Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2020

Entri 134 : Hari yang ke 29

Istimewa betul 29 Februari kerana empat tahun sekali sahaja berjumpa. Istimewa juga hari ini  dan setiap hari kerana 24 jam didepositkan ke dalam akaun tanpa ada kompromi.Sama ada kaya, miskin, sihat, sakit, tua, muda semuanya berhak mendapat 24 jam. 27 Februari hari lahirnya, semalam famili buat kejutan. Sebenarnya dia sudah lupa bila kali terakhir dia menyambut hari lahirnya sendiri bersama keluarga.Rupanya dia terlalu sibuk sehingga tidak betul betul menikmati masa dalam sehari. Untuk tahun ini dia tidak bersemangat nak buat objektif  bagai, apakah petanda sudah hilang ghairah hidup? Impiannya menjadi semakin kecil mungkin? Seperti zaman kecil kecil dahulu sewaktu mereka sekeluarga dapat membeli TV second hand. Seperti mana dia begitu gembira apabila cikgu memberitahu ada lori Milo akan ke sekolah. Dia mahu perasaan yang sama pada waktu sekarang. Kepuasan tidur yang lena tanpa risau Kesihatan yang baik Rumah yang bersih dan aman Masa bersama keluarga Menikmati perkara