Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2022

Entri 230 : Pandan dibedah

 Hari ini 31 Mei 2022, tarikh Pandan dibedah. Petang semalam saya menghantarnya ke klinik tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal dengan puas. Mujur hari-hari sebelum itu saya memeluknya. Begitulah kucing, walaupun sesayang saya mana pun terhadapnya di luar dia masih dilayan sebagai haiwan. Pendaftaran dibuat, pekerja yang bertugas mengangkut carriernya ke tempat boarding. Saya tidak boleh membuka carrier dan memeluknya atau mengucap kata-kata semangat padanya seperti kebanyakan manusia yang menghadapi pembedahan. Saya takut, takut sebab pertama kali menghantar haiwan untuk pembedahan. Banyak perkara difikirkan. Hendak memutuskan juga mengambil masa. Saya fikir saya sudah timbang tara semua tapi saya takut saya silap. Pandan tidak boleh membuat keputusan sendiri. Mungkin boleh apabila dia berlepas dari manusia. Mungkin kerana dia memutuskan sesuatu, maka dia berkorban satu taring. Saya memikirkan bagaimana kucing sesat dengan taring patah sebelah merayau-rayau? Adakah dia cuba menggig

Entri 229 : Dodol dah tiga bulan

Pagi-pagi buta tadi terjaga, perasan Dodol tak ada. Panggil tak menyahut. Risau betul. Rupa-rupanya dia jumpa tempat lepak yang best. Balik langsir atas tingkap mengadap bukit.  Tak boleh bayang kalau Dodol dan Pandan tak ada. Dua-dua perangai lain-lain. 

Entri 228 : Johnny Depp vs Amber Heard (Adakah ianya satu konspirasi?)

 Sekarang memang banyak perkara yang berlaku di seluruh dunia. Salah satu yang agak aneh adalah perbicaraan kes saman fitnah antara Johnny Depp dan Amber Heard. Saya baru tahu kes ini beberapa hari selepas raya dan mengikutinya secara intensif dengan menonton siaran Live dan video-video yang berkenaan dengan kes ini. Saya memang tidak tahu menahu kes ini tetapi saya tahu Johnny Depp kerana dia banyak berlakon filem yang meletup-letup. Semua orang sangat mengenali watak Captain Jack Sparrow dalam Pirate of Carribean dengan Johnny Depp. Tak boleh bayang jika orang lain yang berlakon sebagai Captain Jack Sparrow. Akan tetapi saya secara peribadi saya menyukai watak Johnny Depp dalam Alice in Wonderland. Malah saya tidak menyangka Johnny Depp juga memegang watak Willy Wonka. Lain benar watak-wataknya dalam setiap filem. Apabila melihat trailer The Rum Diaries, eh kacak juga rupanya. Kes saman fitnah antara Johnny Depp dan Amber Heard rupanya bukan kisah perceraian yang biasa-biasa sepertin