Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2023

Entri 256 : Bagaimana nak dapat KABEL besar?

Baru baru ini saya melawat adik saya di Sabah. Ini adalah penerbangan pertama saya setelah bertahun-tahun tidak ke mana-mana. Terima kasih kepada Covid dan kucing-kucing saya yang membuatkan saya melekat di rumah dan tidak mahu ke mana-mana. Saya tidak mahu bercerita tentang Sabah untuk entri ini. Mungkin saya akan tulis di entri yang akan datang sebab terlampau banyak perkara menarik di Sabah. Sabah adalah negeri kegemaran saya dan jika saya boleh pilih negeri kelahiran mungkin Sabah adalah negerinya.  Kedah juga negeri saya, tanah tumpah saya. Jadi saya bersyukur dilahirkan di negeri Kedah. Kebetulan pula Sabah dan Kedah berakhir dengan 'ah' . Gurau saja. Oghang Kedah jangan marah no. Kami melawak saja na. Saya mahu bercerita tentang kronisme. Kebetulan perkara inilah yang dibualkan dengan adik saya. Kronisme ni berlaku di mana-mana dan tak kiralah siapa yang mentadbir. Kadang-kadang si kabel tu sendiri tak perasan dia digunakan. Jadi tak perlulah nak menuding jari bangsa ata