Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Krismas 2020

Entri 171 : Krismas

Krismas kali ini mungkin berbeza  Mungkin lebih baik dari perayaan-perayaan lain yang terdahulu Kali ini kita lebih jelas dengan Covid Makhluk yang tak jelas itu Emak kurang sunyi berbanding Aidilfitri Asal cuti tak kira hari apa, raya apa Emak akan buat makan-makan Asal anak balik dia akan buat makan Jadi asalkan ada perayaan mereka gembira Hari ini dia masih berkira-kira Nak balik atau tidak Terutama bila memikirkan pagi tadi emak telefon Bila ditanya kenapa telefon pagi pagi ini Emak  cuma mahu bertanya khabar Itu sahaja Dan semalam Nurindah bermimpi  Giginya patah Jika anda membaca entri  ini Mungkin Nurindah sedang dalam perjalanan pulang ke kampung Untuk mengubat rindu emak            24122020