Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2022

Entri 216 : Pandan mengandung?

Semalam seharian duti aku penuh. Pada mulanya aku berangan hendak mengedit video di pagi hari akan tetapi dikejutkan dengan tompokan cecair kuning di lantai dapur. Apa lagi, habis satu dapur aku cuci. Aku tak berani nak buat spot cleaning disebabkan was-was dengan deria bau.  Deria bau manusia tak sama dengan deria bau haiwan. Bau adalah segala-galanya bagi haiwan. Kita rasa dah tak ada bau tetapi bagi kucing mungkin ada. Maka hampir sebungkus sodium bikarbonat aku campurkan bersama LOC Multipurpose. Sodium bikarbonat paling sesuai untuk membersih dan meneutralkan bau. Malah aku selalu mencampurkan sedikit sodium bikarbonat ke dalam mesin basuh apabila aku membasuh kain buruk atau baju-baju yang berbau. Aku sudah tidak menggunakan antiseptik dan peluntur kerana Cik Pandan pernah kencing di tempat yang aku baru cuci. Maka dari situ aku belajar bahawa kalau hendak membersihkan najis kucing jangan guna pencuci sembarangan. Ada bahan kimia tak silap aku ammonia yang terdapat dalam bahan

Entri 215 : Adik pergi umrah

Alhamdulillah, adik aku selamat berlepas pada 7hb Jan 2022 pada pukul 2.45 pagi ke Tanah Suci Mekah. Alhamdulillah sebab itu adalah penerbangan terakhir sebelum larangan untuk ke luar negeri berkuat kuasa dek kerana Covid Omicron yang mengganas. Syukur sebab mereka selamat berlepas setelah beberapa tahun hajat hendak berumrah terpaksa ditunda. Mereka sebenarnya merancang hendak ke Tanah Suci selepas menikah tetapi terpaksa ditangguhkan kerana adik ipar dipanggil bertugas.  Kemudian tertangguh lagi dek Covid. Begitulah siri penangguhan satu demi satu sehingga sekarang Allah menentukan waktu ini sesuai untuk mereka. Jadi kepada mereka yang bersedih kerana hasrat tak capai jangan terlampau bersedih sangat kerana Allah paling tahu bila waktu yang sesuai untuk memberi. Mungkin waktu itu tidak sesuai pada pandangan manusia. Tetapi apalah sangat pandangan manusia jika yang mengurniakan itu Allah Pencipta sekelian alam. Fikir yang baik-baik saja.

Entri 214 : Hadiah

 Hujung minggu ini aku sibuk membeli belah. Bukan untuk aku tetapi untuk orang. Ada seorang sahabat akan bertukar pekerjaan. Ketika menghadiri majlis perpisahan dia menghadiahkan kami beberapa jenis barang. Aku mendapat mandian Body Shop dan cecair pencuci tangan Bath & Body Works; yang kalau difikirkan untuk aku beli untuk diri sendiri tu rasanya tidak. Aku pun tak ingat bila kali terakhir aku mandi menggunakan mandian Body Shop. Terharu bila orang yang bukan jenis manis mulut ini menghadiahkan teman-temannya hadiah. Mahal pula tu. Kalau satu hadiah hampir seratus nilainya bayangkan pula kalau sepuluh orang. Sedangkan majlis perpisahan tersebut untuk dirinya.  Memang aku terfikir untuk membelikan hadiah untuknya. Sudah menjadi rutin ku setiap kali ada kelahiran, perkahwinan Inshaa Allah aku akan cuba luangkan masa untuk mengumpul rakan-rakan dan membeli hadiah. Hadiah harijadi mungkin jarang tetapi kalau acara-acara begini memang aku selalu belikan. Penat juga kalau hari jadi pun

Entri 213 : Hujan dan Emosi

Beberapa hari kebelakangan ni aku tidur lepas Subuh. Malam walaupun terbaring atas katil pukul 9 malam tapi tak boleh tidur. Insomnia. Padahal sebelum-sebelum ni bukanlah aku jenis tidur lepas Subuh. Selalunya kalau tidur lepas Subuh ni apabila terlalu penat contohnya balik dari kampung dan sebagainya. Entah mungkin kerana ubat atau penat, aku tak berapa pasti. Tetapi aku sedar aku memang dilanda kemalasan kebelakangan ini. Beberapa hari juga tidak turun morning walk , mungkin sebab ada Bubu dekat rumah dan mungkin juga kerana hujan tak berhenti. Awan gelap sentiasa. Rumah aku berhampiran dengan bukit jadi sejuknya lain macam. Terasa seperti di Cameron Highland. Menggigil juga nak berwudhu di waktu pagi. Entah kenapa semuanya terasa suram. Aku terfikir bagaimanalah mereka yang dilanda banjir. Tak terbayangkan? Sedang aku masih bermalasan-malasan boleh memilih samada mahu mandi atau tidak. Kita semua diuji. Bila banjir, yang dilanda banjir diuji. Yang membantu juga diuji. Aku juga diuj