Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2020

Entri 152 : Kenapa?

Connection terputus , bukan internet tapi connection . Saya masih tidak betah menggunakan terma terma IT dalam bahasa Melayu, masih tercari cari makna yang sesuai dan jika adapun adakah ianya mencapai kefahaman pembaca? Perkataan yang sesuai atau perkataan yang difahami? Saya tercari cari lagi, maafkan saya insan yang selalu kesesatan. Kerap benar. Sebenarnya persoalan dalam pemikiran, saya yakin bukan saya seorang. Soalan soalan ini mungkin tidak popular tetapi ianya realiti. Ianya tidak popular kerana bukan ianya tidak ada... tetapi ianya menyakitkan. Maka media sosial menjadi  tembok untuk jemaah me syuarat tingkap moden berkongsi perasaan. Namun ianya hanya seperti anjing menyalak bukit. Seperti soalan yang ditujukan oleh seorang perunding perkahwinan, "betulkah kamu mahu menikahi lelaki ini?" Angguk dengan gembira. "kamu yakin lelaki ini bakal menjadi bapa yang bagus untuk anak-anak kamu?" Diam dari air muka pun sudah tahu jawapannya. Kompleks. Bukan kerana tid

Entri 151 : Doa untuk mat motor

Hari Ahad yang lalu. Memandu kereta oren sendirian dari Hospital Sungai Petani. Ahad adalah Isnin bagi Kedah Darul Aman. Suatu pagi yang sibuk. Bila kita merungut tentang orang lain, ianya petanda untuk kita. Mesti ada celah celah mana yang perlu diperbaiki atau dihindari. Kadang kadang tidak ada apa yang perlu dibaiki kerana jalan keluarnya ialah menghindari. Tiba tiba kereta di hadapannya berhenti secara mengejut dan kemudian terus bergerak ke depan. Kemudian sedar-sedar di atas jalan seekor anak kucing tercapik capik ketakutan. Oh, lantas berhati hati dia mengelak sambil berdoa janganlah anak kucing itu berlari ke arah tayar keretanya. Tidak ada bunyi crittt... bermakna keretanya tidak melenyek anak kucing tersebut. Sambil melihat cermin pandang belakang, anak kucing itu masih tercapik capik di tengah jalan.  Kesakitan dan keliru. Tuhan saja yang tahu. Ya Allah, selamatkan anak kucing tu. Dia menekan lampu isyarat ke kiri berkira kira untuk berhenti sambil berharap tidak ada kendera

Entri 150 : Antara naluri dan ketakutan

Hari ini hari apa ya? Oh bukan Rabu rupanya. Sudah berapa kali Rabu dia terlepas. Fitrah dunia ini masa berlalu, kawan-kawan berlalu , keluarga berlalu , susah dan senang berlalu . Bersilih ganti tanpa ada yang kekal. Silapnya adalah dia menyangka dan menikmati atau bersedih atas segalanya seolah olah semuanya akan kekal. Silap besar. Dalam beberapa hari ini banyak kejutan yang mungkin menakutkan buat masa ini. Yang berkahwin bercerai, ada kisah curang dan pisau cukur. Curang itu kisah isteri yang umumnya terjadi lelaki yang curang. Yang pisau cukur itu lelaki yang umumnya terjadi wanita yang suka mencukur. Ianya ada, realiti. Terpulang mahu lihat sisi negatif atau positif. Kali ini dia mahu meneliti setiap kisah dari pandangan yang berbeza. Dia bertanya soalan yang mungkin berbeza. "Semasa berjumpa dengan lelaki ini adakah naluri kamu mengatakan sesuatu?" "Ya, memang dia suka berhutang." Tetapi kadang naluri itu disalah ertikan sebagai buruk sangka dan ditambah pul