Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel covid19

Entri 166 : Pelan

 Petang Sabtu dia sudah siap membeli barang untuk dibawa pulang ke kampung. Banyak persediaan sudah dilakukan. Seperti ; ☑Membeli barang-barang yang dipesan oleh ahli keluarganya ☑Sudah berbincang yang dia akan menjemput adik ipar dan anak menakannya supaya mereka boleh balik bercuti bersama-sama ☑Menghabis sayur-sayuran yang berdaun, menghabiskan stok makanan dalam peti sejuk supaya tidak terbazir semasa ketiadaannya ☑Membersihkan rumah apa yang patut ☑Menulis entri siap siap untuk Rabu minggu depan supaya entri auto publish semasa keberadaannya di kampung -Meja dan kerusi yang ditempah akan sampai pagi 12 November selepas itu dia bertolak balik ke Kedah Pagi Sabtu dia tidak membeli bunga seperti kebiasaan tetapi dia membeli bunga petang Sabtu untuk dihadiahkan kepada doktor yang merawatnya.Segala-galanya on-place , Alhamdulillah sehingga malam itu dia mendapat panggilan dari emak. "Along, mu nak balik macam mana? PKP ni." "Huh, bukankah akan  tamat 9 November?" &q