Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2022

Entri 238 : Perkara yang tak dirancang

 Kita hidup di era dengan adanya ideologi set gol, kena buat perancangan. Memang bagus tetapi ianya menjadi toksid apabila berlebih-lebihan. Pendek kata, gagal untuk merancang dan merancang untuk gagal. Kita melihat gol-gol yang tidak tercapai , to do list tak bertick sebagai kegagalan. Akibatnya hidup kita adalah untuk memastikan gol yang kita cipta tercapai, to-do list kita bertick sedang hidup ini lebih dari itu.Pada  malam hari kita bersedih melihat gol-gol dan to do list tidak tercapai dan terpaksa belajar redha.  Sedangkan kegembiraan yang bergantung kepada gol yang bercapai dan to do list yang bercheck adakah kegembiraan yang hakiki.  Cuba buat satu journal, perkara-perkara yang tak terjangka yang terjadi pada hari ini ; Contoh :  1- Tidak menjangka bertemu crush dalam lif sedang anda tahu crush anda tidak tinggal satu apartment, malah anda mengelak untuk bertemu crush anda dengan memilih untuk  tidak lalu di kawasan yang anda jangka crush anda berkeliaran di situ. Malah di dala

Entri 237 : Kuku Kaki

 Hari ini minggu kedua saya menghadiri kelas regangan. Berpeluh-peluh dibuatnya padahal regangan saja.  Yang seronoknya jurulatih akan menceritakan apa yang jadi dengan badan untuk setiap posisi sambil menerangkan cara yang betul untuk melakukannya. Contoh, yang ini elok untuk buang angin. Senaman regangan seperti yoga ini bukanlah sesuatu yang baru. Jika anda pernah menerima rawatan fisioterapi, latihan yang sama juga yang diajarkan. Tapi itulah kadang-kadang nama sesuatu senaman itu menimbulkan kontroversi sebab itu pentingnya belajar supaya tidak sesuka hati menuduh tanpa usul periksa. Ketika melakukan senaman tersebut barulah saya meneliti kaki saya. Antara bahagian yang saya lupa, kering betul layaknya. Dalam hati, yalah dah tua begini semua kerepot. Tetapi hati lain berbisik, cuba cari jalan.  Maka tanpa dirancang saya singgah di spa yang saya google seusai latihan. Dengan muka berpeluh dan ketiak basah saya bertanya ada tak khidmat pedicure. Maka kaki saya hari ini dibersihkan d

Entri 236 : Melihat dua arah

 Baru sahaja menonton filem yang bertajuk Look Both Ways. Tak berniat pun nak menonton filem ini tetapi tiba-tiba terpapar di Netflix.  Secara ringkas ianya mengisah watak Natalie Bennette yang berjalan dalam dimensi masa yang sejajar. Saya tidak pasti adakah penerangan saya tepat tetapi jalan cerita Look Both Ways ini memaparkan satu watak yang mengalami takdir yang berlawanan. Permulaannya adalah Natalie Bennete adalah seorang gadis yang bercita-cita tinggi , baru sahaja tamat pengajian dalam program animasi dan kemudian terlanjur dengan kawan baiknya. Filem ini memaparkan dua kisah secara serentak di mana kisah hidup Natalie Bennete mengandung kerana terlanjur dan terpaksa melepaskan cita-citanya kerana sibuk menjadi ibu dan kisah yang lagi satu bagaimana hidup Natalie Bennete yang tidak mengandung dan meneruskan cita-citanya di Los Angeles. Jadi sebagai penonton, kita melihat dua takdir yang berbeza akan tetapi akhirnya Natalie Bennete berjaya mencapai cita-citanya walaupun jalanny

Entri 235 : Hari hari adalah cubaan

 Sekarang pukul 10 malam dan saya baru berhenti melakukan tutorial Superbadge di Salesforce Trailhead. Setelah sekian lama berhenti, baru-baru ini saya mulakan kembali. Jika anda membaca entri saya sebelum ini tentang Trik Setan , selalunya saya tidak melakukan apa-apa kerja di waktu malam supaya dapat tidur awal. Begitu kononnya. Tetapi saya ditrik setan dan leka menatal telefon sehingga lewat malam dan bangun dalam keadaan menyesal. Jadi untuk mengelakkan kejadian tersebut, saya terus buat trailhead dan cuba menulis di sini. Sekurang-kurang jika saya hendak menatal telefon saya nanti saya akan berfikir banyak kali kerana sekarang pun sudah lewat. Jadi biarlah saya bekerja sehingga saya tertidur kerana keletihan berbanding memilih untuk tidak bekerja tetapi berakhir dengan leka membuang masa di telefon. Jika ditanya bila perlu berhenti untuk cuba istiqamah (consistent) , tidak ada jawapan. Kerana saat kita berhenti consistent, ianya tidak lagi dipanggil consistent. Ianya juga mustahil

Entri 234 : Trik Setan

Banyak hari sudah saya tidur lewat. Saya boleh salahkan banyak perkara seperti ketidakselesaan haid, kelas yang tamat lambat, telefon bimbit. Sebelum ini banyak tips yang saya ikuti tetapi banyak yang tidak menjadi seperti letakkan telefon bimbit jauh-jauh, cuba berzikir atau membaca. Tidak menjadi. Seolah-olah mata saya tidak mengantuk. Yang anehnya saya masih boleh bangun awal tanpa alarm. Jadi tidur lewat tidak menjadi masalah kepada saya kecuali ketika saya haid. Ketika haid badan saya akan bangun lambat.  Saya ingin tidur awal akan tetapi saya sedar saya tidak mempunyai masalah pun jika tidur lambat. Saya tetap bangun awal untuk Subuh tetapi saya ditimpa ketakutan risiko kesihatan. Maka jika ada kerja yang saya ingin lakukan yang menggunakan laptop - seluruh hidup saya berkisar laptop dan telefon bimbit. Saya tahu, ianya mempunyai risiko kesihatan maka saya mengatakan diri, 'Wahai diri jangan buat kerja, pergilah tidur.' Maka saya cubalah tidur tetapi tidak dapat tidur. Be