Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel angkor wat

Entri 127 : Empayar

Menapak kaki di Bandar Angkor seolah olah menyingkap keagungan empayar zaman silam. Dikenali sebagai monumen agama terbesar di dunia dengan keluasan 162.6 hektar membuatkan otak tidak berhenti berfikir bagaimanalah manusia zaman dahulu membina artifak sehebat ini. Piramid, Taj Mahal dan pelbagai lagi yang berusia ribuan tahun masih lagi gah sehingga sekarang bermakna bahan-bahan dan teknologi yang digunakan bukanlah calang-calang. Malah belum tentu ada bangunan di zaman moden ini boleh mengatasi teknologi mereka. Terfikir bagaimanalah arkitek, jurubina, perancang bandar dan pakar pakar zaman dahulu bersatu memerah otak menyusun dan merancang strategi membina perkara yang hebat begini. Bandar Angkor ini digelar bandar hydraulik kerana kecanggihan sistem perairannya, terdapat sungai sungai mengalir di antara empat pintu gerbang yang memasuki bandar ini. Boleh bayangkan kapal kapal besar berlabuh di sini, bagaimana pegawai immigrasi, kastam bertugas di bahagian pintu gerbang. 

Entri 125 : Langit

Mendarat lapangan terbang antarabangsa Siem Reap pada pukul lebih kurang 10 setengah malam agak memenatkan. Seorang pemandu teksi berusia 30 puluhan bermuka Melayu menyambut mereka ramah dengan bahasa Inggeris yang fasih. "Dari mana belajar Inggeris?" "Dari sami-sami, kemudian belajar bercakap dengan pelancong di sini-sini.Di sini yuran universiti sangat mahal, jadi kebanyakan kami belajar begini." Tidak mengejutkan jika kanak-kanak yang menjual cenderahati di sini boleh berbahasa Inggeris, Mandarin, Melayu dan pelbagai bahasa yang lain. Yang mengejutkan adalah bila dia mengenangkan dirinya yang sendiri masih merangkak-rangkak belajar bahasa Arab, Mandarin atau Inggeris padahal kemudahan belajar di Malaysia sangatlah murah dan mudah di Malaysia. Terpukul sejenak bila memikirkan dia setiapkali beribu alasan untuk belajar sedang di sudut dunia ini ada yang belajar bermodalkan kecekalan. Serba kekurangan. "Mekah ini gersang, tidak ada laut ata