Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel monolog

Entri 239 : Hakikat Andartu

 Dalam hidup ini pernah terfikir tak hidup seorang diri di usia tua tanpa mempunyai sesiapa? Ramai akan menjawab, 'Biasa saja, banyak saja ibu bapa yang ditinggalkan anak-anak. Dekat rumah orang tua tu banyak.' Bukan ibu bapa yang saya maksudkan. Yang tua, yang tak pernah berkahwin dan yang tak pernah beranak. Golongan ini minoriti , tak banyak. Akan tetapi golongan ini banyak dipandang remeh tentang emosi dan keadaan mereka. "Alaa... senang la jadi Si Polan ini, tak payah fikir hal anak-anak dan suami." Tak pernah terfikir bahawa dalam dunia ini semua manusia mahu berpasangan dan bersuami, bagaimana hidup yang seorang diri ini menjadi lebih mudah jika semua manusia sanggup berbuat apa saja untuk berkahwin dan beranak? "Alaaa... saya makan seorang diri dekat restoran tak ada masalah pun walaupun saya berkeluarga dan ada anak-anak." Jika anda berkeluarga tetapi 90% hidup anda dalam setahun makan seorang maka mungkin anda patut kaji keadaan keluarga anda. Maka

Entri 237 : Kuku Kaki

 Hari ini minggu kedua saya menghadiri kelas regangan. Berpeluh-peluh dibuatnya padahal regangan saja.  Yang seronoknya jurulatih akan menceritakan apa yang jadi dengan badan untuk setiap posisi sambil menerangkan cara yang betul untuk melakukannya. Contoh, yang ini elok untuk buang angin. Senaman regangan seperti yoga ini bukanlah sesuatu yang baru. Jika anda pernah menerima rawatan fisioterapi, latihan yang sama juga yang diajarkan. Tapi itulah kadang-kadang nama sesuatu senaman itu menimbulkan kontroversi sebab itu pentingnya belajar supaya tidak sesuka hati menuduh tanpa usul periksa. Ketika melakukan senaman tersebut barulah saya meneliti kaki saya. Antara bahagian yang saya lupa, kering betul layaknya. Dalam hati, yalah dah tua begini semua kerepot. Tetapi hati lain berbisik, cuba cari jalan.  Maka tanpa dirancang saya singgah di spa yang saya google seusai latihan. Dengan muka berpeluh dan ketiak basah saya bertanya ada tak khidmat pedicure. Maka kaki saya hari ini dibersihkan d

Entri 235 : Hari hari adalah cubaan

 Sekarang pukul 10 malam dan saya baru berhenti melakukan tutorial Superbadge di Salesforce Trailhead. Setelah sekian lama berhenti, baru-baru ini saya mulakan kembali. Jika anda membaca entri saya sebelum ini tentang Trik Setan , selalunya saya tidak melakukan apa-apa kerja di waktu malam supaya dapat tidur awal. Begitu kononnya. Tetapi saya ditrik setan dan leka menatal telefon sehingga lewat malam dan bangun dalam keadaan menyesal. Jadi untuk mengelakkan kejadian tersebut, saya terus buat trailhead dan cuba menulis di sini. Sekurang-kurang jika saya hendak menatal telefon saya nanti saya akan berfikir banyak kali kerana sekarang pun sudah lewat. Jadi biarlah saya bekerja sehingga saya tertidur kerana keletihan berbanding memilih untuk tidak bekerja tetapi berakhir dengan leka membuang masa di telefon. Jika ditanya bila perlu berhenti untuk cuba istiqamah (consistent) , tidak ada jawapan. Kerana saat kita berhenti consistent, ianya tidak lagi dipanggil consistent. Ianya juga mustahil

Entri 234 : Trik Setan

Banyak hari sudah saya tidur lewat. Saya boleh salahkan banyak perkara seperti ketidakselesaan haid, kelas yang tamat lambat, telefon bimbit. Sebelum ini banyak tips yang saya ikuti tetapi banyak yang tidak menjadi seperti letakkan telefon bimbit jauh-jauh, cuba berzikir atau membaca. Tidak menjadi. Seolah-olah mata saya tidak mengantuk. Yang anehnya saya masih boleh bangun awal tanpa alarm. Jadi tidur lewat tidak menjadi masalah kepada saya kecuali ketika saya haid. Ketika haid badan saya akan bangun lambat.  Saya ingin tidur awal akan tetapi saya sedar saya tidak mempunyai masalah pun jika tidur lambat. Saya tetap bangun awal untuk Subuh tetapi saya ditimpa ketakutan risiko kesihatan. Maka jika ada kerja yang saya ingin lakukan yang menggunakan laptop - seluruh hidup saya berkisar laptop dan telefon bimbit. Saya tahu, ianya mempunyai risiko kesihatan maka saya mengatakan diri, 'Wahai diri jangan buat kerja, pergilah tidur.' Maka saya cubalah tidur tetapi tidak dapat tidur. Be

Entri 232 : Please don't post me in the black and white picture after I died

Recently one of colleagues passed away. He is really young, graduated 2018 which make me feel  so old. Honestly I don't know him, never met him. When I read it actually I only read the email because one of my colleagues told us in the meeting. I just read it slightly. I don't feel anything. I don't care. Yup, I am being brutally honest. There also recent news about the death of one famous celebrities. I know her but not her fan. But suddenly the Youtube feed full with the news. She passed away alone and left over 40 cats. Bless them.They went through the bridge and left this life. I don't feel anything. I just hope that one day, when I pass away there will no black and white picture of me crossing any social media feed. I just hope no. Maybe I hope I will be forgotten. Maybe because it a shame to see me in black and white picture with all *beautiful* notes from some peoples that maybe during that time seem to be *close* to me but actually in reality I run my life alone.

Entri 223 : Mungkin bukan kerana diri

 Ada nasihat mengatakan perhatikan mereka di sekeliling kamu, itulah kamu. Saya tidak terfikir ianya dengan begitu mendalam sehingga suatu ketika ianya masuk akal. Saya fikir apa salahnya berkawan ramai-ramai selagi kita tidak terpengaruh.  Saya fikir, bukan salah kawan tetapi salah diri sebab mudah terpengaruh. Jadi seperti orang lain, kita akan membiarkan diri kita dikelilingi sesiapa sahaja kerana menyangka diri kita kuat. Kita fikir kita kuat untuk berkata TIDAK . Akan tetapi menolak perkara-perkara yang jelas salah sangat senang berbanding untuk melindungi hati dan perasaan kita. Kita mungkin tidak terpengaruh dengan ajakan tetapi ada kawan-kawan yang membuatkan kita rasa rendah diri. Membuatkan kita tidak bijak, tidak pandai dan tidak berkemahiran dan malang lagi membuatkan kita berhenti untuk menjadi lebih mahir atau lebih baik. Kadang-kadang disebabkan berkawan dengan mereka, secara tidak sedar kita membasuh otak kita dan memberitahu diri kita, "Yalah, betullah tak guna bu

Entri 210 : Di balik tabir

Saya tidak mahu meminta maaf kerana sudah lama tidak bersiaran. Adakah orang yang menagih kemaafan dari saya? Saya pulang ke kampung setelah sekian lama.Mungkin hampir setahun. Cuma yang pelik saya tidak berasa ghairah untuk pulang ke kampung seperti selalu. Malah hendak keluar rumah untuk membeli barang pun seperti terpaksa. Pagi-pagi saya paksa diri saya keluar. Jika tidak saya akan memerap di rumah. Pelik, walaupun keseorangan dan tiada TV saya rela terperap di rumah. Mungkin kerana telefon bimbit tapi ramai saja yang mempunyai telefon tidak lekat di rumah. Mungkin Covid mengubah saya. Saya tidak berkeinginan untuk keluar mengembara seperti dulu. Terperuk di rumah sehingga terasa tulang belulang menjadi berat. Kalau dibiarkan berkemungkinan berat saya bertambah. Namun emak menelefon, ya tentulah dia mahu semua anak-anaknya pulang. Jadi saya pulang bersama Cik Pandan. Kasihan Cik Pandan terpaksa berkurung di dalam kurungan selama dua minggu. Cik Pandan tidak betah suasana bising hing

Entri 0 : Bermula dari satu huruf

Sedar tidak sedar sudah lebih dua ratus entri ditulis di sini. Lebih dua ratus kerana ada entri yang dilabelkan sebagai Entri 0. Dia masih ingat saat pertama kali dia menulis di sini, ianya bukanlah platform pertama malah bukanlah blog yang pertama. Mungkin dia mencuba menulis lebih dari sepuluh platform seumur hidup. Dia cuba-cuba sahaja. Berapa banyak dia memaki diri sendiri kerana tidak tetap. Hangat-hangat tahi ayam. Mungkin ketidaktetapan sebelum ini peluang untuk belajar. Bergerak walaupun tidak laju masih lagi bergerak. Berehat walaupun sekejap masih lagi dikira berehat.  Sekarang mungkin sudah ada Facebook, Instagram dan entah apa lagi dunia baru ini akan tawarkan. Dia tidak menyesal memilih di sini. Di sini sunyi, mungkin kerana itu dia memilih untuk menetap di sini. Dia boleh menulis semahunya tanpa ada bunyi-bunyi yang menyinggah. Mungkin ada orang suka atau tidak. Entah ada orang baca atau tidak. Dia tidak tahu. Jika ada Alhamdulillah, jika tidak pun Alhamdulillah. Perkara

Entri 200 : A girl who wish to dream

Before sleep she put her hand together and pray,"O Allah give me a good dream.' Each morning she wake up, she tries to recall if she remember any drop of dreams. She made a wish ,"If I could not escape from this world, could I have at least a good dream?' The next morning she wake up, no dream. "God, why it is so hard to give me a dream?" The heart replied, but no dream is better than a bad dream . "Well, a bad dream sometimes better than have nothing at all." She shut her heart and continuously wishing for a good dream. Peoples come and tell her about their dream. She listens They have lunch with their crush. Seeing the ocean. Get chasing by dog or sometimes fish. Seeing the greenery. Loosing their teeth. It's fascinating. Something that never happen in life is happening in the dream. So fortunate, a twinge of envy touch her heart. "I don't dream." She tells people.  They replies , 'That's unfortunate. It's okay, we w

Entri 199 : Jawapan

Dia terjaga di awal pagi tanpa deringan loceng. Bukan pertama kali. Telinganya menangkap bunyi burung-burung berkicau. Dia merenung langit yang cerah  tak berbintang.  "Seronoknya tidur sambil melihat langit." Nah, doanya dikabulkan sekarang. Tidurnya berlangitkan bintang, nyalakan anjing yang bertekak berebut kawasan kadang menyapa lenanya dan kicauan burung mengusap telinganya. Sebenarnya bintang ada di situ, di langit yang sama tetapi tidak kelihatan di mata kasar dek lampu-lampu di dunia. Dia terasa sunyi sekali namun dia tidak mengharapkan sesiapa di sisinya kerana setakat ini seorang pun tidak akan memahami jalan fikirnya. Walau ibunya sendiri. Aneh. Sambil dia merenung langit yang kosong, dia terfikir sahabat-sahabat gua yang mengasingkan diri dari dunia mungkin sunyi. Mungkin di dalam gua mereka terkenangkan kehidupan harian mereka ke pasar, bekerja. Tetapi sahabat gua tidak keseorangan, mereka sama-sama mengasingkan diri  berkumpulan. Bibirnya menyebut  zikir, zikir

Entri 198 : Singkat

Terima kasih kerana mengingatkan aku harga hidup bukan pada singkat atau panjangnya umur tetapi memenuhinya dengan syukur sehingga suatu saat kita dijemput pergi Terima kasih kerana mengingatkan aku Saat aku memercik air ke kelopak-kelopakmu yang mengering Mengutip kelopak-kelopakmu yang harum Itulah hidup kita yang akan ada kesudahan Sehingga saat itu tiba dan kau pergi dulu Dirimu akan menyatu bersama tanah dan membaja demi yang hidup Terima kasih kerana menjadi penyejuk hatiku dalam masamu yang singkat itu Nota Penulis : Doa Iman Ya Allah hidupkan kami dengan iman Ya Allah matikan kami dalam iman Ya Allah bangkitkan kami dengan iman Dan masukkan ke syurgamu dengan iman Selamat Hari Arafah

Entri 0 : Penulis sakit mata

 Saya sakit mata dan memutuskan untuk bercuti dari pekerjaan harian. "I hope you will get better soon. I wonder what you were watching." Mesej rakan berasal dari Mexico. Nampaknya kepercayaan seseorang itu sakit mata atau ketumbit dek kerana melihat sesuatu seperti mengintai orang mandi bukan sahaja di Malaysia. Mesejnya menceriakan hari saya, saya membalasnya. I know ;-) . That's why I am buying her flower. To say sorry for what I saw previously. Saya hadiahkan bunga matahari untuk mata saya. Alhamdulillah Salam muhibbah. Semoga tulisan saya menceriakan hari anda xoxo.

Entri 195 : Tulis

Tulislah mimpi nanti jadi kenyataan Tak mahu, takut-takut nanti hangat-hangat tahi ayam Kasihan Saat mereka yang lain, terkurung dan terikat kaki tangan masih lagi menulis Sedang kamu ada tangan, ada pensil dan kertas Tidak menulis kerana ketakutan pada diri sendiri Kasihan Mimpi kamu tidak tertulis kerana kamu sendiri

Entri 193 : Parasit

 "Kau ingat kau mulia sangat nak pilih-pilih kawan?" Antara komen dengan seorang rakan apabila kami berbual tentang perkara-perkara melibatkan motivasi, orang positif dan orang negatif, juga tentang nasihat menjauhi manusia-manusia toksid, negatif. Ianya sebenarnya agak sukar kerana hidup ini bukan hitam putih, manusia bukan tentang 100% jahat atau baik dan kadang-kadang nasihat begini selalu mengundang lebih banyak kontroversi kerana salah anggap. "Tentu ada sebab mengapa kita dinasihatkan menjauhi manusia-manusia yang bersifat buruk. " Seperti kita hendak menyimpan sayur, kita kena potong bahagian-bahagian yang lembik dan buruk dahulu. Kalau tidak sayur segar yang disimpan bersama turut lembik. "Alaa...bergantung kepada diri sendiri, kalau diri sendiri kuat tak kisahlah kawan baik kan buruk tentu tak terperngaruh." Komen tersebut masuk akal juga jika difikirkan. "Hummm... jika hendak mencari calon suami apa kriteria yang anda mahu?" Diam. &quo

Entri 186 : Ilmu

 Cuaca sangat cerah pagi ini. "Moga-moga cepatlah baju ini kering sebelum petang." Dia berdoa sambil menyangkut sehelai demi sehelai baju yang baru dicuci.  Setiap kali dia mencapai kain, dia akan menciumnya dahulu sebelum menyangkut. Seolah-olah mencium baju adalah salah satu langkah dalam proses penyidaian baju. Langkah tersebut tidak tertulis seperti langkah-langkah yang lain. Ianya semata-mata tindakan refleks yang kadang-kadang disedari namun masih dia tidak dapat menghindarkan diri untuk tidak melakukannya. Dia merenung bangunan terminal yang masih di dalam pembinaan nun di bawah. Tidak lama lagi terminal ini akan siap dan landskap kawasan ini akan berubah. Dia membayangkan suasana hiruk pikuk seperti kawasan Puduraya. Asap dan hon kenderaan dan juga orang yang lalu-lalang dengan langkah yang laju-laju. Masing-masing mengejar masa sendiri. Kau, kau dan aku,aku. Rumahnya antara rumah-rumah kecil yang menghadap bukit. Di atas bukit tersebut terdapat rumah-rumah elit yang

Entri 184 : Lesen

Setelah sekian lama baru malam itu Che Unid tergerak hati untuk memeriksa tarikh tamat tempoh memandu. "Astaghfirullah. Sudah setahun tamat tempoh!" Dia terbayangkan dia memandu dari Kedah, memandu ke Kuantan, memandu di sekitar KL. Selama setahun dia memandu kereta dengan lesen yang tamat tempoh. "Isk...isk...bermakna Allah lindung kamu selama ini." Komen rakan serumah. Sedikit ralat kerana dia sendiri tidak faham sama ada ini perlindungan atau ujian. Perlindungan dari kemalangan dan segala perkara buruk sepanjang setahun. Selama ini jika ada sekatan jalan raya, pihak polis tidak pernah memeriksa lesen. Malam itu apabila dia memandu dalam keadaan ketakutan walaupun hanya kurang daripada tiga kilometer. "Selama ini memandu beratus-ratus kilometer tidak pula terdetik perasaan takut. Setelah sedar tiba-tiba tahu takut pula." Suara hatinya seperti menyindir. Dia terasa ingin sahaja memandu ke balai polis dan menyerah diri kerana terlalu jahil. Keesokan paginy

Entri 182 : Kronologi Donat Tidak Rupawan 1.0

Keinginan hendak menikmati donat yang gebu berasap-asap sudah lama terpendam di dalam hati. Yang diidamkan bukanlah donat popular yang dijual di kedai-kedai kayangan tetapi yang dijual di pasar-pasar. Malangnya setiap kali dibeli, dicuit-cuit keras rupa bentuknya dan hambar rasanya. Seorang sahabat membeli bombolini juga tidak dapat memuaskan keinginannya. Terbayang-bayang di waktu kecil bonda menguli donat di waktu malam dan keesokan paginya mereka anak beranak bersarapan dengan donat yang gebu, bulat dan lembut sempurna. Begitulah keinginan hati Che Unid yang membuak-buak, akhirnya setelah menghabiskan masa beberapa hari di YouTube terjumpalah dia akan resepi donat Che Nom  maka nekadlah dia untuk membuat sendiri donat idamannya. Jangan ditanya kenapa Che Unid tak bertanya resepi dari Che Odah, bondanya. Saat Che Unid menulis entri ini Che Unid sendiri berasa hairan kenapa dia boleh terlupa langsung tentang kepakaran Che Odah memasak terutama resepi-resepi lama. Mungkin kerana itulah

Entri 177 : Daya tahan

Hei kamu, Ya, kamu sahabatku. Dengar aku bicara dengan kamu! Kamu yang selalu bersedih dan gelisah. Kamu yang selalu memikirkan dugaan hidup yang tidak jemu-jemu. Kamu yang merasakan diri kamu terkurung di dalam gua yang gelap. Ternanti-nanti bila ada cahaya. Kamu yang sudah penat meraba-raba di dalam gelap. Letih, haus dan lapar. Kamu yang memikirkan, "Sudah tidak ada jalan keluar, mungkin aku harus mati saja di sini." Ya, untuk kamu.  Kamu sebenarnya penat, berehatlah sebentar. Gua ini gelap jalannya kamu tidak nampak tetapi Dia tahu jelas. Walaupun gua ini gelap dan tidak selesa, paksakan dirimu untuk berehat. Bukankah Tuhanmu melenakan pemuda-pemuda kesayanganNya beratus-ratus tahun di dalam gua? Ada jalan keluar, cuma kamu perlukan rehat. Setelah fikiran kamu lapang, nanti mungkin kamu akan mendapat ilhamnya.  Tuhan tidak akan menciptakan kamu sia-sia. Kamu cuma diuji konflik yang sama seperti mereka yang beriman. Dia memilihmu untuk menerima konflik ini. Ucapkan Alhamdu

Entri 176 : Drama

Apa persamaan drama kesultanan tidak kira dinasti di China, Melayu, Turki mahupun serata dunia. Saling berbunuhan sesama sendiri berebut takhta  Lebih malang kebanyakan angkara drama yang diplotkan oleh wanita Permaisuri, gundik-gundik, pegawai istana semua bersekongkol Tak ada tangan suci di dalam istana semua berlumuran darah Ironisnya hamba-hamba perempuan sama ada yang dirampas dari keluarga sendiri Dijadikan gundik, berebut-rebut untuk dipilih ditiduri raja Apa pengajaran yang boleh didapati? Berhati hati memilih mereka yang hendak ditiduri Berhati hati memilih mereka yang menyuapkan makanan Berhati hati menjaga hati mereka Kerana jika ada dendam hatta sebesar kuman Maka tidurmu akan dihantui igauan Makan mu tidak akan mengenyangkan Engkau hanya menjadi boneka Atau buah catur yang menentukan hidup mati Tetapi mereka yang menentukan siapa yang menang

Entri 143 : Hari yang 38 kan?

Sedar tak sedar masa berlalu, lebih dari suku daripada 2020. Esok lusa Ramadhan. Pastinya puasa kali ini langsung tidak sama seperti puasa sebelum sebelumnya. Di era 2020 ini tiada kereta terbang. Dia tidak berharap kewujudan kereta terbang, cukuplah dengan kapal terbang, helikopter, dron dan benda-benda lain yang berterbangan. Semasa mula mula menyambut tahun baru, dia tertanya-tanya sendiri. Mana gol dan pelan tahun ini? Dirinya memaki, 'Apa nak jadi dengan kamu ini?' Rupanya seperti insan insan lain di dalam dunia, tahun 2020 adalah tahun dipaksa belajar. Hari yang pertama Anda unik , tidak ada sesiapa seperti anda. Orang lain juga unik, tidak ada sesiapa seperti orang lain. Jadi masihkah kita ini dikira unik? Mempertikaikan tentang keunikan jelas sekali membuang masa di dunia yang masing masing serba unik ini. Hari yang ke-dua Kemampuan untuk hidup seadanya. Boleh bangun pagi, boleh berbual dengan keluarga, boleh bermesra dengan kawan, berjalan ke sana sini.