Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2022

Entri 255 : Pandan

 Pagi ni selepas Subuh sambung tidur balik. Tak ada mood nak buat apa-apa pun hari ni terutama selepas saya dinasihati untuk berehat sekurang-kurang 24 jam dan dua hari sebelum melakukan aktiviti fizikal untuk mengelakkan tulang belakang lari. Bagaimana nak tahu alignment lari: 1) Depangkan kedua-dua tangan ke hadapan macam nak luruskan barisan. 2)Genggam kedua-kedua jari , macam nak nak buat thumbs up kemudia halakan ibu jari ke hadapan 3)Rapatkan tangan dan lihat sama ada kedudukan ibu jari selari atau tidak. Jika anda mendapati tidak sama, bukan kerana tangan anda panjang atau pendek sebelah tetapi alignment tulang belakang lari. Pergilah ke pakar tulang contoh @hic_nursing atau pusat-pusat lain untuk pemeriksaan lanjut. Hal ini dah kali kedua berlaku. Hari tu pergi kemudian tak lama kemudian jadi balik. Jururawat yang merawat tu beritahu memang begitu lumrahnya apatah lagi apabila kita tidak menjaga posture ketika melakukan aktiviti harian. Selalunya apabila saya bangun lambat, kuc

Entri 254 : Review Filem : Swimmers

 Amaran : Jangan baca kalau anda belum menonton ditakuti ada spoiler. Saya baru habis menonton filem Swimmers, berkobar-kobar jiwa rasanya. Air mata pun mengalir laju. Filem ini berdasarkan kisah benar seorang perenang dari Syria bernama Yusra Mardini yang menjadi pelarian dek kerana konflik yang berlaku di negaranya. Yusra Mardini dan kakaknya Sara Mardini ini adalah atlet renang Syria. Mereka dilatih oleh ayah mereka sendiri. Mereka berlatih dengan impian untuk mewakili Syria dalam Olimpik di Rio 2016. Sewaktu konflik, mereka meninggalkan keluarga mereka kerana keadaan mendesak. Mereka ditemani sepupu mereka Nizar. Perjalanan mereka bermula dengan Turki, naik kapal terbang. Sampai Turki mereka terpaksa mencari orang yang sanggup menyeludup mereka ke Eropah. Rupanya dekat Turki bukan mereka sahaja yang melarikan diri, ramai lagi pelarian melarikan diri. Sedih betul saat mereka tunggu bot, orang tengah yang hantar bot tu hidupkan enjin lepas tu biarkan mereka yang bersesak dalam bot tu