Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel #reviewmovie

Entri 236 : Melihat dua arah

 Baru sahaja menonton filem yang bertajuk Look Both Ways. Tak berniat pun nak menonton filem ini tetapi tiba-tiba terpapar di Netflix.  Secara ringkas ianya mengisah watak Natalie Bennette yang berjalan dalam dimensi masa yang sejajar. Saya tidak pasti adakah penerangan saya tepat tetapi jalan cerita Look Both Ways ini memaparkan satu watak yang mengalami takdir yang berlawanan. Permulaannya adalah Natalie Bennete adalah seorang gadis yang bercita-cita tinggi , baru sahaja tamat pengajian dalam program animasi dan kemudian terlanjur dengan kawan baiknya. Filem ini memaparkan dua kisah secara serentak di mana kisah hidup Natalie Bennete mengandung kerana terlanjur dan terpaksa melepaskan cita-citanya kerana sibuk menjadi ibu dan kisah yang lagi satu bagaimana hidup Natalie Bennete yang tidak mengandung dan meneruskan cita-citanya di Los Angeles. Jadi sebagai penonton, kita melihat dua takdir yang berbeza akan tetapi akhirnya Natalie Bennete berjaya mencapai cita-citanya walaupun jalanny

Entri 231 : Inventing Anna vs Tinder Swindler

 Dalam masa dua hari saya melaburkan masa melihat siri Inventing Anna dan Tinder Swindler.  Dua-dua cerita ini mengisahkan bagaimana scammer memancing mangsa mereka. Jika Tinder Swindler mengisahkan lelaki yang bernama Simon yang menipu wanita-wanita dengan menawarkan cinta dan persahabatan dan kemudian dia akan berpura-pura dalam bahaya, memerlukan duit. Inventing Anna pula mengisahkan gadis yang bernama Anna menyusun strategi memerangkap mereka yang berprofil tinggi untuk menjadi kaya. Yang berbeza ialah dalam Simon memang objektifnya memerangkap seberapa ramai wanita yang mungkin untuk memenuhi hidup mewahnya. Apabila yakin mangsanya tersangkut, dia akan berpura-pura dalam bahaya sehingga tak dapat menggunakan kredit kad dan akan memula meminta tolong pada mangsanya. Manakala Anna pula, ia berpura-pura kaya kerana ingin membina Anna Delvey Foundation, sebuah kelab berprestij dengan harapan jika ADF berjaya, dia tidak perlu berpura-pura lagi kerana dia sudah memiliki ADF. Anna tidak