Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2021

Entri 184 : Lesen

Setelah sekian lama baru malam itu Che Unid tergerak hati untuk memeriksa tarikh tamat tempoh memandu. "Astaghfirullah. Sudah setahun tamat tempoh!" Dia terbayangkan dia memandu dari Kedah, memandu ke Kuantan, memandu di sekitar KL. Selama setahun dia memandu kereta dengan lesen yang tamat tempoh. "Isk...isk...bermakna Allah lindung kamu selama ini." Komen rakan serumah. Sedikit ralat kerana dia sendiri tidak faham sama ada ini perlindungan atau ujian. Perlindungan dari kemalangan dan segala perkara buruk sepanjang setahun. Selama ini jika ada sekatan jalan raya, pihak polis tidak pernah memeriksa lesen. Malam itu apabila dia memandu dalam keadaan ketakutan walaupun hanya kurang daripada tiga kilometer. "Selama ini memandu beratus-ratus kilometer tidak pula terdetik perasaan takut. Setelah sedar tiba-tiba tahu takut pula." Suara hatinya seperti menyindir. Dia terasa ingin sahaja memandu ke balai polis dan menyerah diri kerana terlalu jahil. Keesokan paginy

Entri 183 : I am fine, thank you

Nota : Perbualan berlaku dalam bahasa Inggeris. Entri ini menterjemahkan kebanyakannya dalam Bahasa Melayu. Suasana petang menjadi sibuk pada waktu pagi London.  Pasukan di Malaysia akan mengemaskini status tugasan sebelum diserahkan kepada pasukan London. "Hello, Nur how are you?" Suara Ivan kedengaran ceria seperti kebanyakan harinya. "I am fine." Dia menyahut sambil menaip nota di monitor. Tiba-tiba suasana menjadi sunyi dan hambar. "Umm..." Dari fon telinga kedengaran seperti Ivan teragak-agak untuk terus bersuara. Aneh, kerana selalunya tidak begitu. "Wait..." Nur seperti dapat meneka kenapa. Naluri wanitanya atau mungkin kerana dia sudah biasa berbual melalui fon maka dia dapat mengesan sesuatu yang tidak kena,  "Is it because I am woman? I mean you though I am not fine although I replied I am fine."  Nur berterus terang. Lagipun dia pernah melihat artikel tentang cara mentafsirkan ayat daripada wanita tetapi dia menyangkakan itu

Entri 182 : Kronologi Donat Tidak Rupawan 1.0

Keinginan hendak menikmati donat yang gebu berasap-asap sudah lama terpendam di dalam hati. Yang diidamkan bukanlah donat popular yang dijual di kedai-kedai kayangan tetapi yang dijual di pasar-pasar. Malangnya setiap kali dibeli, dicuit-cuit keras rupa bentuknya dan hambar rasanya. Seorang sahabat membeli bombolini juga tidak dapat memuaskan keinginannya. Terbayang-bayang di waktu kecil bonda menguli donat di waktu malam dan keesokan paginya mereka anak beranak bersarapan dengan donat yang gebu, bulat dan lembut sempurna. Begitulah keinginan hati Che Unid yang membuak-buak, akhirnya setelah menghabiskan masa beberapa hari di YouTube terjumpalah dia akan resepi donat Che Nom  maka nekadlah dia untuk membuat sendiri donat idamannya. Jangan ditanya kenapa Che Unid tak bertanya resepi dari Che Odah, bondanya. Saat Che Unid menulis entri ini Che Unid sendiri berasa hairan kenapa dia boleh terlupa langsung tentang kepakaran Che Odah memasak terutama resepi-resepi lama. Mungkin kerana itulah