Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2019

Entri 128 : Sebaik baik wanita

Saat sang anak bercerita tentang seorang budak baru di sekolah yang busuk dan berkutu, emak cuma membalas. "Ajaklah dia datang ke rumah nanti." Sang anak yang baru belajar berkawan, tidak faham mengapa budak berbaju lusuh kuning, busuk dan berkutu itu disuruh datang ke rumah. Dia masih ingat kanak-kanak yang bermata kecil berwarna coklat, malah rambutnya juga agak coklat terutama bila terkena sinar matahari. Emak tak banyak cakap, memandikan anak tersebut bersama anak-anaknya. Disyampu dan disikatnya rambut budak itu sambil anak anak yang lain ketawa. Kutu kutu luruh beremut maka anak anak yang lain menjerit kegelian sambil menindih kutu kutu tersebut. Emak masak. Lauk yang ada tidak seberapa. Ikan dikerat kecil-kecil, emak cuma merasa kuah.Senang hati melihat anak-anak makan. Emak capai sehelai baju sekolah lama anaknya yang sudah tidak muat. Disuruh kawan baru anaknya cuba. Anak kecil itu berpusing-pusing menggayakan uniform sekolah rendah berwarna biru gelap.

Entri 127 : Empayar

Menapak kaki di Bandar Angkor seolah olah menyingkap keagungan empayar zaman silam. Dikenali sebagai monumen agama terbesar di dunia dengan keluasan 162.6 hektar membuatkan otak tidak berhenti berfikir bagaimanalah manusia zaman dahulu membina artifak sehebat ini. Piramid, Taj Mahal dan pelbagai lagi yang berusia ribuan tahun masih lagi gah sehingga sekarang bermakna bahan-bahan dan teknologi yang digunakan bukanlah calang-calang. Malah belum tentu ada bangunan di zaman moden ini boleh mengatasi teknologi mereka. Terfikir bagaimanalah arkitek, jurubina, perancang bandar dan pakar pakar zaman dahulu bersatu memerah otak menyusun dan merancang strategi membina perkara yang hebat begini. Bandar Angkor ini digelar bandar hydraulik kerana kecanggihan sistem perairannya, terdapat sungai sungai mengalir di antara empat pintu gerbang yang memasuki bandar ini. Boleh bayangkan kapal kapal besar berlabuh di sini, bagaimana pegawai immigrasi, kastam bertugas di bahagian pintu gerbang. 

Entri 126 : Hitam

Gelap padang pasir Ditinggalkan  berseorangan Bersama anak kecil  Terdesak dia hingga berlari lari antara dua bukit berulang kali Namun bersangka buruk pada Tuhannya tidak sekali Dia langsung tidak tahu Tuhannya mahu megurniakan zamzam Dia tidak perlu tahu  Cukuplah dia tahu bahawa Tuhannya takkan pernah mensia siakan hambaNya Dilukis dengan Samsung Sketch Book

Entri 125 : Langit

Mendarat lapangan terbang antarabangsa Siem Reap pada pukul lebih kurang 10 setengah malam agak memenatkan. Seorang pemandu teksi berusia 30 puluhan bermuka Melayu menyambut mereka ramah dengan bahasa Inggeris yang fasih. "Dari mana belajar Inggeris?" "Dari sami-sami, kemudian belajar bercakap dengan pelancong di sini-sini.Di sini yuran universiti sangat mahal, jadi kebanyakan kami belajar begini." Tidak mengejutkan jika kanak-kanak yang menjual cenderahati di sini boleh berbahasa Inggeris, Mandarin, Melayu dan pelbagai bahasa yang lain. Yang mengejutkan adalah bila dia mengenangkan dirinya yang sendiri masih merangkak-rangkak belajar bahasa Arab, Mandarin atau Inggeris padahal kemudahan belajar di Malaysia sangatlah murah dan mudah di Malaysia. Terpukul sejenak bila memikirkan dia setiapkali beribu alasan untuk belajar sedang di sudut dunia ini ada yang belajar bermodalkan kecekalan. Serba kekurangan. "Mekah ini gersang, tidak ada laut ata

Entri 124 : Pencarian

Kenapa aku suka mengembara? Soalan itu ditanya berkali-kali pada diri sendiri. Mungkin sebab orang lain buat, maka kewajiban bagiku untuk memastikan petak kosong wish list di- tick sebelum umur berapa berapa seperti orang lain? Dengan hashtag # lifegoal mungkin. Mungkin untuk gambar gambar cantik buat tatapan orang lain di muka Facebook dan Insta ? Biar! Rasakan ledakan photo bomb ku! Kalau tak suka sila UnFollow . Begitu ? Atau mungkin mencari sesuatu yang baru samada pengalaman atau jodoh seperti kebiasaan orang-orang bujang sepertinya? Jadi selepas merayau ke sana sini di bumi Tuhan ini,apa yang anda mahu sebenarnya? Seseorang yang tahu semua perkara? Setiap kali dia bermusafir dengan harapan moga moga menjumpai sesuatu yang baru tetapi tidak. Dia menjumpai dirinya, setiap kali. Wajah-wajah manusia yang biasa dilihat. Penat, sedih , keliru, tenang dan seribu satu rasa yang sukar dihadam oleh hati. Saat dia meletakkan dahi, sujud di atas s