Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kisah hidup

Entri 164 : Bunga ...

I anya bermain main dalam minda sejak beberapa lama yang lalu. Tetapi tidak dihiraukan kerana mungkin bisikan nafsu untuk dia membeli. Sehingga baru-baru ini dia menjumpai pasu berwarna ungu jernih saat mengemas.  Petanda yang terang lagi bersuluh! Pasu tanpa bunga seperti jasad tanpa roh. Tapi bunga akan layu... Benar, tapi bunga segar itu bila kering mereput menjadi baja.  Tidak seperti bunga plastik, apabila dibuang menjadi sampah. Melihat dan menciumnya tidak sama dengan bunga plastik. Cubalah beli satu dan lihat sendiri. Hatinya menggoda lagi dan kali ini dia memutuskan untuk beli. Saat dia terpaku di kedai bunga tidak tahu memilih yang mana satu. Tidak menyangka jadi begini saat dia bangun awal pagi dan singgah kedai yang salah, bukan salah tetapi kedai tersebut berpindah ke tempat baru 1 Oktober dan dalam kedai ini dia terpana melihat bunga bunga. Hatinya teringin ros merah tapi ... "Cuba campurkan dengan carnation" cadang penjual bunga.  Dia tidak yakin, masakan mera

Entri 159 : Attachment!

Beberapa tahun yang lalu. Al-Quran tafsir yang berwarna merah hati itu sudah relai kulitnya. Saat dia merenung satu-satunya Al-Quran kegemarannya, dia merasakan berat untuk menggantikan dengan yang baru. "Bertahanlah, mungkin suatu hari nanti kamu akan jadi hantaran untuk perkahwinanku." Siapalah yang menjadikan al-Quran buruk ini sebagai hantaran? Seolah-olah al-Quran tersebut berbisik merendah diri. Selalunya orang akan membeli alQuran yang paling cantik sebagai hadiah. Sayu. "Tapi kamu yang aku baca setiap hari, adalah sangat ralat jika tiba tiba digantikan dengan al-Quran baru yang belum pernah dibaca pada hari yang paling penting." Dia bernekad. Namun adakah al-Quran itu dapat bertahan saat dia sendiri pun tak tahu bila dia berkahwin?? Al-Quran yang hampir relai itu pernah dibawa sekali ke kelas mengaji. "Puan, belum cukup muka surat lagi." Tegur ustaz apabila dia berhenti membaca saat habis muka surat. Bukan salah ustaz, bila mengaji mereka menggunak

Entri 154 : Typo

Nota : Bayangkan semua perbualan di bawah dalam Bahasa Inggeris. Just bayangkan jer la "Ejaan sepatutnya Country bukan County." Sakit matanya melihat county merata-rata. Lantas dibetulkan menjadi Country . Registration County --> Registration Country Kan cantik? "Humm... kenapa Country sedangkan semua isi picklist adalah State?" Ya, ada yang bertanya. "Entah, sebelum ini County. Mereka tak namakan sebagai State pun. " Diam, state dan county sangat berbeza bunyinya. "Kenapa database tak nak accept?" Dia merenung skrin; terlampau banyak county dalam pengkalan data. Typo terjadi cuma sekali sekala akan tetapi jika merata tempat terutama yang dilakukan oleh natif Inggeris. Matanya terbaca satu comment "It's not country, it is COUNTY." Nampaknya dia bukanlah orang yang pertama cuba membetulkan county kepada country . "Pssttt... county tu betullah. Bukan typo" Masing masing diam dan menaip ' county ' di Google