Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel backpack

Entri 127 : Empayar

Menapak kaki di Bandar Angkor seolah olah menyingkap keagungan empayar zaman silam. Dikenali sebagai monumen agama terbesar di dunia dengan keluasan 162.6 hektar membuatkan otak tidak berhenti berfikir bagaimanalah manusia zaman dahulu membina artifak sehebat ini. Piramid, Taj Mahal dan pelbagai lagi yang berusia ribuan tahun masih lagi gah sehingga sekarang bermakna bahan-bahan dan teknologi yang digunakan bukanlah calang-calang. Malah belum tentu ada bangunan di zaman moden ini boleh mengatasi teknologi mereka. Terfikir bagaimanalah arkitek, jurubina, perancang bandar dan pakar pakar zaman dahulu bersatu memerah otak menyusun dan merancang strategi membina perkara yang hebat begini. Bandar Angkor ini digelar bandar hydraulik kerana kecanggihan sistem perairannya, terdapat sungai sungai mengalir di antara empat pintu gerbang yang memasuki bandar ini. Boleh bayangkan kapal kapal besar berlabuh di sini, bagaimana pegawai immigrasi, kastam bertugas di bahagian pintu gerbang.