Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2021

Entri 199 : Jawapan

Dia terjaga di awal pagi tanpa deringan loceng. Bukan pertama kali. Telinganya menangkap bunyi burung-burung berkicau. Dia merenung langit yang cerah  tak berbintang.  "Seronoknya tidur sambil melihat langit." Nah, doanya dikabulkan sekarang. Tidurnya berlangitkan bintang, nyalakan anjing yang bertekak berebut kawasan kadang menyapa lenanya dan kicauan burung mengusap telinganya. Sebenarnya bintang ada di situ, di langit yang sama tetapi tidak kelihatan di mata kasar dek lampu-lampu di dunia. Dia terasa sunyi sekali namun dia tidak mengharapkan sesiapa di sisinya kerana setakat ini seorang pun tidak akan memahami jalan fikirnya. Walau ibunya sendiri. Aneh. Sambil dia merenung langit yang kosong, dia terfikir sahabat-sahabat gua yang mengasingkan diri dari dunia mungkin sunyi. Mungkin di dalam gua mereka terkenangkan kehidupan harian mereka ke pasar, bekerja. Tetapi sahabat gua tidak keseorangan, mereka sama-sama mengasingkan diri  berkumpulan. Bibirnya menyebut  zikir, zikir

Entri 198 : Singkat

Terima kasih kerana mengingatkan aku harga hidup bukan pada singkat atau panjangnya umur tetapi memenuhinya dengan syukur sehingga suatu saat kita dijemput pergi Terima kasih kerana mengingatkan aku Saat aku memercik air ke kelopak-kelopakmu yang mengering Mengutip kelopak-kelopakmu yang harum Itulah hidup kita yang akan ada kesudahan Sehingga saat itu tiba dan kau pergi dulu Dirimu akan menyatu bersama tanah dan membaja demi yang hidup Terima kasih kerana menjadi penyejuk hatiku dalam masamu yang singkat itu Nota Penulis : Doa Iman Ya Allah hidupkan kami dengan iman Ya Allah matikan kami dalam iman Ya Allah bangkitkan kami dengan iman Dan masukkan ke syurgamu dengan iman Selamat Hari Arafah

Entri 197 : 40 Sen

 Daun kari dan daun pandan, itu misi. Namun melalui gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai, anda pasti faham apa yang berlaku seterusnya. "Kalau nak pakai selalu lagi lebih baik ambil paket yang besar. Murah sikit." Seorang tua yang menjual rempah kari dan santan segar menerangkan kepada seorang pembeli juga seorang wanita tua. Wanita tua kelihatan keliru, dibelek-beleknya paket kari tersebut. "Ini kat belakang tertulis kandungannya berapa gram." Penjual itu menunjukkan kandungan di paket besar. "Nah cuba bandingkan." Tertarik dengan keramahan penjual itu, dia beratur di belakang wanita itu dengan sabar. Kebetulan rempah kari ikan sudah habis.  "Anak nak apa?" Penjual itu mengeluarkan paket rempah kurma. "Ini ada rempah untuk masa kurma." "Saya nak kari ikan."Dia menjawab tapi takkan nak beli kari ikan saja kut. "Ambil rempah sup." Walaupun dia jarang menggunakan rempah sup ketika memasak sup. Dia ternampak paket me

Entri 196 : Cerita anggur tidak berbiji

Dia suka makan anggur berbiji. Di era millenial ini susah benar mendapatkan anggur berbiji. Entah bila kali terakhir dia menikmati anggur berbiji.  Apabila dia menghampiri rak-rak anggur di pasar raya, semuanya tertulis ' Seedless ' . Hampa.  Dia menelusuri pasar-pasar kecil dan  bertanya, "Ada biji ke?" walaupun paket tertulis Seedless masih dia bertanya dengan harapan anggur berbiji termasuk dalam bungkusan anggur tidak berbiji. Penjual-penjual buah selalunya akan menjawab dengan riang. "Tak ada kak. Manis yang ini." Dengan muka yang hampa, "Tak ada ke anggur yang berbiji?" "Huh, jarang ada anggur berbiji. Orang tak makan biji anggur."Penjual buah kehairanan.  Kasihan anggur berbiji. Semakin pupus. Pernah ada satu kedai buah yang menjual anggur berbiji. Dia adalah di antara pelanggan tegar yang membeli anggur di situ. Itu antara satu-satunya kedai yang menjual anggur berbiji, maka dia memborong buah-buahan lain bersama walaupun hargany