatan

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan...

Entri 256 : Bagaimana nak dapat KABEL besar?

Baru baru ini saya melawat adik saya di Sabah. Ini adalah penerbangan pertama saya setelah bertahun-tahun tidak ke mana-mana. Terima kasih kepada Covid dan kucing-kucing saya yang membuatkan saya melekat di rumah dan tidak mahu ke mana-mana. Saya tidak mahu bercerita tentang Sabah untuk entri ini. Mungkin saya akan tulis di entri yang akan datang sebab terlampau banyak perkara menarik di Sabah. Sabah adalah negeri kegemaran saya dan jika saya boleh pilih negeri kelahiran mungkin Sabah adalah negerinya.  Kedah juga negeri saya, tanah tumpah saya. Jadi saya bersyukur dilahirkan di negeri Kedah. Kebetulan pula Sabah dan Kedah berakhir dengan 'ah' . Gurau saja. Oghang Kedah jangan marah no. Kami melawak saja na. Saya mahu bercerita tentang kronisme. Kebetulan perkara inilah yang dibualkan dengan adik saya. Kronisme ni berlaku di mana-mana dan tak kiralah siapa yang mentadbir. Kadang-kadang si kabel tu sendiri tak perasan dia digunakan. Jadi tak perlulah nak menuding jari bangsa ata...

Entri 255 : Pandan

 Pagi ni selepas Subuh sambung tidur balik. Tak ada mood nak buat apa-apa pun hari ni terutama selepas saya dinasihati untuk berehat sekurang-kurang 24 jam dan dua hari sebelum melakukan aktiviti fizikal untuk mengelakkan tulang belakang lari. Bagaimana nak tahu alignment lari: 1) Depangkan kedua-dua tangan ke hadapan macam nak luruskan barisan. 2)Genggam kedua-kedua jari , macam nak nak buat thumbs up kemudia halakan ibu jari ke hadapan 3)Rapatkan tangan dan lihat sama ada kedudukan ibu jari selari atau tidak. Jika anda mendapati tidak sama, bukan kerana tangan anda panjang atau pendek sebelah tetapi alignment tulang belakang lari. Pergilah ke pakar tulang contoh @hic_nursing atau pusat-pusat lain untuk pemeriksaan lanjut. Hal ini dah kali kedua berlaku. Hari tu pergi kemudian tak lama kemudian jadi balik. Jururawat yang merawat tu beritahu memang begitu lumrahnya apatah lagi apabila kita tidak menjaga posture ketika melakukan aktiviti harian. Selalunya apabila saya bangun lambat,...

Entri 254 : Review Filem : Swimmers

 Amaran : Jangan baca kalau anda belum menonton ditakuti ada spoiler. Saya baru habis menonton filem Swimmers, berkobar-kobar jiwa rasanya. Air mata pun mengalir laju. Filem ini berdasarkan kisah benar seorang perenang dari Syria bernama Yusra Mardini yang menjadi pelarian dek kerana konflik yang berlaku di negaranya. Yusra Mardini dan kakaknya Sara Mardini ini adalah atlet renang Syria. Mereka dilatih oleh ayah mereka sendiri. Mereka berlatih dengan impian untuk mewakili Syria dalam Olimpik di Rio 2016. Sewaktu konflik, mereka meninggalkan keluarga mereka kerana keadaan mendesak. Mereka ditemani sepupu mereka Nizar. Perjalanan mereka bermula dengan Turki, naik kapal terbang. Sampai Turki mereka terpaksa mencari orang yang sanggup menyeludup mereka ke Eropah. Rupanya dekat Turki bukan mereka sahaja yang melarikan diri, ramai lagi pelarian melarikan diri. Sedih betul saat mereka tunggu bot, orang tengah yang hantar bot tu hidupkan enjin lepas tu biarkan mereka yang bersesak dalam bo...

Entri 253 : Hama Kucing

 Saya baru belajar tentang ini setelah memelihara Dodol dan Pandan. Sebelum ni cuma tahu kutu, sekenit dan terpiras(flea) . Hama kucing ini dalam bahasa Inggeris ialah furmite. Memang susah nampak. Saat pertama kali saya dapat tahu bukan sebab saya nampak tetapi kerana  kucing saya bersikap aneh. Asyik menggaru dan kelihatan tertekan. Bulu gugur seketul-seketul akibat menggaru dengan teruk. Apabila saya bawa ke doktor, doktor menerangkan pasal furmite. Antara ubat yang dicadangkan adalah Advocate. Ubat ini kecil sahaja, lagi kecil dari jari kelingking dan satu tiub ini hanya untuk seekor kucing. Harganya boleh tahan mahal dalam 30 ringgit lebih. Ubat ini sekali pakai kena habiskan satu tiub. Satu tiub dicadangkan sebulan sekali. Ubat ni tak boleh pakai selalu. Cara nak pakai, kena selak bulu kucing tu sampai terdedah. Agak mencabar juga apabila nak letak ubat ini pada Dodol dan Pandan sebab mereka ni berbulu panjang. Ubat ni akan serap dalam kulit dan menghilangkan hama. Seelo...

Entri 252 : Keldai yang keliru

 Dikatakan jika diberi pilihan keldai, ia akan memilih yang paling dekat. Maka seekor keldai yang lapar dan dahaga diletakkan di tengah-tengah antara jerami dan air . Keldai itu akhirnya mati kelaparan dan kehausan kerana tidak dapat membuat keputusan samaada hendak minum atau lapar. Jika anda tidak dapat memutuskan sesuatu dua perkara yang sama baik, lakukan saja. Sekurang-kurang anda mati kerana satu sebab sahaja. Untuk lebih lanjut sila google Burridan's Ass. Burridan'Ass

Entri 251 : Manipulasi

Saya menulis ini sebab banyak kali saya terdengar perkara yang sama dibahaskan. Kenapa perangai seseorang itu begitu; kenapa perangai suami atau isteri begitu begini. Maka banyaklah kajian yang dibuat untuk mengetahui mengapa perangai seseorang itu begitu dan begini. Beza otak lelaki dan perempuan, boleh jadi sebab emosi manusia dilahirkan berlainan warna, tarikh lahir dan pelbagai lagi. Saya langsung tak salahkan kajian-kajian kat atas. Banyak faendah mengetahui perangai manusia ini terutama dalam bidang pemasaran. Kalau anda perasan, setiap perkara yang anda sroll , bincang semua dianalisis oleh applikasi telefon bimbit anda. Maka jangan perasaan kalau apa yang ada fikir tiba-tiba saja terpapar di telefon bimbit. Eh macam faham-faham jer. Maaf, dia takkan faham kalau tak ada data. Ianya terpapar di telefon bimbit kerana mikrofon di telefon anda merakam perbincangan anda dan applikasi telefon anda juga menyimpan data data anda. Itulah yang orang panggil algorithm. Berbalik pada perang...

Entri 250 : Lari

 27 Okt - Masuk tidur pukul 9.30 pukul 10 lebih masih belum boleh tidur 28 Okt- Pukul 11 lebih baru boleh masuk tidur Banyak perkara yang dirancang tak menjadi. Ada faktor dalaman dan juga luaran. Malam ini saya tak pasti saya boleh tidur pukul berapa. Hari ini hari Sabtu dan saya bekerja; pukul 6.40 petang baru log out. Sekarang dah nak pukul 8 tapi makan malam saya masih di tengah jalan. Baiklah mari kita raikan apa yang mampu kita buat hari ini. Ya, baju dah kering tapi belum berlipat. Okay, mohon doakan yang baik baik saja.

Entri 249 : Politik

 Semalam saya tidur lambat  10 lebih dan bangun awal pukul 4 pagi. Untuk pengetahuan saya bangun tanpa bantuan penggera. Saya pun tidak pasti mengapa setakat ini saya mampu bangun awal. Saya bersahur dan berniat untuk puasa akan tetapi puasa saya terbatal pada waktu Asar. Ya, kita hanya merancang dan Allah yang menentukan. Kebetulan saya berbual dengan rakan yang mempunyai perasaan yang sama. Kerja makan gaji jika tidak berniat untuk menaiki tangga korporate maka akan berakhir seperti saya dipergunakan. Antara perkara-perkara yang dikongsi; log masa dengan alasan untuk perancangan dan memastikan pekerja tidak overload. Tetapi login masa lebih atau hujung minggu tidak pula ditanya , yang ditanya eh kenapa masa yang dilog cuma dua atau tiga jam. Saya log masa secara detail kerana mereka nak guna untuk perancangan kononnya, malah saya lihat majoriti pekerja log hour mereka tetapi perancangan masih lagi ke laut. Bila ditanya, oh ya kerana segelintir orang masih tidak log masa. Ada...

Entri 248 : Mengamuk

 Hari yang super emosional buat saya. Baru jer lepas hempuk laptop.  Semalam masuk tidur pukul 10.40 dan bangun pukul 5 pagi. Good job at waking up early but kena kerja keras sikit untuk masuk tidur awal. Hari ini perancangan lari sedikit. Saya habis perbincangan pukul 7 lebih dan kemudian mendraft nota dan tiba-tiba Microsoft outlook saya tertutup dan tak ada auto save. Bukan hanya Outlook , Word juga menjadi gila. It keeps duplicate. Jadi selamat tinggallah pada nota saya yang hampir siap. Berang saya dibuatnya, ketakutan kucing-kucing saya bertempiaran bila saya mengamuk. Masa sudah menunjukkan pukul 7.20 . Saya boleh saja sambung esok tetapi ada perkara lain yang membuatkan saya fikir lebih baik saya siapkan sekarang. Hint *politik* Akhirnya dalam mengamuk-ngamuk tu, saya shutdown laptop. Solat dan makan roti sambil menangis. Nota tadi dah siap pun cuma tinggal nak touch up , letak recipient saja. Lesap dan tak boleh recover. Saya benci Window. Kan?!! Akhirnya saya turn on...

Entri 247 : Overwhelmed

 Saya google makna overwhelme yang keluar ialah 'terharu'. Jadi kita guna dulu perkataan overwhelme ini kerana hari ini saya tak berasa terharu. Semalam saya masuk tidur secara anggaran pukul 10.15 . Pada mulanya saya sudah masuk tidur pukul 9.30 tetapi saya terleka melihat handphone. Ya, bukan senang nak consistent kan. Pagi tadi saya bangun pukul 6 dan solat subuh. Pukul 9 saya perlu membawa Pandan ke klinik untuk vaksin tahunan, Hari pertama boleh solat, hari pertama bekerja. Keputusan sekecil seperti nak lipat baju sekarang nak masak apa untuk tengahari dan juga lampu UV flashlight yang saya beli online sampai. Lampu UV Flashlight sangat berguna untuk mengesan kucing saya maka teruja saya dibuatnya. Leka saya menyuluh sana sini.  Puas hati kalau boleh pastikan rumah betul-betul bersih. Sebenarnya walaupun overwhelme saya masih lagi positif kerana masih mencuri masa untuk menulis. Saya cuba memenuhkan poket masa saya seminit dua dengan melakukan perkara yang berfaedah sebel...

Entri 246 : Rupanya hari ini cuti

Semalam saya masuk tidur awal 9.30 begitu perancangannya. Bergolek-golek di atas katil, berzikir dan membaca buku selintas lalu. Dodol seperti biasa melompat ke atas katil dan mengurut kepala saya sehingga dia puas. Untuk pengetahuan, kucing urut kepala menyakitkan walaupun kukunya sudah ditrim. Saya pernah membaca tentang tabiat tersebut dan dikatakan kucing melakukan perkara tersebut apabila dia berasa selesa. Apabila Dodol mengurut kepala saya, saya rasa dia seolah-olah dia memberi amaran supaya saya sentiasa sedar bahawa dia adalah boss padahal tak perlu pun kerana memang mereka adalah tuan dan puan besar dalam rumah ini. Tahu-tahu sudah pukul 10 malam. Sebab itulah kena masuk tidur awal kerana terlelap adalah sesuatu yang luar kawalan kita. Saya harap saya tertidur sebelum pukul 12. Pagi ini saya terbangun pukul 5, saya terjaga apabila Dodol menguis-nguis sesuatu di tepi tong sampah. Saya boleh mengagak sebabnya. Ralat kerana baru semalam saya mop lantai dan pagi-pagi begini saya ...

Entri 245 : Nak keringkan baju atau nak tidur

Hari Ketiga - Cabaran tidur awal  23 Okt 2022 Hari ini hari ketiga saya cuba untuk tidur awal. Hari pertama saya masuk tidur pukul 10.15 pm. Saya terbangun keesokannya pagi pukul 7 tanpa penggera, yang kelakarnya saya bangun tanpa melihat jam dan mati-mati saya ingatkan saya terbangun pukul 8 pagi. Setelah menyelesaikan beberapa rutin baru saya perasan saya terbangun awal setelah beberapa lama saya terbangun lambat. Oh saya sedang haid ya. Malam semalam, saya cuba masuk tidur pukul 9 malam. Agak mencabar juga kerana Pandan mengajak saya main dan saya bangun untuk melayaninya. Tetapi saya cuba masuk tidur pukul 9.30 malam. Pagi tadi saya terjaga pukul 3 pagi kerana Pandan mengejutkan saya. Untuk pengetahuan jarang sekali Pandan masuk ke bilik dan mengejutkan saya. Pandan jarang masuk ke bilik tidur setelah Dodol seperti menguasai kawasan bilik tersebut. Saya fikir Pandan kurang sihat tetapi saya sudah membuat temu janji pada 25 Oktober nanti di klinik veterinar. Dek kerana terlampau...

Entri 244 : Tidur awal

 Saya terbangun pukul 3 lebih kerana terbau kencing kucing, saya belum kenal pasti dari mana mungkin apabila siang sedikit baru saya cari kerana lampu terpadam. Setiap kali saya pasang mentol baru mesti terbakar, sama ada sesuatu yang tak kena tentang rumah ini atau satu flat ini mengalami masalah yang sama saya tak pasti. Saya cuma membuat andaian kerana unit yang sebelum ini pun sama. Hari ni pasang esok terbakar.  Kebelakangan ini saya agak tertekan, rutin saya entah ke mana. Hidup saya seperti tidak ada tujuan. Semua buku-buku yang saya baca adalah tentang setting gol dan sebagainya. Tetapi permasalahan sebenar dalam hidup ialah setting goal. Masa kecil, gol adalah untuk menghabiskan sekolah dan mendapat pekerjaan yang baik. Mudah kan. Masih dicapai walaupun gol tersebut bukanlah disetkan oleh diri sendiri. Dalam umur seperti saya , kebanyakan gol orang lain berkisar anak-anak. Malah ketika menghadiri kelas motivasi itulah masalah kebanyakan orang; anak dan pasangan. Untuk...

Entri 243 : Pertama kali temuduga selepas 6 tahun

 Anda boleh cuba pergi temuduga jika anda rasa bosan dan hilang 'excitement' dalam hidup. Ya, itu antara nasihat saya. Saya menghadiri temuduga semalam bukan kerana hendak bertukar kerja tetapi kerana rasa jemu. Rasa tawar hati. Banyak cara saya cuba, hadiri kelas, baca buku oh ya berdoa solat  dan lain-lain. Ada sesuatu yang menggerak hati saya banyak kali. Pergilah temuduga. Tunggu, kalau tak berasa nak bertukar kerja dan sudah selesa kenapa nak pergi interview. Senang, bila pergi temuduga pihak HR akan contact kita kan, mereka akan tanya details kan. Kemudian kita akan ditemuduga bersesuaian dengan kerja kita kan. Contoh saya ditemuduga oleh Solution Arkitect dari Holland. Solution Architect dalam bahasa Melayu apa ya? Mulalah rasa gigil kan? Kemudian begitulah temuduga sesi soal jawab. Dia tanya kita jawab, kita tanya dia jawab. Ada soalan yang boleh jawab ada yang tak.  Dalam masa 6 tahun saya tak pernah ditemuduga, jadi semalam apabila disoal siasat saya perhatikan ...

Entri 241 : Kucing Bila Sakit

 Kucing bila sakit macam anak kecil yang sakit. Jangan marah kalau saya samakan anak kecil yang belum mumayyiz kerana apabila dilahirkan ke dunia, manusia tidak dikurniakan pemikiran yang matang sejak lahir. Kelakuan kita banyak berlandaskan naluri maka tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik dan mematangkan nalurinya. Cuma kucing tidak dapat berkomunikasi dengan manusia dan sistem komunikasi dan anatomi mereka tidak sama dengan manusia jadi ianya lebih rumit kalau kita tak faham sifat haiwan. Sama seperti bayi, apabila menangis kita cuma mengagak mungkin mahu tidur, mahu makan, tidak selesa atau sakit. Hanya dengan meneliti dengan bersungguh-sungguh baru kita dapat memahami.  Dodol dikasikan pada hari Selasa 27 Oktober. Demi memastikan Dodol dalam keadaan terbaik, saya menghantarnya pada Isnin petang. Setelah dikasi klinik ini akan mengesyorkan untuk kucing diwadkan semalam. Maka malam Isnin dan Selasa Dodol bermalam di klinik. Terus terang malam pertama saya tidak boleh tidur....

Entri 239 : Hakikat Andartu

 Dalam hidup ini pernah terfikir tak hidup seorang diri di usia tua tanpa mempunyai sesiapa? Ramai akan menjawab, 'Biasa saja, banyak saja ibu bapa yang ditinggalkan anak-anak. Dekat rumah orang tua tu banyak.' Bukan ibu bapa yang saya maksudkan. Yang tua, yang tak pernah berkahwin dan yang tak pernah beranak. Golongan ini minoriti , tak banyak. Akan tetapi golongan ini banyak dipandang remeh tentang emosi dan keadaan mereka. "Alaa... senang la jadi Si Polan ini, tak payah fikir hal anak-anak dan suami." Tak pernah terfikir bahawa dalam dunia ini semua manusia mahu berpasangan dan bersuami, bagaimana hidup yang seorang diri ini menjadi lebih mudah jika semua manusia sanggup berbuat apa saja untuk berkahwin dan beranak? "Alaaa... saya makan seorang diri dekat restoran tak ada masalah pun walaupun saya berkeluarga dan ada anak-anak." Jika anda berkeluarga tetapi 90% hidup anda dalam setahun makan seorang maka mungkin anda patut kaji keadaan keluarga anda. Maka...

Entri 238 : Perkara yang tak dirancang

 Kita hidup di era dengan adanya ideologi set gol, kena buat perancangan. Memang bagus tetapi ianya menjadi toksid apabila berlebih-lebihan. Pendek kata, gagal untuk merancang dan merancang untuk gagal. Kita melihat gol-gol yang tidak tercapai , to do list tak bertick sebagai kegagalan. Akibatnya hidup kita adalah untuk memastikan gol yang kita cipta tercapai, to-do list kita bertick sedang hidup ini lebih dari itu.Pada  malam hari kita bersedih melihat gol-gol dan to do list tidak tercapai dan terpaksa belajar redha.  Sedangkan kegembiraan yang bergantung kepada gol yang bercapai dan to do list yang bercheck adakah kegembiraan yang hakiki.  Cuba buat satu journal, perkara-perkara yang tak terjangka yang terjadi pada hari ini ; Contoh :  1- Tidak menjangka bertemu crush dalam lif sedang anda tahu crush anda tidak tinggal satu apartment, malah anda mengelak untuk bertemu crush anda dengan memilih untuk  tidak lalu di kawasan yang anda jangka crush anda berke...

Entri 237 : Kuku Kaki

 Hari ini minggu kedua saya menghadiri kelas regangan. Berpeluh-peluh dibuatnya padahal regangan saja.  Yang seronoknya jurulatih akan menceritakan apa yang jadi dengan badan untuk setiap posisi sambil menerangkan cara yang betul untuk melakukannya. Contoh, yang ini elok untuk buang angin. Senaman regangan seperti yoga ini bukanlah sesuatu yang baru. Jika anda pernah menerima rawatan fisioterapi, latihan yang sama juga yang diajarkan. Tapi itulah kadang-kadang nama sesuatu senaman itu menimbulkan kontroversi sebab itu pentingnya belajar supaya tidak sesuka hati menuduh tanpa usul periksa. Ketika melakukan senaman tersebut barulah saya meneliti kaki saya. Antara bahagian yang saya lupa, kering betul layaknya. Dalam hati, yalah dah tua begini semua kerepot. Tetapi hati lain berbisik, cuba cari jalan.  Maka tanpa dirancang saya singgah di spa yang saya google seusai latihan. Dengan muka berpeluh dan ketiak basah saya bertanya ada tak khidmat pedicure. Maka kaki saya hari ini...