Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2021

Entri 209 : Rutin

Saya memelihara Pandan sejak bulan Ogos yang lalu, mungkin lebih tepat 25 Ogos. Untuk pengetahuan, saya tidak pernah memelihara kucing sepanjang saya menyewa rumah.  Saya tidak berpengalaman membela kucing dalam rumah dan saya tidak terfikir pun saya akan memiliki kucing. Melihat segelintir rumah orang yang memelihara kucing yang kadangkala kotor dan berbau membuatkan saya tidak berminat untuk memelihara kucing kerana menyangka kucing adalah penyebabnya. Namun saya fikir Pandan dihantar kepada saya untuk mengajar saya bahawa bersih dan kotor bukan terletak pada haiwan tetapi pada manusia. Saya percaya kucing dan kebanyakan haiwan mempunyai fitrah yang bersih. Tetapi dek kerana penjajahan manusia; haiwan menjadi keliru.  Seperti mana orang kampung yang biasa menggunakan tandas duduk keliru dengan tandas di negara Jepun begitu juga haiwan keliru dengan susun atur pembandaran/rumah manusia.Manusia pula boleh memilih untuk menjadi pengotor atau pembersih; jadi jika haiwan-haiwan ini jatuh

Entri 208 : Surah

 "Aku ikut kata Pak Mansur. Dia kata baca al-Waqiah, Ar-rahman dan Yasin kalau nak kaya dan berjaya." kata Zul. Hadi mendengar sambil menghirup kopi panas. Sesekali dia, Zul dan Razman berjumpa, melepak. Pada pandangan orang mungkin sekadar melepak tetapi mereka lebih suka berjumpa dan berbual. Lebih baik dari duduk rumah dan mengadap telefon. "Habis, jadi ke tak?" Razman tergelak. Dia malas nak ambil pot nasihat-nasihat motivasi. Politik pun jarang diikutnya. Mengundi pun suka-suka hati. Malas nak semakkan kepala, jawabnya bila ditanya. "Tak. Sebulan lebih juga aku buat. Tak ada apa-apa pun." jawab Zul. "Jangan percaya sangatlah kata ustaz-ustaz ni." Razman menggeleng. "Ramai sangat pengikut sampai dah jadi fanatik. Lepas tu bergaduh pula sesama ustaz."  "Pak Mansur tu bekerja. Dia suruh orang amalkan surah-surah amalan tu sebab banyak kebaikan. Tapi kalau nak kaya kena juga bekerja. Jadual Pak Mansur tu penuh diisi dengan ceramah

Entri 207: Lebah sesat masuk rumah

Sudah hampir pukul 10 malam. Dia sudah siap menvakum rumah dan menadah air. Baldi-baldi, bekas-bekas plastik, jag-jag sudah dipenuhkan dengan air. Esok dijangka ada gangguan bekalan air. Oktober mungkin boleh diistiharkan Pesta Tiada Air mungkin?  Bunyi berdesing mengganggu telinganya. Seekor serangga berputar-putar di siling menghampiri lampu sedang kucingnya yang bernama Pandan melihat dengan mata yang bulat. Dia berdiri di bawah lampu, merenung ke arah serangga yang berputar-putar. Seperti tebuan. Serangga berbisa. Dia menarik nafas. Otaknya berpusing, bagaimana mahu menyahkan serangga ini dari rumah? Oh, dia teringatkan vakum. Dicabutnya nozel vakum, dihalakan ke arah serangga yang berputar-putar sambil kucing melompat-lompat mahu menerkam. "Jangan Pandan!" ZzzZZZZZ Serangga itu disedut ke dalam vacum. Dia melihat bekas habuk yang jernih. Tebuan itu masih hidup. Eh, warnanya berbelang kuning hitam.  Lebah rupanya. Tiba-tiba dia berasa seram. Lebah yang menerima arahan dar

Entri 206 : Saya ada kucing dan ianya dari langit

Ya, saya tak pernah terfikir hendak membela kucing dalam apartmen. Ini kerana saya berpegang kepada prinsip,  kucing ialah makhluk yang bebas Terperosok dalam kurungan termasuk suasana apartment yang kecil meminimumkan pergerakan kucing.  Saya tak mahu rumah saya kotor dan kebanyakan tuan punya kucing mempunyai rumah yang berselerak dan berbau.  Jangan salah faham, saya sangat sukakan kucing cuma saya bukanlah semberono, banyak perkara perlu difikirkan sebelum memutuskan mahu menjaga makhluk hidup yang lain. Akan tetapi suatu hari saya rasa sangat sunyi. Saya tulis sesuatu di nota : Suatu hari saya akan memiliki seekor ragdoll. Doa saya dimakbulkan dengan cara yang aneh. Seekor kucing parsi yang saya beri nama Pandan menemani saya dengan cara yang ajaib. Saya belum bersedia mengarang tentang panjang-panjang. Mungkin suatu hari nanti. Cukuplah anda tahu, segala yang anda tulis selalunya menjadi kebenaran. Hati-hati.