Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2021

Entri 193 : Parasit

 "Kau ingat kau mulia sangat nak pilih-pilih kawan?" Antara komen dengan seorang rakan apabila kami berbual tentang perkara-perkara melibatkan motivasi, orang positif dan orang negatif, juga tentang nasihat menjauhi manusia-manusia toksid, negatif. Ianya sebenarnya agak sukar kerana hidup ini bukan hitam putih, manusia bukan tentang 100% jahat atau baik dan kadang-kadang nasihat begini selalu mengundang lebih banyak kontroversi kerana salah anggap. "Tentu ada sebab mengapa kita dinasihatkan menjauhi manusia-manusia yang bersifat buruk. " Seperti kita hendak menyimpan sayur, kita kena potong bahagian-bahagian yang lembik dan buruk dahulu. Kalau tidak sayur segar yang disimpan bersama turut lembik. "Alaa...bergantung kepada diri sendiri, kalau diri sendiri kuat tak kisahlah kawan baik kan buruk tentu tak terperngaruh." Komen tersebut masuk akal juga jika difikirkan. "Hummm... jika hendak mencari calon suami apa kriteria yang anda mahu?" Diam. &quo

Entri 192 : Pelampung

 "Hei Nur, kamu tahukah cerita tentang konflik di Tebing Barat yang berlaku baru-baru ini?" Mesej Fabian beberapa hari yang lalu masih tidak terjawab. Fabian, pelajar di Kolej King berhampiran mengajaknya berjumpa pagi ini. "Aku ke sana nanti, bolehlah aku bawa kamu bersiar-siar di sekitar Hampstead Heath Park." kata Fabian bila mengetahui Nurindah menginap di London selama dua minggu. Nurindah memasukkan sebuah buku tebal bersama-sama sebotol air kosong ke dalam beg kulit yang berwarna coklat lusuh. Pertanyaan Fabian masih bergelumang di benaknya. Semalaman dia tidak lena tidur dan pagi ini dia bangun awal kerana mereka sudah berjanji untuk berjumpa di Masjid dan Pusat Islam Brent. Pagi Sabtu yang cerah, bilik Maria masih lagi gelap saat dia membuka pintu untuk keluar. Mungkin tuan rumahnya itu masih lagi tidur. Dia menghembus tapak tangan dan menggosoknya berulang kali. Musim panas di London tidak berupaya menghangatkan tubuhnya. Dia membayangkan dirinya seperti l

Entri 191 : Entiti

 Dia sedar siapa dirinya namun dia sudah nekad. Dia mesti menghubungi Doktor Azrin walau apa cabaran sekalipun kerana ada jiwa suci yang perlu diselamatkan. Segalanya bermula beberapa bulan yang lalu saat Siti Nurbaya singgah bercuti di rumahnya.  "Indah, rumah kamu ni keraslah. Semalam aku terdengar suara ketawa dari bilikmu." Nurbaya memberitahu dan dengan pantas dia menafikan. "Aku tidak pernah dengar atau lihat apa-apa yang pelik. Jangan cuba-cuba takutkan aku." Dia memberi amaran, siapa tidak kenal sepupunya Nurbaya mulut puaka.  Nurbaya ialah anak Pak Tua yang dikenali alim dan pakar dalam ilmu-ilmu mistik. Nurbaya selalu melawat Indah namun jarang sekali Indah ke rumah Pak Tua. "Bukan aku tak mahu melawat Pak Tua tapi rumah kau tu sunyi. Sudahlah sunyi dalam hutan pula tu. Seram weh." Begitu jawapan Indah separuh bergurau. Sebenarnya dia kurang selesa kerana Pak Tua selalu berbual tentang perkara-perkara seram seperti dunia luar, makhluk pelik dan s

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan. "Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam. Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu.  "Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk. "Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti. "Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih." Pak Min menggeleng,"Tak apa, ak

Entri 189 : Basikal

kamu gelak basikalmu pancit lagi katamu tiada siapa mahukan mu tiada kereta besar hanya basikal tua 'berusaha terus' kataku sangkamu aku benci kamu miskin akhirnya doaku sampai jua ke langit kamu pergi dengan kereta besar, hitam dan berkilat basikalmu masih ada bersamaku tayar yang pancit sudahku tampal mungkin kamu pun sudah lupa itu basikalmu Nota : Puisi ini diedit dari Entri 28 : Kaktus . Segala komen membina sangat dihargai. Terima kasih.

Entri 188 : Putih

"Puan, saya hendak bercakap tentang program Rumah Kebajikan Annur  tu boleh?" Zaril , seorang pemuda kurus tinggi berkelulusan multimedia kelihatan gugup berhadapan dengan Puan Nurindah. Puan Nurindah dikenali sebagai seorang yang tegas dan kadang-kadang anginnya tak menentu. Jika putih katanya putihlah, jarang sekali hendak berubah warna menjadi hitam. Bertuah kalau sesiapa dapat mengubah warnanya. Namun Zaril tak ada pilihan, pasukannya yang mengendalikan program ini tidak bersetuju dengan arahan terbaru ini.  Arahan terbaru kali ini tidak  membenarkan live atau upload apa sahaja rakaman program di sosial media dan semua jenis medium komunikasi. Hanya jurukamera yang ditugaskan dibenarkan untuk merakam peristiwa dan segala hasil kerja seperti montaj mesti diteliti dahulu sebelum diterbitkan. Tidak dibenarkan swafoto atau apa sahaja. Malah sesiapa yang didapati merakam tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan tegas. "Duduk." Puan Nurindah berhenti menaip. Dia mere

Entri 187 : Anak Tentera

Sekitar tahun 1989 di sebuah perkampungan kecil bernama Binjul. Seingatnya pada waktu itu tidak ada bekalan elektrik. Bekalan air juga tidak ada, penduduk cuma bergantung pada air bukit dari Lata Bukit Hijau yang sejuknya seperti ais mencucuk ke tulang. Ibunya seorang suri rumah dan ayahnya seorang tentera yang selalu tidak berada di rumah. Apabila mereka pindah di rumah lama dua tingkat, penduduk kampung tertanya-tanya siapakah penghuni rumah yang dikatakan berhantu itu? Dia sendiri tidak pernah melihat atau mendengar apa-apa yang aneh, cuma rumahnya jarang dikunjungi orang selain saudara mara. Bapa mertua ibu yang dipanggil Che selalu datang melawat terutama jika ayah berada di luar kawasan. Kadang-kadang air bukit tak mengalir kerana kemarau. Ibu terpaksa mengangkut air di perigi di belakang rumah. Jika cuaca panas, air perigi itu menjadi kering dek kemarau dan mereka terpaksa berjalan ke perigi lain  yang jauhnya hampir satu kilometer. Dia masih ingat pagi-pagi dalam keadaan gelap

Entri 186 : Ilmu

 Cuaca sangat cerah pagi ini. "Moga-moga cepatlah baju ini kering sebelum petang." Dia berdoa sambil menyangkut sehelai demi sehelai baju yang baru dicuci.  Setiap kali dia mencapai kain, dia akan menciumnya dahulu sebelum menyangkut. Seolah-olah mencium baju adalah salah satu langkah dalam proses penyidaian baju. Langkah tersebut tidak tertulis seperti langkah-langkah yang lain. Ianya semata-mata tindakan refleks yang kadang-kadang disedari namun masih dia tidak dapat menghindarkan diri untuk tidak melakukannya. Dia merenung bangunan terminal yang masih di dalam pembinaan nun di bawah. Tidak lama lagi terminal ini akan siap dan landskap kawasan ini akan berubah. Dia membayangkan suasana hiruk pikuk seperti kawasan Puduraya. Asap dan hon kenderaan dan juga orang yang lalu-lalang dengan langkah yang laju-laju. Masing-masing mengejar masa sendiri. Kau, kau dan aku,aku. Rumahnya antara rumah-rumah kecil yang menghadap bukit. Di atas bukit tersebut terdapat rumah-rumah elit yang

Entri 185 : Empati

Emak masuk terus menonong ke arah Nurindah yang sedang membaca AlQuran. "Kamu tahu tak? Adik kamu tinggalkan mak kat Tawar. Gamak dia tinggalkan mak." Emak mengadu, diikuti dengan hilai tawa Aishah yang masuk bersama bungkusan barang-barang yang dibeli tadi. "Kamu tinggalkan emak?" Nurindah mengangkat kening ke arah Aishah sedang emak terus menuju ke dapur dengan muncung yang panjang.  Aishah masih terbahak-bahak sambil memegang perut ketawa. "Shah mati-mati ingatkan emak dah masuk dalam kereta. Shah cuma perasan emak tak ada bila dah sampai kat Kampung Masjid."  Aishah mula bercerita. Apabila emak menutup pintu setelah membeli ayam, Aishah bertanya ,"Emak nak beli santan tak?" Emak diam tak menjawab, Aishah menyangka mood emak tak berapa bagus maka Aishah pun terus memandu kereta. Sepanjang perjalanan Aishah berbual dengan emak walaupun emak diam sepanjang jalan. Nuh yang turut mengikut mereka langsung tak mahu duduk diam. Sekejap dia bergerak