Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel livewithnur

Entri 0 : Bermula dari satu huruf

Sedar tidak sedar sudah lebih dua ratus entri ditulis di sini. Lebih dua ratus kerana ada entri yang dilabelkan sebagai Entri 0. Dia masih ingat saat pertama kali dia menulis di sini, ianya bukanlah platform pertama malah bukanlah blog yang pertama. Mungkin dia mencuba menulis lebih dari sepuluh platform seumur hidup. Dia cuba-cuba sahaja. Berapa banyak dia memaki diri sendiri kerana tidak tetap. Hangat-hangat tahi ayam. Mungkin ketidaktetapan sebelum ini peluang untuk belajar. Bergerak walaupun tidak laju masih lagi bergerak. Berehat walaupun sekejap masih lagi dikira berehat.  Sekarang mungkin sudah ada Facebook, Instagram dan entah apa lagi dunia baru ini akan tawarkan. Dia tidak menyesal memilih di sini. Di sini sunyi, mungkin kerana itu dia memilih untuk menetap di sini. Dia boleh menulis semahunya tanpa ada bunyi-bunyi yang menyinggah. Mungkin ada orang suka atau tidak. Entah ada orang baca atau tidak. Dia tidak tahu. Jika ada Alhamdulillah, jika tidak pun Alhamdulillah. Perkara