Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel perspektif

Entri 202 : Tandas

Setiap rumah ada tandas. Ada rumah yang tandasnya bersih dan ada ada rumah yang tandasnya kotor. Ada penghuni yang seumur hidup dia menggunakan tandas tetapi tidak pernah mencuci tandas. Dia tidak tahu apa yang dikecoh-kecoh tentang tandas. Tandas sekadar tempat melepaskan kotoran. Kotor atau bersih itu tidak penting. Ada penghuni yang dari kecil sudah biasa membersih tandas. Jika tandas berlumut ibu akan membebel. Jadi dia sudah biasa dengan tandas yang bersih. Tandas bersih penting, sama penting dengan makanan. Jika proses masuk penting maka proses keluar juga penting. Maka kadang-kadang penghuni ini akan bergeseran dengan penghuni lain yang tidak kisah tandas kotor atau bersih. Ada penghuni yang seumur hidupnya tidak pernah mencuci tandas tetapi tandasnya bersih. Tahu-tahu ada orang yang ditugaskan membersih tandas untuknya. Dia tidak perlu ambil tahu. Jika ada orang yang sanggup mencucinya biarkan mereka mencucinya. Jika dia dileteri tidak mencuci tandas dia tidak faham. "Alah

Entri 201 : Kenapa dipikul biawak tu?

 Menolong orang yang akhirnya menyusahkan diri sendiri Jika perkara ini tak berlaku dalam masyarakat, pepatah ini takkan ada. Manusia bijak mengambil pengajaran dan selalunya menggunakan alam untuk mencerminkan sesuatu. Jikalah ini berlaku dalam dunia biawak, saya terfikir adakah peribahasa seperti 'bagaikan mengendong manusia hidup' wujud dalam masyarakat biawak? Bagaimana nak mengatasi manusia yang bercirikan biawak hidup? Katakan tidak. Tidak pernah terlambat pun untuk mengatakan tidak. Kita memang akan mengambil masa untuk mengenali spesis biawak ini, kadang-kadang apabila sudah lama berkawan,  sudah terbuang masa, wang dan tenaga. Kesalahan yang paling besar ialah menangguh-nangguhkan atau memikirkan ianya sudah terlambat. Biawak akan gembira, ianya sejenis yang akan mengambil kesempatan selagi mana ada orang yang sudi memikul mereka. Jadi selama mana anda masih berkira-kira, selagi itulah biawak itu akan membebankan belakang awak. Cara nak hilangkan beban, mudah sahaja i

Entri 115 : Kad kredit hilang

"Nak balik kampung naik bas ke naik kereta bas ke kereta bas ke kereta bas ke ?" Dilema. Balik dengan kereta mahal banyak, penat sedikit dan bosan sebab pandu seorang diri. Tak ada geng buat membawang dalam kereta di kala pemandu lain  acah-acah samseng atau diri sendiri menjadi samseng. Balik dengan bas tak penat, murah banyak tetapi kurang fleksibel. Tak boleh berhenti dekat RnR sesuka hati dan tiada istilah 'ambillah masa manis kamu sebanyak mungkin'. Jika dia memilih untuk balik kampung dengan kereta maka dia cuma ada esok hari untuk servis kereta dan semestinya kos servis tak dijamin murah juga. "Nak balik kampung naik bas ke naik kereta bas ke kereta bas ke kereta bas ke?" Lupakan keretapi kerana karutlah jika tiket masih ada jika dibeli saat akhir. Jika dapat beli dua minggu sebelum pun dikira bernasib baik. Semua orang suka naik keretapi walaupun mahal sebab cepat. Tiket ETS sangat laku keras. Semalaman dia masih berkira-kira dan akhirn

Entri 114 :Masalah besar

"Ya Allah, macam ni. Masalah besar, masalah besar." Rifaie menangis.Tersedu-sedu. "Apa yang besar sangat masalah tu?" Mama long keluar dari dapur. "Tu" .Rifaie menuding ke arah kapal terbang kertas yang tersangkut di tiang ruang tamu. Oh, besar sungguh masalahmu. Mama long mengikat kain ketat ketat kemudian memanjat tingkap dan mencapai kapal terbang kertas. Nah. "Terima kasih" . Rifaie mengesat air di penjuru mata dan cepat cepat sambung main. Mama long menggeleng. Masalah besar bagi anak berumur dua tahun berbeza dengan masalah besar bagi remaja. Masalah ibu bapa dalam satu keluarga berbeza dari satu keluarga yang lain. Masalah wanita di satu negara, berbeza dengan negara yang lain. Sama juga dengan lelaki. Di satu sudut wall facebook , mungkin ada gadis yang merintih sebab jodoh dia tak datang lagi. Di satu sudut wall, mungkin ada isteri yang merintih dianiaya suami. Di satu sudut mungkin ada ibu yang kesedihan anak-ana

Entri 112 : Pakcik Assalamualaikum

Jalan Terminal Putra memang sibuk pagi pagi. Sibuk dengan kereta dan manusia ke stesen LRT Gombak. Dalam sibuk sibuk begitu pejalan kaki terutama Muslim yang melalui pedestrian terpaksa menunaikan satu tanggungjawab yang diwajibkan iaitu menjawab salam. Sepasang suami isteri berusia emas menjual nasi lemak di tepi jalan. Sepanjang di situ setiap yang lalu akan disapa dengan lafaz Assalamualaikum. Jarang sekali mereka lepaskan peluang pahala memberi salam. “Assalamualaikum!” Kadang kadang ditambah dengan pertanyaan “sihat?”Tentunya diiringi dengan senyuman. Lama lama mereka yang melalui jalan itu sudah biasa dengan rutin baru, senyum dan menjawab salam. Moga moga rutin pagi ini menjadikan hari hari mereka dirahmati.