Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel indo-china

Entri 130 : Polpot

Melalui kawasan sekolah lama di Phnom Penh, perasaan itu sangat berat sekali. Entah sakit apa yang menyucuk-nyucuk di kepala. Apabila melalui padang, laluan kelas-kelas terbayang bayang kanak berlari ketawa. Mereka belum lagi faham betapa pentingnya ilmu saat mereka berlari nyaris merempuh cikgu yang menjinjit buku-buku. Saat persekolahan tentulah yang paling manis, paling dikenang. Saat belajar berkawan, bergaduh , belajar disiplin dan tanggungjawab atau melarikan diri dari bebelan ibu.Sekolah adalah tempat yang penuh kenangan manis di mana-mana negara pun. Jauh sekali hendak memikirkan bahawa sekolah itu dijadikan pusat penyeksaan, pemerkosaan , pembunuhan dan segala macam yang tak dapat atau yang ingin dibayangkan dalam otak yang disumbat dengan segala macam positiviti yang ada. Fikiran positif, adakah ia berkesan di sini? "Di situ asalnya tempat untuk pelajar-pelajar beriadah tetapi diubah suai menjadi tempat penyeksaan." Pegawai di situ menunjukkan di suatu sudut

Entri 127 : Empayar

Menapak kaki di Bandar Angkor seolah olah menyingkap keagungan empayar zaman silam. Dikenali sebagai monumen agama terbesar di dunia dengan keluasan 162.6 hektar membuatkan otak tidak berhenti berfikir bagaimanalah manusia zaman dahulu membina artifak sehebat ini. Piramid, Taj Mahal dan pelbagai lagi yang berusia ribuan tahun masih lagi gah sehingga sekarang bermakna bahan-bahan dan teknologi yang digunakan bukanlah calang-calang. Malah belum tentu ada bangunan di zaman moden ini boleh mengatasi teknologi mereka. Terfikir bagaimanalah arkitek, jurubina, perancang bandar dan pakar pakar zaman dahulu bersatu memerah otak menyusun dan merancang strategi membina perkara yang hebat begini. Bandar Angkor ini digelar bandar hydraulik kerana kecanggihan sistem perairannya, terdapat sungai sungai mengalir di antara empat pintu gerbang yang memasuki bandar ini. Boleh bayangkan kapal kapal besar berlabuh di sini, bagaimana pegawai immigrasi, kastam bertugas di bahagian pintu gerbang. 

Entri 124 : Pencarian

Kenapa aku suka mengembara? Soalan itu ditanya berkali-kali pada diri sendiri. Mungkin sebab orang lain buat, maka kewajiban bagiku untuk memastikan petak kosong wish list di- tick sebelum umur berapa berapa seperti orang lain? Dengan hashtag # lifegoal mungkin. Mungkin untuk gambar gambar cantik buat tatapan orang lain di muka Facebook dan Insta ? Biar! Rasakan ledakan photo bomb ku! Kalau tak suka sila UnFollow . Begitu ? Atau mungkin mencari sesuatu yang baru samada pengalaman atau jodoh seperti kebiasaan orang-orang bujang sepertinya? Jadi selepas merayau ke sana sini di bumi Tuhan ini,apa yang anda mahu sebenarnya? Seseorang yang tahu semua perkara? Setiap kali dia bermusafir dengan harapan moga moga menjumpai sesuatu yang baru tetapi tidak. Dia menjumpai dirinya, setiap kali. Wajah-wajah manusia yang biasa dilihat. Penat, sedih , keliru, tenang dan seribu satu rasa yang sukar dihadam oleh hati. Saat dia meletakkan dahi, sujud di atas s

Entri 123 : Lepaskan

Jika tangan anda penuh, anda takkan pernah dapat memegang perkara lain walaupun itu adalah perkara yang paling anda inginkan! Sudah lebih seminggu atau berbulan-bulan yang lalu dia merancang apa yang hendak dibawa untuk kembara Indo-Cina. Antara tempat yang ingin dilawati adalah Vietnam, Laos, Thailand dan Cambodia. Apabila sahabatnya mengajaknya seperti orang mengantuk disorong bantal. Kembara sebelas hari merentasi Thailand, Cambodia dan Vietnam. Dia kata ya walaupun jauh di sudut hati sebenarnya dia takut. Takut jika belangnya atau belang sahabatnya terserlah semasa kembara. Apa jadi bila hubungan yang baik itu tercalar dek adanya drama-drama semasa mengembara? Dan juga kembara itu disertai dengan dua orang kawan baru. Dibuatnya mereka ini tidak ngam , bagaimana? Orang kata, kalau nak tahu sahabat kita itu baik atau tidak, mengembaralah bersama. Petua sesetengah orang jika nak lihat seseorang itu sesuai menjadi pasangan bawalah dia mengembara. Mengembara - dalam erti