Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bali

Entri 70 : Mudahkanlah urusannya.

"Nanti jangan lupa beri nombor telefon kawan kamu tu."Pesan emak untuk ke berapa kali.  "Humm."Nurindah mengemas barang, tak berani dia memandang wajah emak.Bimbang rahsianya terbongkar. Dalam hatinya Allah saja yang tahu, buatnya terjadi apa apa pada dirinya, bagaimana dia mahu mengadap emak?Adakah dia termasuk dalam golongan anak derhaka?  Esok dia akan bertolak, penerbangannya dari Pulau Pinang pada pukul 8.30 malam.Penerbangan akan transit di KLIA sebelum ke Bali.Dijangkakan akan tiba di Bali 2.30 pagi. Mujurlah Aini,kawannya telah menukar hotel atas namanya, jadi dia tak perlu lagi risau tentang penginapan di sana. Mungkin dia akan berehat sebentar di lapangan terbang Ngurah Rai sehingga hari cerah.  Esok juga dia bakal sibuk di pejabat, syarikatnya mengadakan Teknikal Simposium di mana dia menjadi salah seorang ahli jawatankuasa. Hari yang sibuk, dia akan bertolak ke lapangan terbang dari pejabat.                  ******************

Entri 69 :Menarilah dengannya

Prolog Nurindah menarik selimut, badannya seram sejuk. Emak masih mendiamkan diri.Apalah yang difikirkan emak, Nurindah tak berani meneka.Emak langsung tidak memandang wajahnya.  "Jika emak tahu, emak tak akan benarkan." ********** Emak cuma baring,  dah seminggu lebih emak tak mampu bergerak banyak. Ke bilik air bertongkat, solat duduk. Tidak memasak, bermain dengan cucu atau melakukan segala rutin hariannya hatta membebel sekalipun. Rumah menjadi sangat sunyi. Anak-anak menjadi risau. Sudah ke klinik  dua kali, diberi ubat tak jalan, diberi suntikan juga tak jalan. Sakit lutut emak kali ini bukan main main. Dek kerana lepat ubi kayu, emak merana berminggu-minggu. Nurindah bingung, kalau sudah ke klinik kerajaan, klinik swasta  pun sudah, mana lagi dia harus pergi. Nenek dan emak saudaranya  memberitahu ada seorang doktor di Kuala Pegang, pakar sendi. Malah nenek yang pernah diserang  Chikungunya juga sembuh selepas  berjumpa dengan doktor