Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2022

Entri 253 : Hama Kucing

 Saya baru belajar tentang ini setelah memelihara Dodol dan Pandan. Sebelum ni cuma tahu kutu, sekenit dan terpiras(flea) . Hama kucing ini dalam bahasa Inggeris ialah furmite. Memang susah nampak. Saat pertama kali saya dapat tahu bukan sebab saya nampak tetapi kerana  kucing saya bersikap aneh. Asyik menggaru dan kelihatan tertekan. Bulu gugur seketul-seketul akibat menggaru dengan teruk. Apabila saya bawa ke doktor, doktor menerangkan pasal furmite. Antara ubat yang dicadangkan adalah Advocate. Ubat ini kecil sahaja, lagi kecil dari jari kelingking dan satu tiub ini hanya untuk seekor kucing. Harganya boleh tahan mahal dalam 30 ringgit lebih. Ubat ini sekali pakai kena habiskan satu tiub. Satu tiub dicadangkan sebulan sekali. Ubat ni tak boleh pakai selalu. Cara nak pakai, kena selak bulu kucing tu sampai terdedah. Agak mencabar juga apabila nak letak ubat ini pada Dodol dan Pandan sebab mereka ni berbulu panjang. Ubat ni akan serap dalam kulit dan menghilangkan hama. Seeloknya jang

Entri 252 : Keldai yang keliru

 Dikatakan jika diberi pilihan keldai, ia akan memilih yang paling dekat. Maka seekor keldai yang lapar dan dahaga diletakkan di tengah-tengah antara jerami dan air . Keldai itu akhirnya mati kelaparan dan kehausan kerana tidak dapat membuat keputusan samaada hendak minum atau lapar. Jika anda tidak dapat memutuskan sesuatu dua perkara yang sama baik, lakukan saja. Sekurang-kurang anda mati kerana satu sebab sahaja. Untuk lebih lanjut sila google Burridan's Ass. Burridan'Ass

Entri 251 : Manipulasi

Saya menulis ini sebab banyak kali saya terdengar perkara yang sama dibahaskan. Kenapa perangai seseorang itu begitu; kenapa perangai suami atau isteri begitu begini. Maka banyaklah kajian yang dibuat untuk mengetahui mengapa perangai seseorang itu begitu dan begini. Beza otak lelaki dan perempuan, boleh jadi sebab emosi manusia dilahirkan berlainan warna, tarikh lahir dan pelbagai lagi. Saya langsung tak salahkan kajian-kajian kat atas. Banyak faendah mengetahui perangai manusia ini terutama dalam bidang pemasaran. Kalau anda perasan, setiap perkara yang anda sroll , bincang semua dianalisis oleh applikasi telefon bimbit anda. Maka jangan perasaan kalau apa yang ada fikir tiba-tiba saja terpapar di telefon bimbit. Eh macam faham-faham jer. Maaf, dia takkan faham kalau tak ada data. Ianya terpapar di telefon bimbit kerana mikrofon di telefon anda merakam perbincangan anda dan applikasi telefon anda juga menyimpan data data anda. Itulah yang orang panggil algorithm. Berbalik pada perang