Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2009

Entri 15: Bukan kerja kita

Nurindah menebuk lubang botol plastik minyak masak yang sudah kosong dan dipotong muncungnya. Dia membuat beberapa lubang dengan dawai panas.Setelah itu dia menjinjing bekas tersebut ke belakang rumah. Tanah gambut di belakang rumahkelihatan hitam, lembut dan subur. Dia mengorek tanah tersebut dengan penyodok dan memasukkannya ke dalam bekas yang dibuat dari botol minyak tadi. Beberapa ekor cacing tanah menggeliat saat Nurindah mengganggu kediaman mereka.Sesekali Nurindah berdecit kesakitan apabila jarinya terkapit di antara penyodok dan pemegang kayu. Kucing jantan yang bernama Adik sesekali mengerling ke arah Nurindah dari bawah pokok manggis, sambil memejam mata cuba untuk tidur. Nurindah meratakan tanah di dalam bekas, kemudian menabur beberapa biji betik ke atasnya. Ini kali ketiga seumur hidup Nurindah menanam betik. Kali pertama pokok betik yang ditanam sewaktu dia di sekolah rendah.Pokok itu tumbuh subur, tinggi dan lebat bunganya tapi tak pernah berbuah.Kata ibu, itu pokok

Entri 14: Tangan

Sudah dua tiga hari Nurindah tidak betah melakukan kerja.Pergelangan tangannya seperti tergeliat.Seksanya lagi bertambah apabila terpaksa memusing stereng ketika memandu. “Pergilah berurut dekat Tuk Ngah.”Sang ibu mula bising.”Suruh Nana temankan.” Awan berarak mendung pabila Nurindah dan Nurina berjalan melalui lorong kampung pagi itu. Beberapa ekor kambing mengembek sambil mengunyah rumput seolah-olah risau dengan keadaan cuaca. “Jauh lagi ke rumahnya Nana?”Tanya Nurindah.Terasa silap tidak memandu, pada mulanya dia fikir mahu ambil angin berjalan-jalan di keliling kampung. “Tak adalah Long. Tu...”Nurina menuding ke arah rumah batu kecil yang agak terpinggir di suatu kawasan lapang.Beberapa ekor lembu seolah memerhatikan mereka berdua. Nurindah berdoa apabila melintasi lembu-lembu tersebut.Harapnya baju kurung merah jambunya tidak menarik perhatian lembu-lembu tersebut. Rumah itu kelihatannya sunyi sekali.Bahagian depannya dipenuhi habuk-habuk dan tahi burung seperti tidak disapu. Ma