Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2021

Entri 181 : Petrichor

Green brownish eyes like an infinity where I keep diving inside Seem like there is no way out but I can see the light Such a wonderful and peaceful down there Your smell so good like after the rain I keep longing for it, as it never enough as I never give up I am addicted and I forgive myself Alhamdulillah You gave me the reason to feel wonderful and loved We're more than enough We have created more for peoples  for faith that we believe those promises to redeem the Jannah with the mercy of God Everytime when my forehead touch the earth I close my eyes I thanks God as He created you exclusively for me Alhamdulillah Lukisan sendiri, tiba-tiba jadi ngeri pula

Entri 180 : Che Salmah vs Che Yah

Che Salmah kehairanan kenapa orang menjauhi dia. Orang tidak menyahut dan seolah-olah memulaukan dia. Dia menulis status di Facebook "Tak apalah kalau orang tak suka, yang penting Allah suka." Ada beberapa like. Kemudian dia menaip lagi. "Aku ni tak baik, orang lain semua orang baik. Aku seorang saja jahat. Tak apa Allah itu Maha Adil." Ada beberapa like. Tetapi bukan dari mereka yang terdekat, mereka yang sepatutnya terasa dengan status-status yang dikemas kini.  Begitu hari-harinya berlalu. Kehairanan, kenapa orang tidak suka aku? Aku seorang yang bercakap benar, kenapa? Malah bukan sekadar di Facebook, di Whatsaap dan apa saja. Sudah tiada siapa yang menyahut.  Dia menganggap mereka kejam dan sengaja memulaunya sedangkan mereka sebenarnya keliru dan tidak tahu ayat apa yang sesuai untuk menenangkannya. Kerana setiap kali mereka berkata, ada sahaja yang tidak kena. Putar semula. Dia seorang yang berumur mungkin 40 an. Seorang yang berhati baik sebenarnya cuma kata

Entri 179 : Aku sebatang pensil ...

Aku sebatang pensil, berwarna biru. Di batang tubuhku terukir dengan tinta emas nama pelangganku, sebuah rangkaian hotel terkemuka di dunia. Aku tidak berapa pasti dari mana asal usulku. Cuma menurut cerita aku ini kacukan dari dua bangsa yang sangat berbeza. Samada ayahku berasal dari kayu kayan yang hidup berakar di bumi ataupun ibuku mungkin galian dari tanah. Plumbum barangkali. Aku masih ingat ketika aku diusung keluar dari kilang, bersama-sama dengan kawan-kawanku. Kami dibahagikan ke beberapa cawangan hotel di seluruh Malaysia. Setibanya kami di hotel, kami diletakkan di dalam bilik berasingan, di atas meja bersama buku nota kecil. Tetamu datang dan pergi. Kadang-kadang mereka menggunakan aku, mencatatkan nombor-nombor dan kemudian aku ditinggalkan di atas meja semula. Aku tidak ingat berapa lama aku terdampar di atas meja,  jika ada tamu yang cemerkap aku terpelanting di bawah meja. Juru kemas akan memeriksa keadaanku dan meletakkan aku semula di atas meja. Suatu hari ada seor

Entri 178 : Kemegahan Empayar

Beberapa hari lepas saya terjerat menonton drama siri Turki yang bertajuk Magnificient Century dan kemudian berjangkit pula ke Kosem Sultan. Drama ini berlatar belakang Empayar Turki pada era Sultan Sulaiman dan anak-anaknya. Walaupun kebanyakan karakter berdasarkan watak sebenar dalam sejarah akan tetapi saya secara peribadi ragu-ragu tentang ketepatan fakta sejarah dalam drama ini. Malah sangat menakutkan jika penonton mengambil drama ini sebagai rujukan sejarah kerana banyak fakta yang boleh dipersoalkan kebenarannya. Namun saya tertarik dengan drama kerana ia menonjolkan  kebudayaan dan ketinggian seni. Turki negara di antara sempadan Eropah dan Asia. Pakaian wanita wanita istana dalam drama ini seperti drama drama klasik Eropah. Malah pelakon pacak dalam drama ini semua cantik-cantik dan tampan-tampan belaka. Sehingga saya tertanya sendiri, wanita kegemaran Sultan ini dikira paling cantik adakah kerana dia betul-betul cantik atau kerana Sultan suka. Sebab kalaulah dek kecantikan f