Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2022

Entri 233 : Bercinta waktu sekolah

Ke hadapan pembaca budiman, Pagi ini saya singgah untuk sarapan selepas beriadah. Berhampiran dengan saya ada seorang tua yang kira mungkin bapa atau datuk dan dua orang anak-anaknya. Mereka berbual. Salah seorang anak mungkin menceritakan kisah dia dipikat dan bapa seperti tidak suka. Suara yang tegas mencecah ke telinga saya. "Sekarang sekolah, fokus belajar bukan bercinta." Sang anak menjawab,"Apa salahnya dua-dua." Begitulah lebih kurang perbualan mereka. Saat mereka selesai makan, bapa masih berkata sambil menolak kerusi ke dalam meja. "Fokus belajar." dengan nada tegas. Saya tidak pasti punca perbualan itu dari mana dan siapalah saya untuk menghakimi. Namun jika ditanya t "Tak apakah bercinta waktu belajar?" Jawapan saya mungkin berlainan ketika saya belajar dan sekarang. Dulu saya cuma fokus belajar, tidak ada masa untuk lelaki bercintan cintun. Keluarga saya besar yang perlu saya sara. Jika saya kahwin muda, kemungkinan kami masih lagi di