Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Siri Pandan

Entri 230 : Pandan dibedah

 Hari ini 31 Mei 2022, tarikh Pandan dibedah. Petang semalam saya menghantarnya ke klinik tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal dengan puas. Mujur hari-hari sebelum itu saya memeluknya. Begitulah kucing, walaupun sesayang saya mana pun terhadapnya di luar dia masih dilayan sebagai haiwan. Pendaftaran dibuat, pekerja yang bertugas mengangkut carriernya ke tempat boarding. Saya tidak boleh membuka carrier dan memeluknya atau mengucap kata-kata semangat padanya seperti kebanyakan manusia yang menghadapi pembedahan. Saya takut, takut sebab pertama kali menghantar haiwan untuk pembedahan. Banyak perkara difikirkan. Hendak memutuskan juga mengambil masa. Saya fikir saya sudah timbang tara semua tapi saya takut saya silap. Pandan tidak boleh membuat keputusan sendiri. Mungkin boleh apabila dia berlepas dari manusia. Mungkin kerana dia memutuskan sesuatu, maka dia berkorban satu taring. Saya memikirkan bagaimana kucing sesat dengan taring patah sebelah merayau-rayau? Adakah dia cuba menggig

Entri 227 : Dodol Cirit Birit

 Sejak semalam baru saya perasan Dodol mengalami cirit-birit, mungkin beberapa hari kerana saya teringat sisanya yang agak lembik tetapi saya mengabaikannya. Tetapi semalam betul-betul saya perasan kerana Dodol comot selepas membuang hajat. Haru biru juga perasaan dibuatnya. Yalah anak kucing mana tahu bercakap dan tentulah salah saya kerana tidak memantaunya. Setakat ini yang saya tahu Dodol makan makanan yang dikhaskan untuk anak kucing dan tumpang sekaki makan makanan ibunya. Dek kerana itu saya melebihkan makanan anak kucing, pun begitu saya berasa bukan itu puncanya. Beberapa hari yang lalu saya ada merakam video untuk mengetahui selera Pandan. Ya tentu Dodol tumpang sekaki dan malam itu saya biarkan makanan tersebut dan keesokannya kesemua makanan hampir habis. Maka saya mengagak mungkin Dodol makan makanan yang tidak sesuai untuknya. Walaupun kesemua makanan kucing yang saya belikan bermutu dan baik pada pendapat saya kerana saya meneliti bungkusan dan bertanya merata akan tetap

Entri 222 : Dodol genap 30 hari dan jemput-jemput ikan bilis oat

 Hari ni 25 hb Mac 2022, genaplah umur Dodol 30 hari. Dodol dilahirkan pada 23 hb Feb 2022. Gemuk gedempol benar dia, bila tengok rasa nak peluk kuat-kuat tetapi takut kerana badannya masih lembik. Dia berjalan dengan perutnya yang buncit, terkial-kial mengheret kaki atas lantai yang licin. Pandan pula sudah mula merenyam. Aduh, anak baru cukup sebulan ibu sudah mahu mencari jantan. Itulah kucing. Besok inshaaAllah nak bawa mereka ini ke vet dan lihat pendapat doktor. Dua tiga hari ni baru berasa lega sebab tak perlu pindah rumah. Berdoa supaya dapat kekal lama di rumah ni. InshaaAllah saya akan bercerita tentang rumah di lain entri.  Sebenarnya untuk entri kali ini saya hendak bercerita tentang semalam. Semalam saya berpuasa, semalam juga kami ada kursus sehingga pukul 8 malam. Jadi saya cuma berbuka dengan segelas air.  Selepas Maghrib saya bergegas ke dapur, potong sedikit Wheatgrass yang saya beli untuk Pandan. Dalam hati berangan nak makan jemput-jemput. Jadi saya pun potong bawan

Entri 221 : Rutin

Saya baru dapat tahu bahawa kucing adalah haiwan yang sangat menyukai rutin. Ia tidak suka jika makanannya atau pasirnya ditukar. Ini sebenarnya menjadikan kucing mudah dilatih. Malah ia akan lebih mengenali rutin tuannya lebih dari tuan empunya diri. Untuk mengurangkan kucing akibat berjauhan, tuan kucing perlu mengubah rutin beberapa hari sebelum hari perpisahan. Elakkan dari memeluk atau membelai kucing sebelum anda keluar. Keluar saja, jangan ucap selamat tinggal atau apa-apa. Eh? Kenapa begitu? Ia akan menyebabkan kucing mengalami s eparation anxiety. Mungkin kerana nanti kucing akan kehairanan dan tertanya-tanya kenapa anda hilang tiba-tiba. Mungkin kucing akan mengalami kerinduan yang melampau. Saya tidak pasti tetapi saya belajar bahawa kucing ialah makhluk yang sangat emosi. Jadi jika hendak keluar rumah, keluar sahaja. Jangan alih perhatiannya dengan memberitahunya anda akan keluar. Keluar terus. Rujukan Jackson Galaxy

Entri 219 : Kronologi Tiga Kematian Berturut-turut

Saya sudah tenang dan Pandan pun mungkin sudah tenang. Dia kelihatan bertambah protective terhadap anak yang tinggal seekor ini. Saya sangat penat dan hampir berputus asa. Penat apabila semua diusahakan tidak menjadi akan tetapi apabila merenung muka Pandan yang sayu, saya menjadi kuat. Kalau saya sedih dek kehilangan anak-anak kucing, Pandan tentulah lagi sedih kerana kehilangan anak-anaknya yang dikandung beberapa bulan. Pagi tadi saat saya mengebumikan anak Pandan, saya sudah redha. Air mata saya mungkin sudah kering. Apatah lagi ketika itu hujan renyai-renyai dan burung-burung berkicauan. Saya kebumikan anak Pandan ini bersebelahan dengan adiknya yang mati lebih awal. Pada 22 hb Pandan sudah menunjukkan tanda-tanda jelas seperti hendak bersalin. Saat itu selepas Subuh, seperti biasa Pandan akan datang apabila dipanggil. Ketika itu saya terlihat seperti ada kotoran di ekornya maka saya bergegas ke bilik air untuk mencuci. Ketika mencuci saya dapati ianya bukan najis tapi ketulan da

Entri 218 : Anak Pandan Mati

26 Februari 2022, Sabtu Pada waktu anda membaca tulisan ini, sudah tiga ekor anak Pandan mati. Jumlah anak Pandan ialah empat ekor. Yang bongsu mati lemas air ketuban pada hari kelahiran 23 hb, yang kedua mati semalam dan yang ketiga ini mati sejurus dari balik klinik. Semalam setelah pulang dari vet, saya terus menyusukan yang ketiga ini. Pagi tadi saya monitor dan memberinya susu setitik dua. Kemudian dalam pukul sebelas saya memeriksa badannya, suhunya turun. Masih hidup maka saya bergegas membawanya ke vet.  Kali ini saya bawa Pandan dan seekor lagi anaknya kerana saya mahu tahu keadaan semuanya. Semalam saya tak sempat membawa kesemua kerana yang seekor itu sudah hampir keras. Apabila saya ke klinik saya ditahan oleh staf dan ditanya tentang appointment. Memang saya tak buat appointment kerana kes kecemasan dan saya tak merancang pun untuk ke klinik hari ini. Saya cemas apabila yang ketiga ini sepatutnya sihat tetapi lemah dan makin selalu menjauhi ibunya. Maka apabila memeriksa d

Entri 217 : Pandan Nak Bersalin

Selasa 22 Februari 2022  Pandan tidak kelihatan di bilik saya seperti kebiasaannya malah tidak datang apabila saya memanggil.Selalunya apabila terjaga saya akan mendapati dia akan tersidai memerhatikan saya dan jika dia tidak berada di bilik dia akan segera datang apabila saya memanggil. Pandan bukan seekor kucing yang vokal. Dia sangat jarang mengiau, malah pernah saya terlampau leka bekerja sehingga terlupa pinggan dan bekas airnya kosong, dia tidak mengiau. Cuma akan menunggu atau menggeselkan badan atau mukanya ke saya. Itu yang membuatkan saya sedikit risau jika dia hilang dari pandangan. Saya mula mencari akhirnya saya dapati Pandan di balkoni, di atas rak baju yang tinggi. Saya tahu dia tak berani turun. Malah sebelum ini saya yang terpaksa mengambilnya. Melihat muka Pandan saja saya tahu dia kelaparan kerana berada di situ semalaman. Jadi saya terpaksa memanjat untuk mengambilnya. Setelah Subuh saya menghabiskan beberapa minit di sejadah. Pandan waktu ini sudah kenyang, dia aka

Entri 216 : Pandan mengandung?

Semalam seharian duti aku penuh. Pada mulanya aku berangan hendak mengedit video di pagi hari akan tetapi dikejutkan dengan tompokan cecair kuning di lantai dapur. Apa lagi, habis satu dapur aku cuci. Aku tak berani nak buat spot cleaning disebabkan was-was dengan deria bau.  Deria bau manusia tak sama dengan deria bau haiwan. Bau adalah segala-galanya bagi haiwan. Kita rasa dah tak ada bau tetapi bagi kucing mungkin ada. Maka hampir sebungkus sodium bikarbonat aku campurkan bersama LOC Multipurpose. Sodium bikarbonat paling sesuai untuk membersih dan meneutralkan bau. Malah aku selalu mencampurkan sedikit sodium bikarbonat ke dalam mesin basuh apabila aku membasuh kain buruk atau baju-baju yang berbau. Aku sudah tidak menggunakan antiseptik dan peluntur kerana Cik Pandan pernah kencing di tempat yang aku baru cuci. Maka dari situ aku belajar bahawa kalau hendak membersihkan najis kucing jangan guna pencuci sembarangan. Ada bahan kimia tak silap aku ammonia yang terdapat dalam bahan

Entri 212 : Cik Pandan Mengawan

Cik Pandan miang, sudah dua tiga kali kitarannya aku cuba abaikan. Tetapi rasa kasihan pula sebab Cik Pandan betul-betul macam sakit. Ketika pertama kali kejadian, aku panik dan bawa Cik Pandan jumpa doktor tapi doktor kata kucing aku sihat. Rupanya begitu bila kucing miang. Memang dah tak ada rupa comel dah. Makan minum entah ke mana. Maka aku pun terpaksa memulakan misi mencari calon menantu. Bukan senang rupanya. Setelah beberapa lama, jumpalah satu baka yang kelihatan sekufu seperti Cik Pandan. Program bertaaruf berjalan lancar, malam tu juga aku bawa balik menantu. Bermulalah drama perang suami isteri. Dek marah Cik Pandan tak sengaja tercakar muka aku. Darah menitis terkejut aku. Mujurlah aku pakai kaca mata pada waktu tersebut. Tak apalah demi sayang aku redha saja. Keesokan paginya bermulalah episod mencuci. Kucing jantan tentulah tabiatnya yang menyembur dan Cik Pandan ni bila ketakutan sudah tak pandai nak menggunakan kotak pasir. Aku cuci dengan sabar lagi dan menyusun strat

Entri 209 : Rutin

Saya memelihara Pandan sejak bulan Ogos yang lalu, mungkin lebih tepat 25 Ogos. Untuk pengetahuan, saya tidak pernah memelihara kucing sepanjang saya menyewa rumah.  Saya tidak berpengalaman membela kucing dalam rumah dan saya tidak terfikir pun saya akan memiliki kucing. Melihat segelintir rumah orang yang memelihara kucing yang kadangkala kotor dan berbau membuatkan saya tidak berminat untuk memelihara kucing kerana menyangka kucing adalah penyebabnya. Namun saya fikir Pandan dihantar kepada saya untuk mengajar saya bahawa bersih dan kotor bukan terletak pada haiwan tetapi pada manusia. Saya percaya kucing dan kebanyakan haiwan mempunyai fitrah yang bersih. Tetapi dek kerana penjajahan manusia; haiwan menjadi keliru.  Seperti mana orang kampung yang biasa menggunakan tandas duduk keliru dengan tandas di negara Jepun begitu juga haiwan keliru dengan susun atur pembandaran/rumah manusia.Manusia pula boleh memilih untuk menjadi pengotor atau pembersih; jadi jika haiwan-haiwan ini jatuh

Entri 207: Lebah sesat masuk rumah

Sudah hampir pukul 10 malam. Dia sudah siap menvakum rumah dan menadah air. Baldi-baldi, bekas-bekas plastik, jag-jag sudah dipenuhkan dengan air. Esok dijangka ada gangguan bekalan air. Oktober mungkin boleh diistiharkan Pesta Tiada Air mungkin?  Bunyi berdesing mengganggu telinganya. Seekor serangga berputar-putar di siling menghampiri lampu sedang kucingnya yang bernama Pandan melihat dengan mata yang bulat. Dia berdiri di bawah lampu, merenung ke arah serangga yang berputar-putar. Seperti tebuan. Serangga berbisa. Dia menarik nafas. Otaknya berpusing, bagaimana mahu menyahkan serangga ini dari rumah? Oh, dia teringatkan vakum. Dicabutnya nozel vakum, dihalakan ke arah serangga yang berputar-putar sambil kucing melompat-lompat mahu menerkam. "Jangan Pandan!" ZzzZZZZZ Serangga itu disedut ke dalam vacum. Dia melihat bekas habuk yang jernih. Tebuan itu masih hidup. Eh, warnanya berbelang kuning hitam.  Lebah rupanya. Tiba-tiba dia berasa seram. Lebah yang menerima arahan dar

Entri 206 : Saya ada kucing dan ianya dari langit

Ya, saya tak pernah terfikir hendak membela kucing dalam apartmen. Ini kerana saya berpegang kepada prinsip,  kucing ialah makhluk yang bebas Terperosok dalam kurungan termasuk suasana apartment yang kecil meminimumkan pergerakan kucing.  Saya tak mahu rumah saya kotor dan kebanyakan tuan punya kucing mempunyai rumah yang berselerak dan berbau.  Jangan salah faham, saya sangat sukakan kucing cuma saya bukanlah semberono, banyak perkara perlu difikirkan sebelum memutuskan mahu menjaga makhluk hidup yang lain. Akan tetapi suatu hari saya rasa sangat sunyi. Saya tulis sesuatu di nota : Suatu hari saya akan memiliki seekor ragdoll. Doa saya dimakbulkan dengan cara yang aneh. Seekor kucing parsi yang saya beri nama Pandan menemani saya dengan cara yang ajaib. Saya belum bersedia mengarang tentang panjang-panjang. Mungkin suatu hari nanti. Cukuplah anda tahu, segala yang anda tulis selalunya menjadi kebenaran. Hati-hati.